Permata Hati


 

Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 408
Tarikh Terbitan : Julai 2016  
ISBN :  978-967-469-019-9 
Rating :

 

 

 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 22 penulis hebat ini selepas Sanggupkah Bersabar, Sayang?, Beast And The Beauty, Jiwa, Sugar? Yes Please, Hurt, Checkmate, Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.   

Aku tak nak tulis comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan kisah Sofia,  Aizudin dan permata hati tunggal mereka Lis, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar. Kisah diorang ni memang buat aku suspen dan mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni. 

Betul, bukan mudah untuk memaafkan perbuatan seorang suami dan ayah yang curang dan mengkhianati kesetiaan seorang isteri dan ibu bertahun lamanya. Hanya orang yang telah melaluinya sahaja yang tahu betapa sakitnya hati dan emosi bagai disiat-siat bila diri dicurangi. Apa yang pasti ia terlalu sukar untuk kita melupakan memori pahit ini apabila kita kecewa dan terluka kerana kepercayaan yang diberikan telah dikhianati suami sendiri. Curang ini boleh terjadi kepada sesiapa pun tak kira suami atau isteri. Percayalah curang ini hanya kenikmatan yang sementara dan akan memusnahkan sebuah keluarga bahagia. Bukan mudah untuk memaafkan kerana ia memerlukan kekuatan dan kesabaran yang sangat tinggi. 

Benar, dendam tidak akan buat kita rasa bahagia dan tenang. Malah, dendam akan buat jiwa kita semakin keras, mati dan boleh memusnahkan diri sendiri. Kemaafan adalah dendam yang terbaik dan terindah. Tiada manusia di dunia ini yang tidak buat kesalahan dan kesilapan. Memang bukan mudah untuk memaafkan seseorang dan melupakan sesuatu yang pahit untuk dikenang. Dalam al-Quran disebut banyak kali supaya memaafkan orang lain kerana ia adalah sifat  yang terpuji dan paling mulia. Jadi, cuba dan cuba untuk memaafkan kerana apabila kita maafkan orang lain, insya Allah akan dikurniakan ketenangan kepada kita dan moga kita termasuk dalam kalangan orang yang paling mulia disisiNYA.

Jujur aku mengakui manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun, tidak semua berani untuk mengakui silap sendiri dan berusaha untuk bertaubat dan memohon kemaafan. Watak Aizudin berjaya menyedarkan aku supaya jadi lebih berani dan tidak takut untuk mengakui kesilapan diri dan memohon maaf dengan orang yang telah kita buat silap tu. Percayalah, kita tidak akan pernah merasa tenang dan bahagia selagi kita tidak mengucapkan kemaafan kepada orang yang pernah kita buat salah di dunia ini.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 


Sinopsis

PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna. Suami terbaik dan ayah penyayang. Namun, dia telah lupa. Yang sempurna itu hanyalah Tuhan. Bukan manusia. Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk.

“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin
“Dengan siapa?” - Sofia


Airmata Sofia jatuh tak terseka. Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya? Dia sudah tiada kekuatan berbaki.

“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri. Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni. Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia. – Aizudin

“I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…” - Sofia


Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya. Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri. Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian. Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan.

“Apapun jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia
“Terima kasih, sayang…” – Aizudin


Di saat hati menerima dan ujian itu berjaya ditepis, dugaan itu hadir lagi di depan mata. Sofia terduduk dalam tangisan bisu. Aizudin bagai mahu tersembam menahan beratnya ujian.

“Dia hanya pinjaman. Sofia relakan dia pergi, abang…” - Sofia.
“Abang juga relakan dia pergi…” - Aizudin.


Tak ubah seperti telah jatuh tertimpa tangga. Aizudin memejamkan mata. Menyebut nama Tuhan berkali-kali. Redha dengan segala ketentuan bila permata hatinya di bawa jauh pergi.

 

 ... lagu Rapuh - Nastia ...

 



 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 
 
 
 

Permaisuri Hati


 


Penulis   :  Izz Jaja      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  LoveNovel Enterprise
Bilangan Mukasurat : 579
Tarikh Terbitan : 1994  
eISBN :  978-967-0907-36-9 
Rating :  
 
       
 

 


Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih diberi kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah ketabahan Amalina ni berjaya menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Pernikahan pertamanya musnah setelah suami yang dicintai sejak zaman sekolah curang dan berzina di hadapan matanya sendiri setelah dia tidak dapat hamil lagi setelah kelahiran anak sulung mereka. Pernikahan kedua pula dengan Dato Rafael duda dan mempunyai seorang anak perempuan juga diuji dan dituduh sebagai penyebab kematian anak tirinya pula.

Cumanya, kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he. Terlalu banyak ayat-ayat English dah macam baca novel inggeris la pulak... Jujur, aku tidak boleh masuk dengan watak Rafael ni.

Ada mutiara ilmu rumahtangga dan kekeluargaan yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
 

 

 
Sinopsis   

  
Bahagia di dalam dada ini hanya Tuhan yang tahu ertinya. Kasih ini untukmu, namun aku terkedu tatkala manisnya cinta yang aku berikan, kau balas dengan segala keperitan.

“… dulu saya anggap cinta itu manis dan mendamaikan, tetapi sekarang cinta itu hanya sesuatu yang melukakan bagi saya.” – Amalina Bashira

NIZAM… Aku tidak pernah mengerti di mana silapku, sehingga begitu tegar kau melafazkan kata perpisahan. Tidak cukupkah cinta yang kita bina bertahun lama? Tapi... tidak! Kesalahan bukan daripada pihakku. Aku juga bukan bodoh. Kerana itu, tidak mungkin aku mengalah. Aku akan terus mendongak ke atas, mencari sejalur sinar bahagia di langit Tuhan.

“Dulu abang cintai Lina. Lina dekat tapi abang jauhkan diri. Mungkin karma. Sekarang abang masih cintakan Lina. Walaupun dekat, terlalu jauh untuk abang capai.” - Nizam

RAFAEL HAMDANI... Kehadiranmu mendamaikan hati. Engkau bagaikan hembusan-hembusan cinta yang membangkitkan semangat. Engkau di sisi saat sakit di dada ini belum padam sepenuhnya. Aku juga ingin merawat luka dan pedih di hatimu. Apakah engkau sudi menggenggam tanganku, bersama-sama berlari mengejar cinta?

“… mungkin I tak sehebat lelaki impian you, I mungkin bukan lelaki yang selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you, tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk memenangi hati you…” - Rafael

ZAHID... Aku tidak pernah mengenali dirimu. Jauh sekali mendambakan kasih sayangmu. Aku tidak tahu sejak bila engkau mencintaiku dalam diam. Sungguh, aku hargai perasaanmu. Tapi maaf, kita tidak mungkin bersama. Aku sudah punya dia... dia yang sangat mengerti hatiku.

“Hati I tetap pilih you. Kalau you masih tak bersedia, I boleh tunggu Lina. Just give me a little hope.” - Zahid

Aku wanita biasa, namun antara ketiga-tiga lelaki ini, aku hanya ingin menjadi permaisuri hati untuk seorang sahaja…