Iman_Inbox





Penulis   :  Shirod Shukri
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  JS Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 729
Tarikh Terbitan : Disember 2015
ISBN : 978-967-0757-13-1
Rating :





 

Ulasan :

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!


Sinopsis
 
Taufik

Kalau tiga tahun dahulu, memang lelaki inilah pencopet segalanya. Mencuri perasaan dia. Lelaki inilah yang dia puja. Tetapi setelah Adinda tahu satu hakikat sebenar, perasaannya mula hambar. Gaya Taufik sering buat dia tertanya-tanya. Betulkah itu kisah lama, Adinda? Dia menyoal diri sendiri. Ataupun kisah kelam Taufik itu masih bersisa? Walau kadangkala hati Adinda tercalar dengan sikap Taufik, dia sangat menyayangi hubungan ini!

Richard

Apa saja yang Richard tidak ingat tentang hal mereka berdua? Tidak ada. Semua melekat dalam kepala. Kisah lama mereka selalu menjadi cermin pada apa yang mereka lalui hari ini. Memori-memori kecil ibarat wayang gambar yang memberi bahagia. Richard sudah jatuh cinta dengan pendebat ini semenjak zaman sekolah lagi. Sehingga ke hari ini, dia masih cinta walau pendebat ini sudah pencen daripada berdebat secara umum.

Inbox : Lagi satu soalan, cerita 'Chinta Mimpi Cinta' kau tu, cerita betul ke?       Atau cerita rekaan semata?


Adinda : Dua-dua.
 

Inbox : Seperti dijangka. Plot hidup kau ke?
 

Adinda : Tak nak komen.

Adakah perjalanan hidupnya sudah awal-awal tertulis sepertimana yang tercatat dalm novel tulisannya sendiri, Chinta Mimpi Cinta?
 



GEDEBE





Penulis   :  Imaen
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 380
Tarikh Terbitan : July 2015
ISBN : 978-967-0757-11-7
Rating :
★★




 

 
Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca sebab tajuk dan gambar depan novel ni agak pelik sikit pada aku. Aku dok tertanya-tanya kenapa gambar kepala lembu siap ada bunga ros lagi ??? bila baca baru aku tau rupanya ini cerita tentang penternak lembu he he he.

Ini cerita tentang orang dan negeri Kelantan. Banyak kosa kata Kelate yang aku dapat belajar melalui cerita ni. Maksud GEDEBE ni sebenarnya bukan bermaksud samseng orang jahat tuh tapi sebenarnya lebih kepada nak tunjukkan sifat jati diri dalam mempertahankan prinsip, tak takut pada apa jua halangan yang datang dan bersedia untuk berbincang atau bertarung dalam apa jua keadaan sekalipun. Kiranya, ada sebab kenapa perlu jadi Gedebe ni dan bukan senang juga jadi orang Gedebe. Aku dapat buat kesimpulan selepas baca cerita ni, jangan marah ye ni sekadar pendapat peribadi, aku rasa awe Kelate memang lain benar semangatnya kalau nak dibandingkan dengan awe negeri lain yang ada kat semenanjung ni. Kalau tak percaya cuba tengok masa perlawanan bola sepak cik siti wan kembang nih...

Aku tak nak komen panjang lebar, cukup kalau aku katakan ceritanya memang menarik dan buat aku tertarik. Aku memang tabik dan kagum dengan gaya penulisan Encik Penulis ni yang harus aku puji P.E.R.F.E.C.T. Penulis bijak mencorakkan watak dan jalan cerita dengan menyelitkan isu ekonomi, politik, sosial tempatan dan kata-kata para ilmuan yang pastinya memberi banyak pengajaran kepada pembaca.

Aku pun nak jadi gedebe jugak. Nampak gaya lepas ni aku kena cari karya penulis yang lain pulak he he he.

 


Sinopsis


Cinta itu ialah kita tidak merasa malu ketika seluruh dunia mentertawakan perbuatan kita untuk membahagiakan orang yang kita cintai, kerana kita pun tidak berpakat dengan dunia untuk jatuh cinta.



Gedebe itu bukan samseng walau ramai samseng memiliki sifat gedebe. Orang gedebe ialah orang berani yang tidak peduli dan tak tunduk pada kehendak orang lain serta tak takut berbeza pendapat. Mereka yang menjunjung kata-kata keramat, 'biar mati berdiri jangan hidup melutut!'




 
Manusia walau macam mana letih pun akan tetap melangkah selagi semangat masih kuat tapi kalau semangat dah mati, manusia akan berhenti melangkah.

 

Aku ni anak Pak Nik, yang Pak Nik pahat sebaik mungkin untuk jadi seperti dia. Tapi aku memilih untuk tak mahu jadi Pak Nik. Selama ini aku rantai kemas-kemas pongoh dan bengkeng Pak Nik yang selalu meronta minta bebas itu. Tapi hari ini aku akan lepaskan semua gedebe Pak Nik itu.




... lagu Bukan Kerana Nama - Ramli Sarip & A Romzie ...




... lagu I Still Haven't Found What I'm Looking For - U2 ...





kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 
Imaen  


Lazuardi





Penulis   :  Nasz
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 629
Tarikh Terbitan : September 2012
ISBN : 978-967-5118-85-2
Rating :
★★



 
Ulasan :

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Sweet Sour dan Karamel.

Selepas aku riki baru aku tau sebenarnya Lazuardi ni ialah sejenis batu separa permata berwarna biru yang amat indah dan menyejukkan mata yang memandang. Ia pernah digali di kawasan Afghanistan dan agak jarang ditemui dan memang diminati sejak zaman dulu kala lagi. Baru aku faham apa kaitan Lazuardi dengan watak Anaz ni, NASZ you are brilliant.

Pendapat aku setelah baca ketiga-tiga karya penulis hebat ini, semua watak heroin dalam karyanya mempunyai latar belakang yang tidak sempurna, tersembunyi kisah tragik, pilu dan ada konflik dalaman tersendiri. Penulis bijak mengadun kisah ini dengan begitu bersahaja, sempoi tapi mencengkam pelbagai rasa di hati pembaca bila baca ayat-ayat yang ada dalam karya ni. Aku memang kesian betul dengan kisah hidup Anaz Syahirah ni dah macam kisah Cinderella lah pulak...Aku tertanya-tanya ada ke berlaku kat luar sana ??? kalau ada memang sadisss... Nasib baik ada hero Shark (Muhammad Syakir) ala-ala Prince Charming yang baik hati dan gagah perkasa berjaya selamatkan Anaz daripada terus diseksa oleh Mama, Lily dan Ain. Walaupun Shark ni lebih muda 4 tahun daripada Anaz tapi Shark ni lebih matang daripada Anaz tau. Shark ni cool dan tenang je hadap perangai dan ragam si Lily, Ain dan Mama Anaz. Malah Shark berani luahkan perasaannya yang telah lama terpendam kepada Anaz sejak zaman sekolah lagi tuh. 

Secara keseluruhannya aku memang tabik dengan cara penulis mengolah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni. Walaupun cerita ni nampak macam biasa-biasa je tetapi ada mesej yang baik dan boleh diteladani oleh pembaca. T.E.R.B.A.I.K.K . Tahniah Cik Penulis sebab berjaya sakitkan hati aku benci tahap kaw-kaw berlapis-lapis dengan watak Mama Anaz dan Ain ni tau. Rasa macam nak tanam je 2 orang ni hidup-hidup pastu simen jer kah kah kah...

Pergghh yang pasti semua cerita NASZ memang buat aku ketagih nak ulang baca je...  



Sinopsis

 

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


 

Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...

“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”


‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?

***

NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.



 ... lagu Chantek - Altimet feat Adeep ...

 


... lagu A Shoulder To Cry On - Tommy Page ...




Terukir Cinta


Penulis   :  Anna Lee
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Idea Kreatif
Bilangan Mukasurat : 615
Tarikh Terbitan : August 2013
ISBN :
978-967-1192-52-8 
Rating :





 

Ulasan :

Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Mesej dan Aku, Aku, Dia & Pinky Promise.


Sejujurnya cerita ni tak seperti yang aku harapkan. Macam tak logik pada kepala aku nih. Tapi aku layannn jelahh sampai helai yang terakhir. Kisah Nadia ni aku samakan macam cerita ala-ala Cinderella versi melayu. Aku tak berapa suka dengan watak dan perwatakan Nadia ni yang digambarkan banyak sifat negatif dalam diri dia ni seperti agak kelam kabut, suka berprasangka buruk dan banyak lagi. Watak hero Khalif ni pun aku tak berapa nak suka jugak sebab cara dia nak tawan hati Nadia ni macam tak berapa nak terima dek akal aku yang masih waras nih. he he he.
 

Sinopsis

Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah! Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram.



“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran

“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia


Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.


“Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia

“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya. Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’.


“Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif

“Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia



Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya? Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif? Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 




Dia Yang Terpilih




Penulis   :  Hijratul Akisya
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel 

Bilangan Mukasurat : 707
Tarikh Terbitan : Februari 2015
ISBN : 978-967-0657-95-0
Rating :
★★




 

 


Ulasan :

Syukur kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan untuk menghayati karya pertama penulis yang baru aje aku kenali ini. Aku tak sangka, di sebalik tajuk dan gambar yang biasa-biasa ni tersingkap sebuah kisah ala-ala thriller-seram-sedih yang biasa berlaku di sekeliling kita yang boleh kita jadikan sebagai iktibar. Memang tak rugi aku beli dan baca !!!

Pendapat peribadi, aku memang dah jatuh suka tergolek-golek dengan cerita ni tau. Cara penulis olah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni memang P.E.R.F.E.C.T & T.E.R.B.A.I.K.K gua cakap lu. Buat aku suspens & creepy meremang bulu tengkuk aku dari awal hingga akhir.  Aku baca ni waktu malam jadinya asyik dok pandang-pandang keliling je memang betul-betul berjaya menarik aku masuk ke dalam cerita ni tau. Kalau tak percaya, cuba baca sendiri lepas ni baru faham apa yang aku maksudkan.

Sekalung tahniah kepada Cik/Puan Penulis kerana berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi perut kisah Maira yang terkena sihir oleh kawan baik sendiri ni memang sungguh menakutkan aku yang tak berapa gemar nak baca cerita gaya gini. Banyak ilmu dan pengajaran yang dapat aku pelajari melalui kisah realiti ni. Nampak gaya lepas ni kena cari karya penulis yang lain pulak nih he he he.




Sinopsis

 

“Insya-Allah suatu hari nanti bersaksikan bulan dan bintang akan ku lamar dirimu menjadi permaisuriku.”
 

Nota diberikan dan Anis Humairah Najla ditinggalkan tanpa sebarang kata. Kerana nota itu dia menjadi penanti setia cinta. Malah kerana nota itu, banyak hati-hati yang terluka. Bukan sekejap tetapi lama. 6 tahun menanti, akhirnya muncul juga si dia yang dinanti.

“Pemilik pipi yang merah, sirna matanya yang cantik...” – Kamil Hakim




 
“… Wajah awak tak pernah padam daripada hidup saya Maira. Walaupun sejuta kedut melakari wajah awak... di hati saya awak tetap Maira yang dulu. Masih sama.” – Ahmad Suffian

Siapakah pemilik nota itu sebenarnya? Mampukah tertunai janji yang dinanti? Adakah hati-hati yang terluka lagi?

Andai cinta tidak berpaksikan kejujuran, kecurangan pasti terbongkar juga. Siapakah dia yang terpilih bertakhta di hati Anis Humairah Najla?

Antara cinta dan keluarga… antara sahabat dan jiwa… antara tulus dan dendam… antara kejujuran dalam perhubungan… Itulah cinta yang tidak pernah padam.







 ... lagu Dealova - Once Dewa ...


 ... lagu Kasihku Abadi - In-Team ...



 ... lagu Take Me To Your Heart - MLTR ...





 kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Hijratul Akisya