Kau Bicara Tentang Cinta


 

Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 534
Tarikh Terbitan : Dec 2024  
ISBN :  978-967-469-228-5 
Rating :

 


الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 23 penulis hebat ini selepas My Unwanted Husband, Sanggupkah Bersabar, sayang?, Beast And The Beauty, Jiwa, Sugar? Yes Please, Hurt, Checkmate, Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Ini kisah tentang Sera Nur yang tiba-tiba dijadikan pewaris utama harta melebihi daripada Bunyamin dan Balqish anak-anak arwah Datuk Bakri kawan kepada bapa Sera Nur. Pada mulanya Bunyamin tidak dapat terima, ditambah pula dengan kemarahan dan tidak puas hati adiknya Balqish dan mula merancang untuk mengahwini Sera Nur untuk dapatkan semula harta arwah daddynya. 

Namun, rancangan liciknya terbongkar selepas majlis pernikahan diorang semasa Bunyamin cuba memujuk adiknya Balqish untuk menerima Sera Nur. Bunyamin mula sedar rupanya selama ini dia betul-betul telah jatuh hati dan kasih dengan Sera Nur sejak pertemuan mereka lagi. Maka, bermulanya episod lari dan memujuk si isteri dan adik angkatnya Balqish yang buat pengakuan ada hati dengan abang angkatnya sendiri ha ha ha...

Kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he. Terlalu banyak tarik tali antara Sera dan Bunyamin ni adoi... Jujur, aku tidak boleh masuk dengan watak Balqish yang mengada-ngada dan annoying ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis


Kata orang, bahagia itu tidak mampu dibeli walau dengan segunung intan dan selautan permata. Namun, mengapa manusia masih ada rasa tamak menginginkan segalanya?

Sera Nur akur, itu bukan miliknya. Bahagianya cukup dengan mempunyai sekeping hati yang sentiasa reda pada ketetapan Tuhan. Berbeza dengan Bunyamin yang mahu mempertahankan hak. Tapi, adakah hak itu benar-benar miliknya?

“Daddy saya ada beritahu Cik Sera apa-apa?” - Bunyamin

“Kami hanya bersembang kosong.” - Sera Nur

“Tak ada tentang saya? Tentang kita?” – Bunyamin


Ironinya, biarpun harta kekayaan tidak mampu membeli bahagia, Sera Nur cuba membeli kebebasan sendiri dan mustahil untuk Bunyamin berikan.

“You’re my wife, Sera Nur. I’m going to keep you by my side forever…” – Bunyamin

“Walau hanya untuk hidup dengan jasad yang tak ada jiwa?” – Sera Nur


Mereka mahu menuju ke arah bahagia bersama. Sayangnya, cinta antara mereka hilang panduan. Cinta mereka kian menyongsang. Cinta milik mereka sedang karam.

 

 

 ... lagu Berdua Bersatu - Forteen ...

 

 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...