Andai Gerimis Berhenti




Penulis   :  Mardihah Adam
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS Litera Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat : 371
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-967-5783-19-7
Rating : ★★★★







Ulasan :
 
Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghayati karya pertama penulis hebat yang baru sahaja aku kenali ini. Hatiku bagaikan ditarik-tarik untuk membeli karya ini setelah terlihat di laman bookcafe.com.my.  Sebuah kisah yang sungguh meruntun jiwaku, penuh berilmu dan padat dengan hikmah. Sejujurnya, semasa membaca setiap baris ayat dalam keseluruhan karya, terutama di bahagian akhir cerita ini membuatkan aku begitu sebak dan pilu sehingga menitiskan air mataku. Karya ini benar-benar telah berjaya buat aku rasa lebih insaf diri dan mengajar aku untuk lebih sabar, redha dan meletakkan seluruh kebergantungan kepadaNYA. Kadang-kadang kita tidak sedar jodoh kita sebenarnya adalah orang yang kita rasa berada jauh dari kita tetapi begitu dekat di depan mata.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akhbar. Sebuah karya yang sangat sesuai dan bagus untuk dibaca oleh adik-adik gadis remaja, wanita, isteri atau ibu. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku pelajari dan dapat dijadikan pengajaran berguna melalui karya hebat ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai motivasi dan memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang dapat dijadikan inspirasi dan panduan hidup untuk menjadi wanita solehah insya-Allah. 
 
 
Highly Recommended Book. 
 

Sinopsis


Kisah Nur Aisya, gadis yang menjadi rebutan dua lelaki yang mahu bersatu dalam jiwanya. Aisya beranggapan, lelaki pertama hanya seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Hisham, sahabat yang sentiasa memburu setiap langkah dan perhatiannya. Abang Najmi, sahabat sepermainan yang sentiasa memberi semangat, memburu rindu dan sabar menanti jawapan. Aisya beranggapan, kenangan lama perlu dibiarkan berlalu. Tetapi, kenangan zaman kecil bersama Abang Najmi selalu menerbitkan rasa dalam jiwanya. Namun, cintanya terpateri kepada lelaki bernama Ustaz Zulkarnain, pemuda yang mengajar jiwanya supaya sentiasa tenang dalam mengemudi cabaran mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar. 


Aisya setia menanti kehadiran lelaki soleh itu sehingga Ustaz Zulkarnain hadir bersama isterinya Siti Hajar. Barulah Aisya sedar bahawa Ustaz Zulkarnain bukan jodohnya. Hisham memfitnah Aisya cuba mengganggu gugat rumah tangga Ustaz Zulkarnain setelah Hisham terbaca catatan diari Aisya tentang luahan hatinya. Sebulan setelah peristiwa yang memalukan itu, Aisya mengambil keputusan untuk menyambung semula pelajaran ke luar negara. Aisya akhirnya menerima dan mengakui selama ini cinta dan hatinya adalah untuk lelaki yang bersama ketika zaman kecilnya. Lelaki yang menjadi sahabat luar biasa dan tidak jemu memberinya nasihat dan semangat, sabar merebut hati dan bertahun-tahun menunggu cintanya.


 



Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

" Allah mencipta perhubungan manusia itu penuh luar biasa, sehingga ada kalanya sukar bagi membuat keputusan "

" Allah berikan jalan penyelesaian kepada kita. Sedikit tersembunyi kerana kita perlu berdoa, bertawakal, berusaha dan menyerahkan diri kepada Allah. Allah menentukan segala-galanya "

" Saidina Ali pernah berkata, Saudaramu yang sebenar adalah orang yang sentiasa berada disisimu. Ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu. Sanggup berkorban apa sahaja demi kepentinganmu "

" Allah sering menurunkan ujian, tanda kasih sayang kepada hamba-Nya "

" Orang yang sabar adalah mereka yang sentiasa berdoa dan reda menghadapi dugaan yang menguji keimanan mereka.  Mereka perlu reda dengan ketetapan Allah dan menyakini, Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu "

" Musibah yang besar ataupun kecil adalah tanda dan balasan Allah atas dosa yang pernah dilakukan. Ini tandanya Allah menyayangi diri ini "

" Sesekali kita perlu hadapi risiko. Risiko dan cabaran ini yang sebenarnya menguatkan dan mematangkan diri " 






No comments:

Post a Comment