Penulis : Dhiya Zafira
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Bilangan Mukasurat : 519
Tarikh Terbitan : 2019
ISBN : 978-967-15495-2-0
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah dapat beli buku ni daripada penulis sendiri setelah sekian lama mencari dan diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 penulis ini selepas Haq II, Antologi Cinta Dia, Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu, Setiap Detik Nafasku dan Tertulis Buat Kita.
Ada dua cerita dalam karya ini. Ceritera 1 ni penuh suspen buat aku berdebar dan memang mencabar kesabaranku nak tahu
kesudahan kisah tentang Azalea Soraya dan Adha Hijazi ni. Rasa tak puas nak baca sebab cerita ni pada aku agak pendek. Aku harap ada sambungan kisah dua watak ni lagi ye.
Ceritera 2 pula adalah sambungan dari kisah Adlin Suffiya dan Idzharul Haq. Aku tak tau nak komen apa, baca kisah sambungan ni buat aku sengih memanjang je. Syukur akhirnya mereka berdua ni bersatu juga setelah mengharungi segala ujian dan kepayahan. Aku suka akhiran kisah dua watak ni. Cuma aku agak kechewa sikit sebab cerita kali ni kurang aksi-aksi kebabom dan gaya roller coaster tu he he he.
Apa-apa pun terima kasih Dhiya. Aku memang suka baca karya sis ni. Teruskan berkarya dengan tema aksi-aksi komando Thriller yang lebih meletop kebaboom ye.
Sinopsis
Ceritera 1 - Buru Bayangan Luka
Dia umpama.... 'The Girl who cried Wolf.'
Tiada yang percaya. Tiada yang mahu mendengar kata. Halusinasi... delusi... suicidal. Semua itu dia.
Bila maut datang menyapa, Azalea nekad. Untuk kekal hidup. Untuk terus berjuang. Untuk sebuah kepercayaan. Survival instinctnya tiba-tiba menjulang. Dia tidak boleh mengubah masa silam namun dia percaya esok masih ada untuknya.
Namun... mahukah mereka percaya pada kebenaran yang tidak kelihatan?
Ceritera 2 - Haq 3
"Haq.
Kadang-kadang
aku fikir, aku terlalu takut untuk bahagia. Kerana setiap kali aku
tersenyum gembira... sesuatu yang buruk pasti terjadi. Aku takut
kehilanganmu sekali lagi. Namun aku juga percaya... jika kau ditakdirkan
untukku, sampai bila-bila pun kau tidak akan pernah menjadi milik orang
lain, bukan?
Tetapi Haq... aku gementar ketika ini. Kerana di saat kita menemui Syurga... Neraka pun tercipta."
No comments:
Post a Comment