Atas Lantai Bumi


 

 

Penulis   :  Liza Nur  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Buku Karangkraf Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 381
Tarikh Terbitan : Mei 2026  
ISBN :  978-629-7913-15-5 
Rating : 


الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 12 penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla, Dalam Rintis Hujan, Setulus Khadeeja, Dhea Gadis Dreamer, Bawah Payung Awan dan Si Bakhil dengan Bunganya.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku bertemu empat mata dengan penulis hebat ini yang terkenal dengan karya-karya yang deep pain di PBAKL baru-baru ini pada 6 Jun yang lalu. Bertahun tiada rezeki aku ketemu sebab terlalu ramai sangat dan tak larat nak tunggu he he he. Tahun ni, aku paksa diri untuk datang walaupun dah jadi "fan veteran" dan syukur akhirnya dapat jugak peluk LN. Nanti aku share gambar kenangan ya.

Perrgghhh...i'm speechless lepas habis baca kisah ni. Aku tidak sangka kisah ni buat aku terkedu sekejap 😠😡😭. Aduh, tekanan darah aku pun mencanak naik jadinya he he.

Ini kisah Bul (Hasbullah) dan dua adiknya Qairunnisa dan Aizuddin yang telah menjadi mangsa si penunggang agama songsang terkutuk bernama Ayah Lah, ketua sebuah organisasi bertopengkan agama yang sama species dengan kultus. Kultus (atau cult dalam bahasa inggeris) ialah kumpulan agama yang mempunyai amalan pemujaan dan ajaran tertentu dan sangat setia kepada seorang pemimpin. 

Setelah mak dan abahnya meninggal dunia dalam kemalangan motosikal dan lori treler, dalam usia yang masih mentah 19 tahun, sebagai anak sulung Bul perlu memikul segala tanggungjawab menyara adik-adiknya dan melepaskan impian diri. Atas pujukan dan desakan adik-adiknya, Qairun yang telah terpengaruh dengan kata-kata manis dan pertolongan Ayah Lah, Bul terpaksa terima tawaran masuk ke sebuah pusat pengajian agama Jil al-Huffaz kerana mahu jadi pelindung kepada adik-adiknya.

Namun, baru hari pertama di sini bermulanya kisah gelap neraka dunia yang tidak pernah terjangkau dek akal Bul. Adwa Sakeenah, gadis yang diselar gila dan suka bercakap aneh yang sering dekati Bul telah buat rancangan perangkap Bul mencabulnya untuk selamatkan dirinya daripada menjadi mangsa dan isteri ke 4 Ayah Lah. Setelah Adwa ceritakan segala aktiviti songsang dan apa yang dah berlaku kepada anak-anak di situ, Bul cuba cari jalan untuk keluar. Namun, cubaannya gagal dan berjaya ditangkap dan telah dibelasah tanpa belas ihsan dan diseksa dengan perbuatan terkutuk dan diliwat oleh Ayah Lah dan 4 orang guru agama lelaki lain yang hanya layak dipanggil jin ifrit setan.

tbc


 

Sinopsis

Bul terpaksa menjadi dewasa sebelum waktunya. Setelah kematian ibu bapa, dia meninggalkan impian dan menggalas hidup yang keras tanpa arah.

Demi hidup adik-adiknya yang lebih baik, Bul menerima tawaran berlindung di Jil al-Huffaz, pusat kebajikan yang kononnya berteraskan agama. Di situ, dia bertemu Adwa, gadis yang dilabel gila dan hidup dalam ketakutan yang tidak difahami oleh sesiapa.

Di sebalik ayat suci dan fatwa palsu, manusia dipatahkan, maruah diinjak dan iman didagangkan. Bul terperangkap dalam kegelapan yang meragut tubuh, akal dan harga dirinya sebagai lelaki.

Dan demi menjatuhkan kejahatan itu, Adwa sanggup mengorbankan segala-galanya; termasuk diri sendiri.

Enam tahun berlalu, luka masih berdarah. Dua insan yang pernah dihancurkan, terpaksa belajar hidup semula demi bertahan. Namun tidak melupakan.

“Kesilapan kami adalah berpisah ... walaupun kami sudah bersatu dalam akad.”

 

 

 ... lagu Biarku Menjadi Lilin - Pelangi ...

 


 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...