Penulis : Syud
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 544
Tarikh Terbitan : 2008
ISBN : 978-967-5118-01-2
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Nampaknya aku ni dah kemaruk dengan buku penulis ni.. ha ha ha. Memang berbaloi baca buku lama ni daripada buku baru yang buat aku semakin bosan entah apa-apa ceritanya.
Karya ini adalah yang ketiga kubaca selepas Dia...Dalam Ramai dan Baju Melayu Hijau Serindit. Cerita dalam karya ini memang cukup nostalgia pada aku yang nak masuk 4 series ni. Apa tidaknya perjalanan cerita dalam karya ini memang mengingatkan aku kembali ketika zaman belajar dulu... cukup menggamit kenangan ketika mula kenal erti bunga-bunga CINTA. Drama korea, drama bersiri dan lagu-lagu yang ada dalam karya ini seperti mengamit kenangan lama dan mencampakkan aku semula di waktu itu. Aku seperti terbuai dengan perjalanan cerita karya ini yang cukup manis dan mempersonakan. Ya, semua orang pasti akan mengalami dan mengharungi perjalanan hidup yang seperti itu. Kenangan itulah sebenarnya yang banyak mengajar dan mematangkan kita dalam setiap yang berlaku dalam perjalanan hidup kita ini. Itulah lumrah kehidupan. Cuma terkadang kita banyak buat kesilapan di permulaan kehidupan kita dan amat berharap jika dapat diputar kembali waktu itu untuk padam segala kesilapan lalu.
Secara peribadi, aku suka dengan cara penulis mengolah jalan cerita dalam setiap karyanya. Patutnya aku baca karya ini dahulu sebelum dua karya yang lain kerana beberapa watak yang wujud dalam karya ini ada diceritakan dalam karyanya yang lain. Cerita ini penulis gunakan bahasa yang sempoi jer, tak terlalu berbunga, tak peningkan kepala aku nak fikir lebih-lebih. Kupasan jalan cerita dan watak-wataknya sangat realistik seperti yang telah kualami sendiri... tapi aku perlu ulang baca 2 kali jugaklah untuk memahami jalan cerita dan menjiwai watak-watak utama dalam buku ni. Bukannya apa, cuma dialog dalam cerita ini aku agak susah sikit nak tangkap siapa yang cakap. Namun, cara pengolahan jalan cerita ini memang berjaya menyentuh hati aku dan membuatkan aku tersenyum simpol melayan nostalgia manis dan indah itu. Yang pasti, cerita ini begitu manis, indah dan sempurna di mataku. Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah cerita yang sangat indah untukku jadikan kenangan hingga hujung nafas.
Sinopsis
Dhiya Nurlisa dan Azril Mustaufi 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasannya sudah jelas, kan?
kalau menurut Dhiya Azril tu tipikal group mate : tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal kerja, almaklum lah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu. sedangkan Azril juga ada alasannya sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat. lepas graduate, masing masing bawa diri.
Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi menjadi 'masalah' kepada Dhiya, lalu apa langkah seterusnya Dhiya?
Tidak semua pekara layak di beri peluang kedua, Dhiya. usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. berpalinglah, jika itu yang terbaik.
Gavin Degraw -Chariot
No comments:
Post a Comment