Penulis : Najmi Fetih
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Tarbiah Sentap
Bilangan Mukasurat : 330
Tarikh Terbitan : April 2017
ISBN : 978-967-2118-01-5
Rating :
Ini adalah sambungan Kerna Syurga Bukan Percuma. Perggh karya kedua ni memang buat aku tabik dan kagum dengan penulis muda hebat ini. Aku tak sangka sambungan ceritanya buat aku jadi tertanya-tanya, penuh suspen, mendebarkan dan tonggang terbalik otak aku nak kena fikir sebab banyak cerita imbas kembali, jadi pembaca kena fokus dan hayati jalan cerita dengan bersungguh-sungguh tau.
Ada suka, namun banyak duka yang membawa bahagia. Watak-watak yang kusangka sudah tiada muncul semula dan merungkai banyak perkara yang penuh misteri sebelum ini. Akhir cerita ni agak suspen dan macam ada sambungan lagi je.
Aku tak nak tulis panjang berjela. Kalau tak percaya kena baca sendiri ye. Apa yang pasti aku memang dah terpaut hati dengan mutiara kata yang indah yang diselitkan pada setiap bab dalam karya ni. Cayalah Kipidap memang mantoppp !!!Teruskan perjuangan dakwah Najmi Fetih !!!
T.E.R.B.A.I.K. dan L.U.A.R.B.I.A.S.A.
Sinopsis
“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”
Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.
Tapi tak lama..
“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.
Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.
“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.
"Akak, akak terima ke tak lamaran dia ?" soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.
Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.
“InsyaAllah dalam dua tiga hari lagi, akak bagi jawapan eh untuk lamaran abang kawan kamu tu?” kata Adawiyah, melarikan diri seperti biasa.
“Ya Allah, pandulah aku dalam setiap keputusan yang aku buat.” Bisik hati kecil Adawiyah.
“Kenapa? Kau macam tak percaya ja?” soal Nazmi yang tesenyum sinis melihat Khai.
Lemah lutut Khai. Hampir terduduk dia, jatuh ke lantai. Kudratnya yang ada, tiba-tiba terasa lemah tak bermaya.
“Nazmi?” kata Khai, terkejut.
Nazmi yang ketika itu memandang Khai dengan penuh kebencian dan dendam, tersenyum sinis apabila melihat keadaan Khai yang terkejut melihat dia.
“Dulu kau cakap aku munafik. Sekarang, apa beza aku dengan kau? Hahahaha.” Kata Nazmi sambil ketawa tanpa henti, menghina Khai.
Apa benar Abang Surau hidup kembali ? Dari mana datangnya Nazmi yang tiba-tiba menyerang dan memperkecilkan Khairul Rafeeq ?
Apa penghijrahan Khai dahulunya hanyalah sandiwara yang direka-reka untuk menambat hati Abang Surau ?
"Khai, sebab itu aku pernah pesan. Bilamana kau berubah disebabkan seseorang, hijrah kau tak kekal. Dia mati ? Hijrah kau pergi" - Abang Surau.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Kadang manusia lupa, kebahagiaan bukanlah semata-mata datangnya daripada harta
Wajah yang cantik mungkin dapat menarik mata
Tetapi akhlak yang baik itu dapat menarik hati
Tetapi akhlak yang baik itu dapat menarik hati
Doa tanpa usaha, bagaikan kau menangkap ikan tanpa umpan
Mungkin kena, dan besar kemungkinannya tidak
Mungkin kena, dan besar kemungkinannya tidak
Gagal itu langkah pertama sebelum berjaya
Tak guna kita terkenal dekat dunia
tapi dekat akhirat nanti kitalah yang paling hina
Biar dekat dunia kita tak punya apa-apa
Tapi dekat akhirat kita ada segala-galanya
Sabar itu bayarannya masa
Sungguh, ada orang mampu bersabar tetapi apabila diuji dengan masa
mereka kalah
Kawan, bersabarlah dalam bersabar, bahagia itu ada
ALLAH beri kita sakit, lalu ditariknya dosa daripada kita
Apa itu bukanlah seindah-indah hukuman ?
Ana uhibbuka fillah artinya aku mencintaimu karena Allah
Hidup ini penuh dengan kejutan
Kadangnya kejutan itu kau tak dapat jangka
Tapi apa yang pastinya, ianya adalah ketentuan Tuhan
Kawan, apa kau lupa DIAlah sebaik-baik perancang
Memori kadangnya buat kau tersenyum sendiri
Dan kadangnya, buat kau menangis tak berhenti
Mahu diulang memori, susah separuh mati
Kadangnya sama situasi, tetapi takkan sama isi hati
Kenangan bukan satu gambaran yang boleh kau lupakan dengan sekali nafas
Tak guna kita terkenal dekat dunia
tapi dekat akhirat nanti kitalah yang paling hina
Biar dekat dunia kita tak punya apa-apa
Tapi dekat akhirat kita ada segala-galanya
Sabar itu bayarannya masa
Sungguh, ada orang mampu bersabar tetapi apabila diuji dengan masa
mereka kalah
Kawan, bersabarlah dalam bersabar, bahagia itu ada
ALLAH beri kita sakit, lalu ditariknya dosa daripada kita
Apa itu bukanlah seindah-indah hukuman ?
Ana uhibbuka fillah artinya aku mencintaimu karena Allah
Hidup ini penuh dengan kejutan
Kadangnya kejutan itu kau tak dapat jangka
Tapi apa yang pastinya, ianya adalah ketentuan Tuhan
Kawan, apa kau lupa DIAlah sebaik-baik perancang
Memori kadangnya buat kau tersenyum sendiri
Dan kadangnya, buat kau menangis tak berhenti
Mahu diulang memori, susah separuh mati
Kadangnya sama situasi, tetapi takkan sama isi hati
Kenangan bukan satu gambaran yang boleh kau lupakan dengan sekali nafas
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya-karya lain klik link ini ye...
No comments:
Post a Comment