The Kite Runner





Penulis   :  Khaled Hosseini      
Negara   :  NY, USA
Bahasa   :  Melayu (Terjemahan)
Genre     :  General Fiction
Penerbit  : 
Mizan Publika, PT  

Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book) 1.40 MB
Tarikh Terbitan : 2003  
ISBN : 
978-979-3269-75-7
Rating :  


 

Ulasan :
 
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya pertama penulis yang baru sahaja aku kenali ni. ebook ni sebenarnya dah lama 'terperam' he he he...Tapi aku dah tengok filem kisah ini memang sedihhh.


Penulis hebat ini merupakan satu-satunya  penulis Afghan yang berjaya menulis sebuah kisah benarnya dalam bahasa Inggeris dan telah mendapat pengiktirafan dan perhatian dunia.

Secara peribadi, kisah ini begitu mengasyikkan, menyayat hati dan merobek sanubariku. Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah ini. Cerita ini banyak menyedarkan aku akan erti kehidupan yang sebenarnya di dunia yang fana ini. Aku jadi sebak dan insaf bila menggambarkan kehidupan yang dialami oleh insan-insan di dalam cerita ini dengan kehidupanku sekarang ini. <sigh> Aku sungguh bersyukur di atas segala nikmat yang aku peroleh sekarang. Hidup ini suatu perjuangan dan selagi kita bernafas selagi itulah perjuangan perlu diteruskan.
 
Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 



T.E.R.B.A.I.K.
 
 

 
Sinopsis   


  

The Kite Runner- Si Pengejar Layang-layang mengisahkan persahabatan antara dua orang budak lelaki, Amir dan Hassan, saudara sesusuan. Berlatarbelakangkan zaman terakhir pemerintahan beraja di Afghanistan, Amir merupakan anak ahli perniagaan kaya sementara Hassan, anak orang suruhan keluarga Amir dari puak Hazara, puak minoriti yang dipandang rendah. 

Pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan memaksa Amir dan bapanya melarikan diri ke luar negara untuk memulakan hidup baharu di California. Merasakan bahawa dia sebenarnya telah melarikan diri daripada masa lalunya, masa yang menyaksikan pengkhianatan, dan kuasa pembohongan, Amir akhirnya pulang ke Kabul demi sahabat sejatinya, Hassan. 

Kisah menyayat hati tentang persahabatan, persaudaraan, kasih sayang, pengkhianatan, dan kesengsaraan ini memaparkan sisi-sisi lain Afghanistan, bumi yang dahulunya indah, dan sehingga kini, masih menyimpan kepedihan. 



... The Kite Runner Opening Titles ...

   


... O My Lord - Sami Yusuf ...



 O My Lord, My sins are like The highest mountain; My good deeds Are very few They're like a small pebble. I turn to You My heart full of shame, My eyes full of tears. Bestow Your Forgiveness and Mercy Upon me. Ya Allah, Send your peace and blessings On the Final Prophet, And his family, And companions

... Fly a Kite - Alberto Iglesias ...