Dia Lakaran Indah


 

Penulis   :  Liohayes    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani Publication
Bilangan Mukasurat : 496
Tarikh Terbitan : Okt 2023  
ISBN :  978-967-2813-45-3 
Rating :  
       
 
 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, pertama kali membedah siasat karya penulis muda ini. Tertarik untuk selongkar setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.

Ini kisah tentang pendosa-pendosa yang ingin berubah. Pada mulanya aku tak boleh nak masuk dengan kisah ni sebab sanggup seorang bapa kahwinkan Akania dengan Ameer, lelaki yang telah merosakkan anak perempuannya sendiri. Akak memang tak boleh 'brain' dek ooi.

Walaupun ada mesej baik yang cuba disampaikan dalam cerita ini tentang insaf dan taubat. Namun aku rasa tiada manusia yang akan sanggup, rela dan boleh bahagia berkahwin dengan perogol. Boleh ke ???    

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
Sinopsis 

  
Ini kisah Akania Mayis Qiftah dan Ameer Behzad El Fath yang disatukan oleh orang tua mereka. Mereka terima seikhlas hati. Hidup bahagia seperti pasangan yang lain.
Akania, perempuan yang tinggi akhlaknya, tidak pernah bercinta, menjaga ikhtilat, malunya sebesar gunung. Serba sempurna!

Ameer, jejaka kacak dan kaya yang sentiasa beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Hidupnya penuh kesederhanaan. Penyabar dan tampak hebat di mata sesiapa! Namun, siapa sangka kesempurnaan itu tersembunyi sejarah besar dalam hidup mereka. Kekurangan yang tak akan pernah hilang dalam fikiran mereka. Menangis penuh kesal setiap kali mengingatnya.

“Maafkan abang, Qif...”

“Qif takut dengan abang. Kenapa Qif perlu rasa macam ni sekarang...?”

Apa kekurangan mereka sehingga mampu menggoncang tiang rumah tangga yang dibina? Mereka sebenarnya... Pendosa yang ingin mencari jalan Tuhan!

“Ya Allah, dia adalah lakaran yang paling indah buatku.

 

 

 

 

Perfectly Halal



Penulis   :  Suri Ryana    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 984
Tarikh Terbitan : 2022  
ISBN :  978-967-0874-74-6 
Rating :  
       
 
 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, setelah hampir 11 tahun lamanya aku tak pegang karya SR ni, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketiga penulis yang dikenali dengan karya cintan cintun ni selepas MAID dan Isteri Separuh Masa.    

Kisah Tia dan Aidid ni pada aku memang bersemut manis bergula. Walaupun buku ni memang tebal giler tapi aku berjaya jugak layan hingga ke akhirnya ha ha ha. Ada misteri yang buat aku tertanya-tanya dan nak tahu siapa yang nak bunuh mama si Aidid ni ??? Adoi... letih aku nak layan aksi jiwang tahap overdose si Aidid ni lah..untunglah si Tia ni dapat suami macam si Aidid ni he he he.

Tapikan aku lebih nak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Ayden dan Wawa ni ...??? Harap SR akan buat sambungan kisah diorang ni pulak. Tak sabar rasanya ...

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
Sinopsis 

  
Menjadi seorang Fatihah Nabila bukan mudah. Dicurangi Ayden Aqashah benar-benar memberi tamparan hebat dalam meniti usia dewasanya. Namun, siapa sangka di kala dia mahu menjauhi lelaki itu, takdir seakan menolaknya rapat pada Aidid Aqashah, kembar seiras Ayden pula. Bekerja sebagai caretaker mama Aidid dan Ayden, Datin Mahani benar-benar membuatkan hidupnya seperti menaiki roller coaster. Tunggang-langgang!

Ayden sering merayu untuk kembali manakala Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya. Keadaan di vila bertambah kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut.

Satu kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia. Ketika jiwa gadis itu hampir mati, Aidid muncul membawa harapan.

“Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau. Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid

Siapa saja yang mampu menentang jodoh yang telah lama tertulis di lohmahfuz? Namun, berjayakah pernikahan ini tika keraguan menghuni fikir pabila Aidid mahu merahsiakannya untuk sementara waktu? Apatah lagi sayugia menyedari Maya Nysa, gadis pilihan keluarga Aidid masih terkejar-kejarkan lelaki itu.

“Hidden truths are unspoken lies, Tuan Aidid... no matter how careful we are, we will get caught.” -Tia

“Don’t you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me. Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.” -Aidid

Cinta yang mengasyikkan itu tetap tersulam indah biarpun pelbagai rintangan yang menerjah. Tika leka diulit bahagia, sekelip alpa hampir memisahkan nyawa.

“Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.” -Aidid

“Terima kasih sebab cintakan Tia. Honestly, I think I’ve fallen for you too...” -Tia

Suratannya, rahsia demi rahsia terungkap dan identiti seorang demi seorang pengkhianat terbongkar.

Selama mana hubungan mereka dapat bertahan kerana menurut badut berbahaya itu, hutang nyawa bayarannya juga nyawa.

 

 

 ... lagu Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri ...