Bukan Cinta Secondhand





Penulis   :  Ezza Mysara
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  GedeBook  
Bilangan Mukasurat :  
Tarikh Terbitan : 2014  
ISBN :  978-967-0185-67-5 
Rating : ★★
 


 



Ulasan :

Pertama kali aku baca karya penulis ini secara online di www.e-sentral.com Pendapat peribadi, kisah dalam karya ini berjaya menarik aku dan buat aku melekat terus untuk baca hingga akhir cerita. Sebuah cerita yang buat aku macam main roller coaster tu...macam-macam yang aku rasa sewaktu baca cerita ni tau buat aku jadi emosi je kejap naik kejap turun...Pada awalnya aku rasa geram ada, marah ada, menyampah pun ada dengan watak Naira yang jenis tak tau malu ni, kemudian kesian pun ada jugak tapi bahagian yang akhir tu buat aku sedih betul dengan Naira ni tau...tapi akhirnya aku jatuh suka pulak dengan watak Naira ni memang jenis tak makan saman betul. Tapi yang paling aku kesian sekali ialah watak Qiuzi yang memang payah nak jumpa spesis orang macam ini tau. PERFECT orang kata. Namun, kita hanya merancang, segala rezeki, jodoh dan maut setiap manusia itu telah tertulis di Luh Mahfuz. Betul kata orang tua-tua dulu, jangan terlalu bencikan seseorang, kelak kita akan jatuh suka dengan orang tu. 

Macam tulah yang terjadi pada watak Amril ni yang dok berlakon tetapi akhirnya jatuh sayang betul dengan Naira ni. Penulis berjaya mengolah jalan cerita karya ini dengan begitu baik sekali. Apa yang aku ingin katakan penulis berjaya buat aku menjiwai watak-watak utama seperti Amril, Naira dan Qiuzi dengan begitu berkesan sekali. Ada pengajaran dan mesej yang baik yang cuba disampaikan oleh penulis dalam karya ini untuk diteladani oleh pembaca secara tidak langsung. Tahniah kepada penulis ini, semoga penulis akan menghasilkan karya yang lebih bermutu dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. 





Sinopsis

“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can't turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.




NAIRA ILYANI- Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempurna. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?





... Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza & Cakra Khan...
 







kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  



Sudi Jadi Isteri Saya ?





Penulis   :  Maya Adira  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Gedebook  
Bilangan Mukasurat :  e-book
Tarikh Terbitan : Jan 2015  
ISBN :   978-967-0185-70-5 
Rating :  ★★
 



 


Ulasan :

Ini adalah buku kedua penulis ini yang telah kubaca selepas Dreamcatcher. Sejujurnya karya ini berjaya menghiburkan aku dengan watak-watak nakal dan gila-gila yang memang berjaya buat aku tersengih memanjang je TETAPI karya ni juga berjaya sakitkan hati aku tahap 'kaw kaw'. Syabas Maya Adira kerana berjaya menghasilkan karya dengan unsur kekeluargaan yang penuh dengan pengajaran dan sekaligus berjaya mencuit hati sewaktu membaca karya ini dari awal hingga akhir cerita. Nak tahu kenapa ???

Sebabnya, watak hero dalam karya ni buat aku rasa macam nak tanam je hidup-hidup Irfad ni tau. 

Sebabnya, geram dan menyampah dengan perangai gila dan mulut laser Irfad yang cakap tak guna otak dan ikut suka sesedap hati dia je dan buat orang yang dengar ni boleh sakit jiwa je. 
Sebabnya, watak heroin pulak buat aku bengang betul dengan Aflah ni yang memang boleh aku kategorikan 'dungu bendul', kalau orang dah tak suka dengan kita apa lagi blah jelah jangan dok tunggu kat situ... walaupun asyik kena buli, kena marah, kena herdik dengan Irfad tapi Aflah ni masih tak serik-serik tetap mengharap cinta dan sayangkan si Irfad yang biul ni. 

Entahlah kadang-kadang C.I.N.T.A boleh buat manusia jadi pelik dan sukar nak diterima dek akal yang waras ni...Kesudahan karya ini berjaya menyentuh hati aku dan buat aku rasa bahagia apabila Irfad sedar dan insaf akan segala dosa dan salah lakunya terhadap Aflah dan cuba menawan semula hati Aflah yang terluka. 


p/s : cerita ni memang buat aku asyik ulang baca je tau


        WOW these story is 
so  
A.D.D.I.C.T.I.V.E...


Sinopsis

Salahkah jika dia tidak lagi percayakan cinta? Berdosakah dia, menidakkan cinta yang dihulur barisan perawan yang ada. Huh, cinta! Bagi Irfad Haji Muzir, cinta adalah penipuan. Cinta adalah permainan. Maaf, dia tidak lagi percayakan perkataan itu. Ya, dia pernah mencintai Nadya dengan setulus hati lelakinya. Namun, baru ingin dipetik sebagai suri, cinta itu terbang pergi dan kekasih hatinya telah menjadi milik orang lain. 


 




Permainan waktu menemukan Aflah dengan Irfad. Hatinya remuk, hancur diinjak sang tunang yang curang dengan sahabat baiknya, dua insan paling disayanginya. Dia mengalah untuk tidak mahu bernafas lagi. Apa gunanya? Aflah tekad, dia mesti pergi. Kenapa mesti dia diselamatkan? Dia cuba bunuh diri di laut dan mahu mati!










Mulut kata jauh, hati kata datang. Otak kata benci, rindu khabar sayang. Irfad mula rasa sesuatu terhadap Aflah. Kasih mereka hampir bertaut. Namun belum sempat diikat, Nadya yang dipuja Irfad pula datang menagih kasih. Nadya yang menyesali tindakannya. Perkahwinannya tidak bahagia, terdera katanya. Hati Irfad mula goyah. Cinta lama yang masih bersisa atau kasih baru yang mahu bertaut?
Aflah menjauh, tersiksa dalam kerinduan. Nadya kian dekat, mahu cinta kembali berulang. Ada rahsia yang disimpan, petunjuk isteri pilihan. 







...lagu Kesilapanku Keegoanmu - Siti Nurhaliza gambaran luahan rasa hati Aflah buat Irfad ...




...lagu Potret - Akim & The Majistret gambaran luahan rasa hati Irfad untuk Aflah ...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

Seteguh Fikrah Saleha





Penulis   :  Aminah Mokhtar
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS Litera
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN :   
Rating :


 




Ulasan :

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!
 

Sinopsis

Demi cinta yang besar kepada kehidupan bangsa dan agama, moyangnya membuka ratusan ekar hutan di Tanah Melayu sehingga menjadi jutawan di zamannya. Berkat kegigihan dan semangat yang utuh, dia berharap agar serpihan cinta kasih itu diwarisi cucu cicitnya. Tapi sayang, pewaris yang disangka dapat mengekalkan status kejayaan akhirnya kecundang dan merempat di bumi sendiri. Hanya Saleha, anak yatim yang dimusuhi bapa saudara dan sepupu-sepupunya sendiri mewarisi semangat cinta kasih moyangnya itu. Sedang kemelut yang menimpa tidak pernah berakhir, Saleha teguh berdiri dalam menegakkan kembali maruah keluarga dan mempertahankan hak moyangnya yang hilang. Dia tetap bangkit dan meneruskan perjuangan hidup walau pelbagai rintangan dan halangan merentangi usahanya.



Dreamcatcher




Penulis   :  Maya Adira
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS Publications  
Bilangan Mukasurat : e-book  
Tarikh Terbitan : 2009  
ISBN :   978-967-269-299-6 
Rating :







Ulasan :

Pertama kali aku baca karya penulis ini secara online di www.e-sentral.com. Secara peribadi, pada aku cerita ini biasa-biasa aje. Walaupun kisah dalam karya ini berjaya menarik hati aku untuk baca hingga akhir cerita. Namun aku bengang dan tidak berapa suka dengan watak hero Khalid. Pada aku Khalid ini aku kategorikan sebagai orang yang pengecut, hidup dengan bayang-bayang lama geram betul aku dengan watak Khalid dalam karya ini. Aku terpaksa buang satu sebab banyak kesilapan ejaan dalam karya ini yang sedikit sebanyak telah mengganggu gugat konsentrasi aku sepanjang pembacaan, buatkan aku hilang mood je nak baca. Nasib baik ada watak Imran yang agak sengal tu berjaya hiburkan hati aku sikit. Yang paling aku suka banyak dikongsikan resepi yang sedap untuk aku cuba untuk My Darling he he. Apa-apa pun walaupun jalan cerita dalam karya ini tidak berapa nak kena dengan jiwa aku tetapi masih boleh aku terima  sebab ada mesej yang baik yang cuba disampaikan oleh penulis dalam karya ini untuk diteladani oleh pembaca secara tidak langsung.

 
Sinopsis
 




Kisah Khalid terpaksa menikahi Amni pilihan Mamanya. Namun Khalid masih tidak dapat lupakan bekas isteri pertama yang telah meninggal dunia dan kisah silam mereka. Khalid memberitahu Amni bahawa dia telah berkahwin dan merahsiakan dari pengetahuan Amni tentang perkara yang sebenar. Amni cuba menerima kenyataan bahawa dia adalah isteri yang tidak dicintai suaminya Khalid namun tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan taat. Khalid telah berpakat dengan Syafiqa rakan sekerjanya menyamar sebagai isteri pertama Khalid dengan tujuan untuk menjauhkan Amni dari hidupnya. 






Bagaimana mahu mencintai orang yang sudah hilang cintanya. Perlukah diajar dia bahasa-bahasa rasa, degup-degup jeritan jiwa? Bagaimana? - Amni
 





Hatiku di mana? Matikah? Hancurkah? Kenapa kau datang tatkala ribut resah sedang berpusar? Jauh, menjauh sekarang! - Khalid












...Andra & The Backbon - Sempurna...





kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

Hunky AVIAN Funky ARISA





Penulis   :  Rose Harissa & Lily Haslina Nasir
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Teenagers Conduct of life
Penerbit  :  PTS Millennia
Bilangan Mukasurat :196
Tarikh Terbitan : 20 Jun 2011
ISBN :   978-967-0142-57-9
Rating : ★★






Ulasan :


Aku memang telah lama mencari, akhirnya dapat juga kubeli dari bookcafe. Buku ini pada aku memang sesuai untuk mereka yang ada anak lelaki dan perempuan remaja. Segala maklumat dalam buku ini boleh dijadikan sebagai pengetahuan dan rujukan untuk anak-anak remaja ini. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa agak malu dan sukar untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan keadaan biologi anak lelaki dan anak perempuan kita secara terus. Jadi, buku yang berbentuk separa ilmiah ini memang tepat untuk membimbing mereka dalam memahami bentuk tubuh badan dan apa yang bakal mereka hadapi semasa proses pembesaran dunia remaja ini. Diharap buku ini dapat memberi panduan berguna kepada anak-anak remaja di luar sana dan dapat menambah pengetahuan dalam membina peribadi murni.
 
 

Sinopsis

Buku ini adalah buku yang digabungkan mengikut konsep 1 + 1 yang merangkumi topik remaja lelaki dan perempuan. Sebahagian daripada buku ini menceritakan kisah Avian, seorang remaja lelaki yang keliru dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh badannya semasa melalui proses meningkat remaja. Pelbagai kisah lucu dan sedih dilalui Avian sepanjang melalui proses menjadi remaja lelaki dalam aspek fizikal dan mental. Avian berkongsi masalahnya dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Kak Rose. Kak Rose banyak membantu Avian dengan memberikan tip-tip dan fakta-fakta yang tepat berkenaan perkembangan yang dialami oleh setiap remaja lelaki berdasarkan pengalaman Kak Rose yang sentiasa berkongsi pendapat dengan remaja lelaki melalui laman sosial selain mempunyai seorang anak lelaki yang sedang meningkat remaja. 

Sebahagian daripada buku ini pula menceritakan pengalaman yang dilalui Arisa dalam menghadapi perkembangan dan perubahan yang dialami oleh remaja perempuan. Sebagai remaja perempuan, Arisa tidak dapat lari daripada soalan-soalan yang dia sendiri tidak mampu menjawabnya, namun segan pula mahu diajukan kepada ibunya. Tambahan pula adik-beradik Arisa semuanya lelaki. Namun Arisa beruntung kerana mempunyai seorang jiran bernama Kak Lily yang sudi berkongsi pengalaman dan memberikan dia banyak info berkaitan perkembangan remaja perempuan.

Buku ini menggabungkan antara cerita dan fakta sains yang menceritakan perubahan-perubahan yang dialami oleh remaja lelaki dan perempuan. Setiap fakta diterangkan melalui gambar, gambar rajah, jadual dan sebagainya. Buku berwarna yang penuh dengan gambar ini memberikan inspirasi baru untuk para pembaca remaja.