aA + bB




Penulis  :  Hlovate
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 495
Tarikh Terbitan : 2008
ISBN : 978-983-43217-9-6
Rating : ★★






Ulasan :

Contengan Jalanan merupakan karya pertama penulis misteri ini yang telah aku baca dan menjadi koleksi pertamaku walau pun aku kira aku sudah ' agak ketinggalan keretapi ' sebenarnya untuk mengikuti karya-karyanya yang lain sebelum ini yang memang sering diperkatakan di dalam dunia penulisan. Namun ' better late than never ', karya penulis ini serasa serasi dengan jiwaku dan entah kenapa jiwaku ini terus mengelocak seperti terpanggil untuk terus ' membedah siasat ' karyanya yang terdahulu pula.

Pertama kali aku tengok tajuk aA + bB  aku rasa macam pelik je, comel pun ada jugak, macam cerita budak sekolah je sebab yelah cetakan pertama novel ni pada tahun 2008 dan sudah berbelas-belas kali dicetak. Walhal aku ni baru je baca pada tahun ini dan aku ni pulak dah masuk ' geng 30-an ' dahhh. ...he he he..macam kartun...kan. Dalam karya ni gaya penggunaan bahasa yang digunakan sempoi jer, agak santai, tak terlalu berbunga, tak peningkan kepala aku nak fikir lebih-lebih dan memang bersesuaian sebagai pembacaan remaja. Plot cerita yang menarik. Kupasan jalan ceritanya tidak terlalu berat tapi perlu memahami jalan cerita dengan bersungguh-sungguh sebab kalau tak dapat memahami dan menjiwai watak dalam buku ni memang agak susah sikit nak faham jalan cerita dan maksud tersirat yang cuba disampaikan penulis tapi banyak elemen yang mampu menyentuh dan memberi tindak balas kepada aku. Banyak mencampur adukkan penggunaan bahasa inggeris. Banyak bahasa slanga yang agak selamba digunakan seperti  "Tarappappa" (Tak ada apa-apa) atau "Hailaaaa" (Alahai). Teringat ayat-ayat ini masa bergelar pelajar dan remaja zaman persekolahan suatu ketika dulu tu, terasa pulak semakin tua aku ni...



Sinopsis

 
" Karya ini menceritakan tentang Nur Addin Shah belajar mengenal diri dengan perjalanan bersama masa. Cerita Benz Alif Sulaiman mengenal apa yang dicari dalam hidup dengan perjalanan bersama usia. Sama-sama mereka pernah menjadi 'a' dan 'b' yang masih 'kecil' di usia muda remaja di zaman sekolah yang penuh gelak ketawa riang ria. Sama-sama juga mereka menjadi 'A' dan 'B' yang telah 'membesar' dengan usia menjadi dewasa. Dan sama-sama menerima kenyataan yang pembelajaran bukan hanya terhenti di pagar sekolah semata. Hidup mengajarkan pengalaman di luar syllabus yang kurikulumnya tak tertulis nyata di mana-mana "

Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:

1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...

Apa yang terjadi apabila doktor 'Dr' dipaksa berkahwin dengan jurutera 'Ir' , yang bukan pilihan hatinya?Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah... Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz


Pendapat peribadi aku, walau pun karya ini kisah cinta yang 'cliche' kahwin terpaksa tapi seronok, menghiburkan dan penuh dengan pengajaran. Aku kira penulis ini masih muda dan 'hijau' lagi ketika karya ini diterbitkan, tapi aku merasakan penulis ini memang berbakat besar dalam bidang penulisan dan layak diletakkan sebaris dengan penulis novel hebat yang lain.  Sejujurnya penulis ini sudah jadi penulis 'favourite' aku dan aku pula sudah jadi 'fan' no 1 penulis ini. Dan sudah semestinya selepas ini aku akan terus menyelongkar dan meneroka karyanya yang lain pula. 

Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya aku dapat menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis dan banyak pengisian yang menginsafkan aku sesudah membaca karya ini yang cukup terkesan di lubuk hati yang dalam. Permulaan watak Addin dan Benz yang agak kasar, keras kepala dan ego yang ditonjolkan oleh penulis dalam karya ini memang memberi tempias hebat kepada aku dan penulis berjaya mengolah perjalanan cerita watak yang amat menarik sehingga mereka sama-sama sedar dan berusaha berubah membetulkan diri masing-masing menjadi pasangan yang beriman, saling melengkapi dan membahagiakan dan kembali berserah dan mendekatkan diri dengan penciptaNya iaitu Allah swt. Sesungguhnya sebagai manusia kita sentiasa perlu memantapkan ilmu di dada dan proses pembelajaran itu tidak akan pernah berhenti walau pun setelah bergelar suami atau isteri.


' Who says there's nothing more complicated than E=mc2 ? There's something much more complicated; it's called emotion '

' Identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc2 equation
Emotion falls under that something '



...inilah lagu I'll Be nyanyian Edwin McCain yang diperdengarkan oleh Benji kepada Didi...






2 comments: