Baju Melayu Hijau Serindit





Penulis   :  Syud 
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd  

Bilangan Mukasurat : 430  
Tarikh Terbitan : 2011  
ISBN : 978-967-0508-76-4  
Rating : ★★





Ulasan :

Jualan online murah di e-sentral buatkan aku tidak lepaskan peluang untuk borong beberapa karya Syud yang memang aku cari-cari selama ini.
 
Karya ini adalah yang kedua kubaca selepas Dia...Dalam Ramai. Cerita ini memang buat aku teringat masa zaman aku bercenta waktu muda-muda dulu he he. Setelah membaca habis karya ini, aku rasa aku sudah terpikat dengan gaya penulisan manis lemak berkrim penulis hebat ini. Bukan cerita sedih yang buat aku boleh nangis sampai bengkak-bengkak mata, tak ada konflik yang peningkan kepala aku. Cerita ini tentang pertemuan dan jodoh yang sungguh manis dan tidak disangka tetapi ada maksud tersirat yang boleh dijadikan pengajaran dan untuk diteladani pembaca di luar sana. Secara peribadi, aku memang sudah terpaut hati dengan karya penulis hebat ini. Memang benar ajal, maut, pertemuan dan jodoh itu adalah ketentuan Allah. Mana mungkin kita dapat menidakkannya.


Sinopsis

Wardah Ahmad Bakhtiar (Wardah) dan Mohammad Firas Adam Mohammad Iskandar (Firas) bertemu secara tidak sengaja di dalam kedai buku dan kebetulan mereka mahu membeli buku yang sama. Dek kerana pertemuan pertama yang tidak manis itu, Wardah awal-awal lagi sudah kurang senang dengan Firas dan menggelarnya Shrek sebab warna baju melayu yang dipakai Firas berwarna hijau terang dan garang. Firas pula mula mengambil perhatian setelah terlihat kasut merah yang dipakai oleh Wardah dan gaya jalan hentak-hentak kaki yang ala-ala gaya Dorothy seperti dalam cerita The Wizard of Oz. 

Wardah terpaksa meminta pertolongan daripada Firas apabila ibunya mahu menjodohkan dia dengan Ilham, seseorang yang Wardah tahu pasti akan membuatkan keadaan bertambah buruk. Dia tak sangka dengan meminta Firas menolongnya untuk menyamar sebagai teman lelakinya telah mencambahkan perasaan sayang yang pada mulanya tiada di situ, dalam hatinya.


~ Wardah ~

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”


 





~ Firas ~

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah.









No comments:

Post a Comment