Penulis : Mardihah Adam
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 403
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-967-5783-93-7
Rating : ★★★★
Ulasan :
Karya ini adalah sambungan dari buku pertama penulis ini Andai Gerimis Berhenti. Perjalanan hidup Nur Aisha digambarkan penuh dengan kejutan pelbagai cabaran dan dugaan selepas bergelar isteri. Diharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari peribahasa yang tepat kena pada watak Nur Aisha dalam karya ini. Memang pilu dan sebak tetapi Aisya cekal dan terus tabah menghadapi segala kesedihan yang dialami. Pendapat peribadi aku, karya ini agak kurang beri kesan menyengat kepada aku berbanding karya pertama. Akhiran ceritanya juga tidak berikan aku sebarang kejutan dan terlalu mendadak. Alangkah bagus jika penulis dapat menceritakan lebih lanjut detik-detik Najmi sedar dari koma dan berjumpa dengan anaknya.
Walau bagaimanapun, karya ini sangat sesuai untuk dibaca oleh adik-adik gadis remaja, wanita, isteri atau ibu. Banyak
mutiara
ilmu yang boleh dijadikan pengajaran berguna melalui karya
hebat ini. Kisah ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai motivasi malah sebagai penguat semangat kepada kita semua. Terima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi
suatu kisah yang dapat dijadikan inspirasi dan panduan hidup untuk
menjadi insan yang bergelar wanita di luar sana.
Sinopsis
Nur Aisya dan Mohd Najmi disatukan dengan sebuah ikatan pernikahan. Cinta zaman kecil itu akhirnya bersatu. Lantas dua jiwa itu meyemadikan diri bersama ternakan ikan air tawar di Chinta Aisya serta menjaga anak-anak yatim di Impian Bonda dengan rasa kasih sayang dan tawakal kepada Ilahi.
Aisya tabah dengan ujian yang mendatanginya tiba-tiba, Najmi disahkan koma selepas terbabit dalam kemalangan dan anak sulung mereka lahir tanpa abi sebagai penyambut iqamahnya.
Selepas tiga tahun menanti dengan penuh setia dan sabar yang berpanjangan, gerimis pun berhenti. Tuhan berjanji mendatangkan kemenangan kepada hambaNya yang memenuhi hidup dengan kesabaran.
" Sampai ke syurga, umi akan menantikan abi, sampai umi menutup mata !"
No comments:
Post a Comment