Antologi Cinta Dia 2





Penulis   :  Hezzy Azra, Lynn Dayana  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Poreng Kertas  
Bilangan Mukasurat : 326  
Tarikh Terbitan : 2017
ISBN : 978-967-14313-3-7 
Rating :
 



 

Ulasan :

Ini adalah sambungan buku Antologi Cinta Dia. Tapi buku ke 2 ni hanya ada sambungan cerita daripada 2 penulis je tau.

Secara keseluruhan, aku puas hati dengan kisah pertama sambungan kisah EJ nih. Alhamdulillah akhirnya bersatu jugak Edrina Julia (EJ) dan Tengku Azril (Ku Ril). Cuma cerita kali ni aku rasa agak kurang rencah dan kurang ummphh daripada yang pertama. Dalam beberapa jam aku dah boleh habis baca cerita ni tau sebab perjalanan ceritanya pendek je dan takde pusing sana sini. Kiranya camne yek nak tulis....takde T.H.R.I.L.L. sorry sis writer cause I'm expecting more than this he he he.

Kisah kedua ni pulak aku agak kechewa sebab aku harapkan ada lagi kisah Ai & Chairyl yang lebih kebabom <sigh> tapi takde.  Kisah Benz pulak yang ada aduhai aku tidak dapat nak hadap dengan lebih bersungguh. Bukan apa mungkin aku je kot yang tak boleh nak terima kisah Benz dengan Emma nih....tak menangkap hati akak ni dek

Lepas ni korang kena buat cerita lagi kebabom tau he he.  

 

Sinopsis


Marry Ku Ril? - Hezzy Azra


Selepas terlucutnya status isteri, Edrina Julia tak mahu fikir soal jodoh lagi. Biarlah dia bersendiriran buat sementara waktu. Tapi, Taj Ghazi tetap merayu.

Taj : I want you back, EJ...so badly!

Edrina lelah. Tiba-tiba hadir pula Tengku Azril a.k.a Ku Ril dengan gurauan berbaur lamaran.

Tengku Azril : Kalau you tak nak kahwin semula dengan ex you tu..kahwin dengan I. That will end your headache! 

Marry Ku Ril? Semudah itu? Mungkin dia boleh menjadi isteri Ku Ril. Tetapi mampukah dia menyaingi Jane di mata anak-anak Ku Ril?


Aku Bukan Dewa - Lynn Dayana


Benz : Cuma mahu kamu. Tapi...titahku tiada kuasa

Aku bukan dewa. Aku manusia paling tidak sempurna.

Antara kita ada mimpi yang sukar jadi nyata.

Emma : Benci? Tidak juga. Kasih? Itu perkara gila.

Bagaimana kalau orang yang kau suka, sama skala dengan orang yang kau mahu benam pisau berkilat tepat di jantungnya?

"Kau, Emmalin Kesuma...berjodoh dengan Benjamin Iskandar? Boom! Merkuri! Titanium! Nuklear! Hancur, hancur, hancur!"

Habis tu, macam mana? Hati seperti terpateri namun jasad tak mahu kompromi.



Nadratul Nisa'





Penulis   :  Mardihah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction, Romance 
Penerbit  :  Karya Seni 
Bilangan Mukasurat : 756 
Tarikh Terbitan : September 2014 
ISBN : 978-967-0246-79-6
Rating :

       
Ulasan :

Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Andai Gerimis Berhenti dan Dan Gerimis Berbisik.


Aku tak nak comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan kisah cinta nyata ini walaupun syahdu TETAPI amat sadis. Bak kata penulis, ada antara kita yang telah mencipta kenangan dan ia terpaksa ditinggalkan untuk berhadapan dengan kenyataan. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa. Membaca setiap baris ayat dalam keseluruhan cerita ini memang buat aku sebak dan pilu seperti dihiris pedang yang tajam sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar. Sesungguhnya cinta pertama pasti meninggalkann suatu kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan seumur hidup. Namun kenyataan itu pasti walaupun betapa sukar dan pahit untuk diterima dan hadapinya tetapi itulah hakikat sebenar yang harus kita tempuhi.

Penulis berjaya mainkan emosi aku dan buat aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Aku sebenarnya amat mengharapkan Akhtar@Tan Jie Kang dan Nisa' bersatu di akhiran cerita dan happy ending. <<sigh>> Adoi, sedih bila mengenangkan takdir yang tersurat buat Tan Jie Kang nih... Tapi, tak dapat aku nafikan sememangnya Maleq berjaya membuktikan dia adalah seorang lelaki dan suami yang lebih layak untuk memimpin Nisa' ke Syurga ALLAH. Aku hampir terlupa setiap yang berlaku adalah ketentuanNYA yang tidak mungkin dapat kita sebagai manusia ubah atau nafikannya. Kita hanya mampu merancang namun hanya ALLAH swt yang menentukan setiap akhiran perjalanan hidup kita di dunia fana ini. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita sebagai manusia.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang menggetarkan jiwa dan ragaku. 


Tan Jie Kang... kau adalah antara kenangan yang paling manis dan indah tersemat di hatiku <pembaca> 



Highly Recommended Book


Sinopsis

I


Lagukanlah dan jalinkanlah kisah indah ini.
Aku akan dengarkan kepada kalian dengan ‘kenangan’ yang tidak akan luput dari jiwa. Aku akan ceritakan kisah yang aku bahagia bertemu dan bercinta dengan dia. Lebih tepat, nama si dia, Tan Jie Kang sudah mengikat relung hati. Aku dan dia bercinta. Katalah apa sahaja, hanya dia yang membenarkan cik hati ini kembang berseri-seri
“You sayang I, macam mana?” – Nadratul Nisa’  

“Lebih. Lebih dari biasa.” – Tan Jie Kang


II

Apabila Tuhan sudah merencana. Sehingga cinta kami itu akhirnya aku luputkan dengan hanya berbekalkan ‘kenangan’ sahaja. Dan kini, aku sedang menghadapi kenyataan. Tuhan sebenarnya lebih berkuasa menentukan. Kisahku lantas diteruskan dengan lelaki bernama Maleq Rafie.









“...dan untuk bahagia sampai syurga saya perlukan seorang isteri. Kamu, Nadratul Nisa’.” – Maleq Rafie.















 “Tuhan, baru kutahu. Antara ‘kenangan’ dan ‘kenyataan’. Sebenarnya kenyataan itu lebih membahagiakan.” – Nadratul Nisa’ 

 







Aku belajar menjadi isterinya. Aku nekad, kerana aku ini, isteri yang dambakan reda suami untuk ke syurga. Kata dia, aku ini cik isteri banyak songehnya. Cik seksinya juga! Rumah tangga bukan selalu indah sweet gula-gula,kan?

 

III

Musim lantas bersambung lagi. Tanpa aku sedari, apabila si dia yang dahulu pernah aku cintai, menyimpan ‘kenangan’ yang telah aku tinggalkan. Dia meneruskan hidup dengan sirna kegembiraan ini.





“Aku rindu waktu di mana pipimu merah tanda bahagia.” – Akhtar Tan Abdullah.



“Tan Jie Kang, jiwa aku ini rapuh sungguh, kenapa aku terkadang mengingatimu?” – Nadratul Nisa’



“Bagaimana lagi harus aku menghapus bayang rindu itu, wahai Nadratul Nisa’?” – Akhtar Tan Abdullah.

 



Aku telah memilih. Antara kenangan dan kenyataan. Dan pilihan aku harus tepat, kerana aku berpaksikan, Tuhan Yang Menentukan.


 
 ... lagu Rapuh - Nastia gambaran luahan rasa hati Akhtar ...


 ... lagu Memori Tercipta - Shila Amzah gambaran luahan rasa hati Nisa'...




... lagu Jangan Menangis - Aizat gambaran luahan rasa hati Maleq ...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...