Penulis : Noor Suraya
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 420
Tarikh Terbitan : Ogos 2016
ISBN : 978-976-0851-46-4
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Jaja & Din dan Surat Ungu Untuk Nuha. Selepas aku riki baru aku tahu makna Mahadewi ni sebenarnya adalah 'sederajat dengan laki-laki'. Nama Mahadewi biasanya digunakan untuk perempuan dan berasal daripada bahasa jawa. Jadinya, aku rasa dua watak utama yang ada dalam karya ini merujuk kepada dua watak hebat lagi luarbiasa iaitu Nuha dan Dahlia.
Dalam buku ini sebenarnya ada sambungan daripada dua cerita. Pertama, sambungan daripada cerita Surat Ungu Untuk Nuha. Aku tak nak komen berjeler, apa yang aku boleh tulis di sini, sambungan cerita pertama ni memang aku dah lama mencari dan tak sabar nak tahu apa sambungan kisah Nuha dan Alang ni setelah baca kisah syahdu mereka. Kisah sedih mereka masih bersambung dalam bahagian kedua ni. Aku sungguh simpati dengan takdir Nuha dan turut sama merasa sedih dan pilu atas kehilangan setelah beberapa bulan melahirkan zuriat yang telah bertahun-tahun mereka tunggu. Nuha adalah contoh wanita berhati kental dan waja. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang dapat memahami segala apa yang dirasa oleh Nuha. Nuha akhirnya ambil keputusan untuk sambung belajar Sarjana Muda Sains Kejururawatan di UM untuk mencapai impian dan cita-citanya.
Aku sangat mengagumi Alang yang redha dengan setiap ujian dan ketentuan yang telah berlaku dalam tempuh hidupnya. Alang sentiasa beri nasihat dan kata-kata semangat kepada Nuha supaya mensyukuri setiap nikmat yang ALLAH berikan kepada mereka berdua walaupun jika ditakdirkan mereka tidak dikurniakan zuriat. Aku memang dah jatuh hati sungguh dengan Alang si lelaki ungu Muzzammil Muadz a.k.a 'Alang Rebus Tak Empuk' ni. Seperti tergiang-giang di telingaku setiap kata-katanya yang syahdu dan melankolik.
Dan kisah kedua ni adalah sambungan daripada Panggil Aku Dahlia. Sebenarnya aku terpaksa berhenti dulu daripada baca kisah ke 2 ni sebab aku tunggu buku pertama dan baca sampai habis dulu. Sebab tu lambat sikit aku komen ye. Subhanallah, sebuah kisah yang memang syahdu dan meruntun jiwa. Kisah hidup Dahlia yang penuh warna pelangi duka dan penantian selama sebelas tahun berakhir dengan penyatuan dua jiwa di antara Dahlia dan Wadi anak pemilik dan musuh ladang teh keluarganya beberapa generasi di Cameron Highlands.
Dahlia dan Wadi akhirnya bertemu kebahagiaan yang dicari. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan bernama Mawar. Kisah ni pada aku macam kisah klasik je sebab nama-nama watak dan gaya bahasa yang digunakan dalam karya ni pada aku sungguh membuai rasa dan menyentuh jiwa ragaku. Sungguh aku memang semakin terpesona dengan karya Cikgu Suraya ni tau. Semakin lama semakin ketagih aku nak baca lagi dan lagi. Tunggu ye akan aku cari semua karyanya nanti.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
[1] Surat Putih untuk Alang
Setelah empat tahun berlalu, ayuh kita kembali menyoroti Muzzammil Muadz dan Nuha dekat rumah kecil di tepi sawah bendang yang permai. Apa pula yang terjadi kalau tiba-tiba sahaja Nuha mendapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur dan Alang pula jauh di Kota Kuala Muda? Alang Rebus Tak Empuk dan Misi Nuha yang sentiasa kecoh sejak Surat Ungu untuk Nuha (2007) ini tentu anda masih ingat kisah mereka! Dengarlah cerita mereka selanjutnya...
[2] Panggil Saya Mawar
Sila ‘check-in’ di Rumah Teh Timor dan nikmati dingin petang dan segarnya udara Tanah Tinggi ini sambil minum secawan teh Sutera-Timur dengan sepotong Pavlova. Setelah empat tahun menjadi suami isteri, Wadi Hannan dan Dahlia sudah ada si kecil: Mawar. Apa kata anda kalau rumah peranginan ini ditutup? Bantulah Dahlia membuat keputusan. Bacalah sambungan kisah yang dekat di hati ini sejak Panggil Aku Dahlia (2008) anda kenal...
... lagu Ya Maulai - Dato' Siti Nurhaliza ...
... lagu Wanita - Dato' Siti Nurhaliza ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Ya Allah,
Janganlah Kau jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan Ramadan terakhir dalam hidupku.Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi.
Ya Rahman,
Terimalah seluruh amal ibadahku pada bulan Ramadan ini.
Ya Ghaffar,
Ampunilah seluruh dosa-dosaku, dosa ibu bapaku dan dosa orang-orang yang aku cintai
dan sayangi kerana Allah.
Ya Mujiib,
Kabulkanlah seluruh doa-doaku. Minna wa minkum taqabbal ya karim,
Semoga amalanku dan amalanmu, puasaku dan puasamu diterimaNya serta disempurnakanNya
"Hari Jumaat (siang) terdiri daripada 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang M Muslim pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah asar"
~ (Hadis Riwayat an-Nasai dan Abu Daud)
"Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jumaat, iaitu setelah asar sampai tenggelamnya matahari"
~ (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...
No comments:
Post a Comment