Penulis : Liza Nur
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 432
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-86-0945-6
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya keenam penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah dan Bridesmaid.
Ini kisah cinta plain vanilla ice-cream (Mikayla) dan food delivery boy (Idriz Mikael). Kisah tentang manusia biasa yang berusaha untuk memperbaiki diri dan mengejar cita-cita masing-masing. Orang kata penangan cinta pertama memang sukar untuk dilepaskan.
Aku tak
sangka kisah Mikayla, si mata biru rambut warna coklat kemerahan auburn ini memang sedih, menyentap tangkai hati dan buat aku 'cembeng' lagi. Aku tak nak comment berjela, cukup aku tuliskan kisah ini buat aku insaf diri dan belajar mensyukuri dan mengakui nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini. Kisah Mikayla anak tidak sah taraf ini sungguh meluluhkan hati ini. Sungguh hebat dan berat ujian dan takdir yang terpaksa ditanggung oleh Mikayla dan emak saudaranya Suraya selepas ditinggalkan oleh ibu kandungnya sendiri.
Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah Mikayla ini. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Setiap watak yang terdapat dalam kisah ini banyak memberi kesedaran kepadaku. Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
Dia Mikayla, gadis
anggun yang bukan tipikal untuk kau jumpa hari-hari. Aneh! Biarpun
kepalanya dilempar batu, telinganya dihentam kata cacian dan tubuhnya
disiat luka, dia masih mampu tersenyum buat dunia. Kewujudannya dinafi oleh ibu kandungnya sendiri.
Namun, Mikayla tidak ampuh membenci mereka yang membencinya.
“Tak kira apa kau buat, kau masih hodoh kat mata aku. Kulit putih kau. Rambut merah kau. Mata biru kau. Semuanya jelik!” - Kadir
Pertemuan
Mikayla dengan Idriz dalam insiden yang tidak dijangka mencipta satu
hubungan pelik. Siapa sangka hati Idriz mampu tergolek-golek pada wanita
yang ditemuinya dalam versi puntianak itu?
“Orang
cakap, kalau lelaki dan perempuan bukan mahram duduk berdua-duaan macam
ni, syaitan akan jadi makhluk ketiga. Itu yang aku azan.” – Idriz
Asif
yang suka mengusik pula mulai sedar yang usikannya sudah mencambahkan
rasa sayang. Namun, kemunculan lelaki dari masa silam Mikayla, Aidan
yang menagih kemaafannya membuatkan Asif dan Idriz disampuk cemburu.
“…
Memang aku dah banyak kali jadi hero dalam drama, dah banyak kali
couple dengan macam-macam spesies heroin. Tapi, dalam dunia sebenar ni,
hanya kau seorang heroin aku.” - Aidan
Keanggunan Mikayla
menggetarkan tiga jiwa. Namun, obsesinya masih satu, mendapatkan secebis
kasih daripada insan yang enggan mengakui kewujudannya.
No comments:
Post a Comment