Bridesmaid


 

Penulis   :  Liza Nur  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 438
Tarikh Terbitan : 2018  
ISBN :  978-967-86-0887-9
Rating : 
 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelima penulis ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi dan Cinta Cash & Carry dan Panggil Aku Kiah.

Ini kisah cinta platonik Aisyah (Cah) dan Akil dua sahabat yang membesar bersama sejak mereka kanak-kanak lagi. Apa yang aku faham cinta platonik ialah hubungan di antara lelaki dan perempuan yang menyayangi di antara satu sama lain. Cinta ini tertumpu kepada keindahan seseorang dan bukan pada penampilan fizikalnya. Cuma orang yang mengalami cinta platonik ni, tidak mahu meneruskan ke arah romantis kerana bimbang tindakannya boleh memutuskan persahabatan dan bimbang ditolak. 

Selepas ditinggalkan keluarganya, Cah dibesarkan oleh nenek saudaranya di kampung. Di sini bermulanya pertemuan Cah dan Akil dan mereka sentiasa bersama ketika suka dan duka Cah. Akil sentiasa menjadi pelindung dan penghibur kepada Cah. Tanpa sedar, Akil sebenarnya menyimpan suatu perasaan kasih dan sayang melebihi seorang sahabat kepada Cah. Sikap 'blur' yang ada pada diri Cah pula, menjadikan dia tidak sedar perasaan kasih dan sayang itu telah lama hadir dalam hidup mereka berdua.

Orang kata lelaki dan perempuan tidak mungkin boleh menjadi sahabat baik je tanpa ada perasaan. Begitulah yang terjadi kepada mereka berdua ni. Pada awal kisah ni aku memang agak lelah dan geram dengan perangai pasif si Cah ni. Walaupun selalu kena marah, dihina dan diherdik dengan kakak dia yang berlagak diva tu, tetap jugak ambil berat dengan kakak kesayangan dia ni yang nak kahwin dan jadi pengapitnya . Dan walaupun Akil dalam lawaknya selalu ucapkan kata-kata sayang dan cinta, Cah fikir Akil saja buat lawak dan tak pernah faham. Puas si Akil ni nasihatkan, Cah tetap dengan degilnya tu. Bila Akil tiba-tiba hilangkan diri selama 6 bulan dan bawa balik Delaila, baru Cah ni gelabah dan mula sedar tentang perasaan kasih dan sayangnya yang sebenar pada Akil dan takut akan kehilangannya.

Ini kisah sedih dan kasih Cah terhadap kakaknya Aireen dan kesetiaan Akil terhadap persahabatan mereka. Banyak mutiara ilmu, nasihat dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah kasih sayang syahdu diorang ni. Sebuah karya yang sangat sempurna dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

 
Sinopsis   
  

Walaupun selalu digelar gadis blur, Aisyah bahagia hidup dalam dunia kecilnya yang hanya berpusat pada kerjanya di sebuah farmasi yang sunyi dan lepak bersama kawan karibnya, Akil. Apabila kakaknya, Aireen menyuarakan niat untuk menikahi Annas, seorang lelaki yang curang dan mahu Aisyah menjadi bridesmaidnya, keadaan menjadi huru-hara. Aisyah yang menyimpan rahsia perbuatan belot Annas dan Rilda terpaksa memikirkan cara untuk berterus terang dengan kakaknya. Annas dan Rilda pula bijak memanipulasikan keadaan untuk menyelamatkan diri.

“Tak kira sejauh mana pun aku pergi satu hari nanti, aku takkan lupakan kau, Cah. Aku akan balik cari kau semula. Kalau kau tinggalkan aku, aku akan tunggu kau sampai kau balik cari aku,” - Muhammad Akil Razif.

“Kil, kenapa kau tinggal aku? Kau janji nak jaga aku. Kau yang janji, Kil. Kenapa kau sampai hati tinggal aku? Kau selalu ada. Sekarang aku tak tahu macam mana nak hidup tanpa kau, Kil,” – Aisyah.

Kehadiran si kacak, Airil membuatkan Aisyah terfikir tentang cinta yang selama ini amat asing baginya. Airil yang enggan putus-asa terus cuba merebut hati Aisyah manakala Akil yang overprotective berlagak bagaikan abang besar yang cuba melindungi adiknya. Mampukah gadis blur seperti Aisyah memahami definisi cinta yang sebenar?

 

 ... lagu Dengarkanlah - Glenn Fredly & Amy Mastura ...

 




 

 

No comments:

Post a Comment