Penulis : Rehan Makhtar
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 534
Tarikh Terbitan : Dec 2024
ISBN : 978-967-469-228-5
Rating : ★★
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 23 penulis hebat ini selepas My Unwanted Husband, Sanggupkah Bersabar, sayang?, Beast And The Beauty, Jiwa, Sugar? Yes Please, Hurt, Checkmate, Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.
Ini kisah tentang Sera Nur yang tiba-tiba dijadikan pewaris utama harta melebihi daripada Bunyamin dan Balqish anak-anak arwah Datuk Bakri kawan kepada bapa Sera Nur. Pada mulanya Bunyamin tidak dapat terima, ditambah pula dengan kemarahan dan tidak puas hati adiknya Balqish dan mula merancang untuk mengahwini Sera Nur untuk dapatkan semula harta arwah daddynya.
Namun, rancangan liciknya terbongkar selepas majlis pernikahan diorang semasa Bunyamin cuba memujuk adiknya Balqish untuk menerima Sera Nur. Bunyamin mula sedar rupanya selama ini dia betul-betul telah jatuh hati dan kasih dengan Sera Nur sejak pertemuan mereka lagi. Maka, bermulanya episod lari dan memujuk si isteri dan adik angkatnya Balqish yang buat pengakuan ada hati dengan abang angkatnya sendiri ha ha ha...
Kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he. Terlalu banyak tarik tali antara Sera dan Bunyamin ni adoi... Jujur, aku tidak boleh masuk dengan watak Balqish yang mengada-ngada dan annoying ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana.
