Penulis : Melur Jelita
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Karya Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 1211
Tarikh Terbitan : Oktober 2015
ISBN : 978-967-0890-63-0
Rating :
Ulasan :
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA sekali lagi aku telah diberi kesempatan untuk membaca dan menghayati sambungan karya The Unsung Hero terbaru penulis favourite aku ini.
Apa yang dapat aku katakan, buku ini memang patut dan wajib dibaca oleh semua suami dan isteri diluar sana. Tidak perlu aku nak cerita panjang lebar lagi. This story is undeniably touched my heart. Kena beli buku MJ ini dan hayatinya sendiri baru tahu apa maksud aku ini. Kisah ini memang berjaya mainkan perasaan aku, berjaya buatkan aku rasa benci, marah, tidak puas hati dan kecewa dengan watak Abang Wan dan watak Adik Mariam ni tau. Aku jadi benci dan geram bila Maryam berubah sikap dan sanggup ketepikan Wan dan anaknya Chahaya kerana percayakan Riyaz. Tapi aku lebih sedih dan kasihan dan tidak sanggup aku nak tengok Wan menderita dan patah hati. Tapi, apa-apa pun aku tersangatlah suka dengan happy ending cerita ini bila Wan dan Maryam akhirnya saling bermaafan dan sedar dari kesilapan mereka dan saling sayang dan rindu dan bahagia bersama anak-anak mereka Chahaya - buah kasih, Muhammad - buah sayang dan buah rindu mereka yang bakal lahir di bumi salju Scotland.
Kisah ini ada pelbagai rencah dan perisa, penuh berilmu dengan kata-kata nasihat dan teguran, penuh teladan dan tauladan buat para isteri dan suami di luar sana dalam melayari bahtera rumahtangga. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan dengan mata hati dan mata akalmu, nescaya banyak ilmu dan manfaat yang boleh diperolehi setelah selesai membaca karya syahdu hebat ini yang pastinya akan menyentuh hati.
Sinopsis
“KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”
Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara
mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi
berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja
suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan.
VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna
kahwin dengan negara.
Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...
“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”
“Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui...”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”
Dalam melayari alam rumah tangga, IRVAN dan Maryam saling berusaha
menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi
cinta pertamanya sebagaimana MARYAM yang asyik dengan bumble beenya.
Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like
Robocop.
Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...
“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”
“Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui...”
" Sesibuk dan sepenting mana pun hal duniawi, urusan dengan Allah yang diperlekehkan. Jaga hubungan dengan Allah, Allah pasti akan jaga kita "
" The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies. It comes from friends and your loved ones ~ Anon "
... lagu If You're Not The One - Daniel Bedingfield ...
Makluman
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmatMU ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmatMU ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya
Melur Jelita
Assalamualaikum
Makluman untuk semua.. Puan Hajah Norlaili Salleh (Melur Jelita) telah kembali menemui Allah SWT pada pukul 6.28pm tadi. Pada hari mulia dan bulan mulia ini, semoga beliau dapat diberkati Allah dan dapat bersama mereka yang beriman.
Terima kasih diatas segala doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada kita semua dan seluruh ahli keluarga beliau. Aamiin

No comments:
Post a Comment