5 Tahun 5 Bulan





Penulis  :  Hlovate
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 509
Tarikh Terbitan : 2007
ISBN : 978-983-43217-2-7
Rating : ★★★★★






Ulasan :

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga 'khatam' karya terakhir penulis hebat yang telah pun melekat di hatiku ini seperti kena gam gajah sebagai penutup tirai tahun ini.

I'm speechless you know....aku rasa karya ini agak berlainan sekali dengan karya yang telah aku baca terdahulu. Kerana pendapat peribadi, aku mengakui karya kali ini lebih melelahkan aku untuk habis baca buku ini. Nak tahu kenapa ? Sebabnya dua watak utama Ana dan Along dalam karya ini masing-masing keras hati dan lambat sangat nak meluahkan perasaan hati dan terlalu banyak memikirkan kebarangkalian 'kalau' yang akan berlaku. Dan memang buat aku rasa sakit hati je TETAPI akhir ceritanya pada aku memang MANIS dan berbaloi sabar baca hingga akhir muka surat. Memang buat aku sengih sorang-sorang je dan tersenyum bahagia bila akhirnya Afiq melafaz kata "Along sayang Ana".



Apa yang pasti aku memang sudah terpaut dan serasi dengan gaya penulisan Hlovate yang unik ini. Setiap karyanya mempunyai suatu kelainan dan kebanyakan watak-watak di dalam karyanya seperti mempunyai kaitan dan sambungan cerita di antara satu sama lain. Karya kali ini penulis mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah dan jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati...mengisi nurani.


Cerita tentang Ana (Johanna) yang bekerja sementara sebagai orang gaji di rumah En Lafty dan menguruskan tiga orang anak remaja majikannya iaitu Angah, Nina dan Nana. Ana kemudiannya telah bertemu dengan anak sulung majikannya, Along (Afiq Hafizi) seorang Engineer yang sentiasa mencari kesalahannya setiap kali bertentang mata. Tetapi Ana lebih banyak beralah dan menurut sahaja setiap arahan dan kritikan dari Along yang diibaratkan seperti 'Along Serbia' yang sarkastik. Setelah bekerja selama tiga bulan, Ana telah berhenti kerja dan menyambung pelajaran ke Aberdeen dalam bidang perubatan. Di sana Ana telah bertemu Bat aka Hang Jebat dan menjadi sahabat baik. Semasa di sana, Along sering menghubungi Ana dan mereka mula mesra dan menjadi teman bercerita merentas benua. Siapakah yang bertakhta di hati Ana dan bagaimanakah kesudahan cerita ini ?  Kalau nak tahu lebih lanjut cuba dapatkan buku ini ye.


 


Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campir sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi Ana...dan
dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...

Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari,Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo didalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula JO dalam hidup Along?

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi:boys're stupid,some men too.



Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

... I've Him, yes.  No matter what. Come hell or high water.   Allah is enough for me ...

... All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us. 
If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away ...

... Dengan masa, apa sahaja mampu terjadi dengan izin-Nya ...




Rooftop Rant




Penulis  :  Hlovate
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 538
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN : 978-967-5118-07-4
Rating : ★★★★★






Ulasan :

Nampak gayanya aku wajib "membedah siasat" satu lagi karya berat penulis hebat ini sebelum menutup tirai tahun 2013. Itu adalah janjiku and I'll be the greatest fan of your books Hlovate...

I really love this book...Rooftop Rant aku kira satu kelainan, agak berat, paling menyentuh rasa dan menyiksa jiwa aku dengan caranya yang tersendiri berbanding karya-karyanya yang lain yang pernah aku baca setakat ini walaupun nada bahasa yang digunakan hampir sama je. Tapi kali ini, mesej yang ingin diterjemahkan lebih sinis tentang pergolakan jiwa remaja yang ketandusan kasih sayang dan perhatian dalam keluarga. Bagaimana tekanan yang dihadapi dan bagaimanakah cara anak remaja ini menangani tekanan tersebut dalam kehidupan seharian.

Menceritakan tentang Khairul Batrisya Mazni (Trisy) pelajar Sekolah Menengah tingkatan 4 yang jiwanya kosong, sering keseorangan, bosan dan sedih tanpa perhatian keluarga dan sering ponteng kelas tuisyen bertemu dengan Mohd Zaid Mohd Tajuddin (Jade) pelajar Diploma Mass Comm yang lebih suka mendiamkan diri, merasa bosan dan tertekan dengan harapan maknya dan bercita-cita menjadi pelukis komik. Mereka bertemu secara kebetulan sama-sama lepak mencari ketenangan di bumbung Menara Topaz dan mula serasi kerana berkongsi meluah cerita dan rasa kemudian mula mengenali hati budi masing-masing dan saling menyokong antara satu sama lain.  Namun, tekanan yang sering dihadapi oleh Trisy dari ibu ayahnya yang sering bertengkar dan sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing membuatkan Trisy semakin kecewa dan putus asa sehingga makan ubat 'depressed' berlebihan sebagai cubaan bunuh diri dan telah diselamatkan oleh Jade. Akibatnya Trisy telah dihantar ke kampungnya di Johor Bahru untuk tinggal bersama datuk dan neneknya dan meneruskan persekolahan di sana. 

Walaupun Trisy dan Jade terpisah dan tidak pernah bertemu lagi namun Trisy sering memaklumkan perkembangannya kepada Jade melalui surat dan juga membeli majalah Hah Ha untuk mengetahui perkembangan karier Jade sebagai kartunis. Ternyata kehidupannya di kampung telah berjaya mengubah dirinya ke arah yang lebih baik, mula belajar mengenal tuhan dan agama dan telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University of Aberdeen. Pada cuti semester tahun pertama, Trisy pulang bercuti ke tanahair selepas 5 tahun tidak bertemu Jade. Setelah dipujuk Pak Su untuk balik ke rumahnya di KL untuk bertemu ibu dan ayah, Trisy menyangka kepulangannya akan disambut oleh ibu dan ayahnya, tetapi hampa lalu dia merajuk hati dan melarikan diri. Jade pula telah berjaya membina kerjaya sebagai kartunis setelah menimba pengalaman beberapa tahun sebagai kartunis di Bandung. Jade yang secara kebetulan datang ke rumah Trisy untuk bertanya kabar pada Buk Jah pada hari itu telah diberitahu oleh Pak Su tentang kehilangan Trisy dan betul-betul merisaukan Jade.  Setelah dipujuk oleh Pak Su dan Jade melalui telefon, Trisy akhirnya pulang semula ke rumah ibu ayahnya walaupun berasa amat malu dengan tindakannya kerana telah melanggar janjinya pada Jade dahulu.  Pak Su yakin hanya Jade yang mengambil berat dan mampu untuk menjaga Trisy dan menanyakan kesanggupannya untuk menjaga Trisy.  Selepas kejadian itu, Jade akhirnya mengambil keputusan untuk melamar Trisy kerana mula menyedari bahawa mereka sebenarnya saling mengambil berat dan menyayangi antara satu sama lain selama ini cuma kewujudan perasaan itu tidak disedari oleh mereka. Mereka akhirnya diijabkabulkan semasa cuti semester tahun kedua Trisy. Harapan mereka besar dalam mencari 'Eternal Happiness' agar dapat melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina itu bahagia hingga ke syurgaNya dan menjadi ibubapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak mereka nanti insya-Allah.

Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, Alhamdulillah aku dapat menghayati mutiara indah dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai dan tiada galang ganti. Oleh itu, ibu bapa bertanggung jawab dalam mendidik anak-anak. Sabda Rasulullah SAW anak-anak itu diibarat seperti kain yang putih, bergantung kepada ibu dan bapa untuk mencorakkan dia menjadi Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam. Sayangi mereka, bimbing mereka, beri galakan dan sokongan pada mereka dan jangan biarkan mereka terkapai-kapai sendirian dalam mencari hala tuju di dunia yang sementara ini. Jangan membanding antara anak-anak kerana setiap anak-anak itu ada kelebihan dan keistimewaan mereka yang tersendiri. Jangan biarkan mereka menjadi anak yatim sewaktu masih ada ibu dan bapa. Jadilah ibu bapa 'qudwah hasanah' yang memberi contoh teladan terbaik untuk anak-anak.  Kegembiraan, kasih sayang, lena tidur malam dan talent tidak boleh dibeli dengan duit. Pendek kata, bukan semua benda boleh dibeli dengan duit. Duit hanya sebagai alat untuk mengejar impian sahaja. Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tidak mampu. Jangan pernah putus asa dan harus berusaha untuk memperbaiki diri dan mengecap kebahagiaan. Sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Mohonlah pada Allah untuk dilapangkan dan dipermudahkan segala urusan. Setiap takdir yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik untuk setiap insan. Segala benda yang jadi itu tarbiah dan didikan daripada Allah itu untuk kita jadi lebih baik. Untuk dijadikan pengajaran dan sempadan. Yakinlah pada Dia. Eternal Happiness.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui " ~ (Surah Al-Baqarah : 216)

Diriwayatkan daripada Anas...
" ...none of you should long for death because of a calamity that had befalled him... and if he cannot, but long for death, then pray 'Ya Allah, let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me' ..." ~ (Sahih Bukhari : 8/6351 - O.P.362)

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 ...There're times when strangers are like family, and family are like strangers...

...Live well or live hell, you choose, your choice... 
 
...And its you who decide whether the glass is half-full or half-empty..

...Dare yourself to dream and dare yourself to fulfill it ...



Dia... Isteri Luar Biasa





Penulis  :  Umie Nadzimah
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 616
Tarikh Terbitan : October 2013
ISBN : 978-967-0567-15-0
Rating : ★★★★





Ulasan :

Buku ini adalah karya pertama penulis ini yang baru aku baca walaupun sebenarnya penulis ini telah pun menghasilkan beberapa buah karya terdahulu. Namun, karya genre romantik komedi penulis ini serasa serasi dengan jiwaku, aku seperti terpanggil untuk terus ' membedah siasat ' karya penulis hebat ini pula. Di sebalik tajuk yang penuh simbolik ini terselit suatu kisah yang sungguh mencuit hati dan penuh dengan mesej tersirat membuatkan aku asyik ketawa dan tersengih-sengih aje dengan watak Raden Amzar seorang "Dr tumbuhan" yang secara tiba-tiba muncul dengan penuh keajaiban dan berjaya merubah segala dalam hidup Dewi Yusra yang begitu bencikan lelaki menjadi seorang isteri yang boleh aku katakan boleh dibanggakan.

Pendapat peribadi aku setelah membaca karya penulis ini buat pertama kalinya, aku seperti sudah jatuh cinta pandang pertama orang kata...Aku tidak pasti bagaimana dengan karya-karya penulis ini sebelumnya tetapi sejujurnya aku memang 'suka giler' dengan jalan cerita karya ini. Tema ceritanya tentang cinta selepas nikah  hampir sama dengan kebanyakan novel terbaru di pasaran sekarang ni TETAPI  plot ceritanya agak sedikit unik dan berbeza dan penulis berjaya meletakkan unsur suspen yang menyebabkan aku tertanya-tanya dan nak habiskan baca cepat-cepat nak tahu siapakah sebenarnya yang telah memerangkap Dewi dan Raden semasa insiden di tangkap khalwat di rumah Raden pada malam itu. Gaya penulisannya memang santai dan bersahaja tiada konflik yang beratkan kepala dan begitu menghiburkan dari awal hingga akhir cerita. Pendek kata memang buatkan aku tersengih sorang-sorang jer baca buku ni tau dan boleh hilangkan stress aku...


Di sebalik kisah yang mencuit hati ini, terselit mesej dan mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa jangan sesekali kita mempertikaikan jodoh dari Allah SWT kerana itulah jodoh dan takdir Allah namanya dan ia adalah suatu amanah yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Jangan kita menilai seseorang itu hanya dari luaran sahaja. Jangan pernah membina bahagia atas kelukaan insan lain. Rasa cinta sahaja tidak mencukupi jika tidak dilengkapi dengan tanggungjawab. Aku begitu tersentuh dengan kata-kata Raden dalam karya ini...

 



" Dalam rumah tangga ni, jika berlaku sesuatu yang kurang elok, tak semestinya berpunca dari lelaki saja, perempuan pun ada buat hal ...sebab itu bila kita tengah bahagia, gembira dan aman ni, jangan sesekali lupa, ujian Allah bila-bila masa boleh datang. Kena banyak-banyak doa dan berusaha untuk kekalkan dan perbaiki hubungan. Tak boleh lalai sikit pun. Dua-dua kita kena kerja keras dan saling mengingatkan..."







SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.






Bukan Kerana Aku Tak Cinta




Penulis  :  E-Man Sufi
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 627
Tarikh Terbitan : April 2013
ISBN : 978-967-0246-45-1
Rating : ★★★★






Ulasan :


' Suami Yang Ku Benci ' adalah karya pertama penulis ini yang telah ku baca dan telah buat aku jatuh hati terus dengan karya penulis ini. Karya genre romantik komedi penulis ini serasa serasi dengan jiwaku , justeru entah kenapa jiwaku ini terus mengelocak seperti terpanggil untuk terus ' membedah siasat ' karya ketiga penulis hebat ini pula.

Seperti karya pertamanya, karya ketiga ini juga masih mengekalkan genre romantik komedi dan memang tidak mengecewakan. Tetapi, secara peribadinya aku merasakan karya pertama penulis ini lebih 'menyengat' dan terasa sengatannya berbanding dengan karya ketiga ini. Tema dan plot ceritanya masih berkaitan cinta antara dua darjat cinta suci yang hadir selepas nikah. Gaya penulisan bahasanya masih bersahaja dan menghiburkan hati. Watak-watak utama dalam karya ini agak kurang berjaya menghasilkan sentuhan humor yang boleh 'menggeletek hati' dan 'sakit perut' aku tahap melampau berbanding dengan karya yang pertamanya dahulu walaupun karya ketiga ini adalah kesinambungan cerita dan watak dari karya yang pertama.  Walau bagaimanapun, aku memang jatuh hati dengan watak 'Abang Jebat' yang mempunyai auranya yang tersendiri dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menghidupkan watak-watak penting dalam cerita ini secara keseluruhannya dan memeriahkan suasana cerita ini melalui aksi lucu, nakal, dialog 'sempoi' dan dialog/monolog bersahaja. Terima kasih kerana berkongsi dan berjaya menghasilkan karya yang bukan sahaja mencuit hati malah menyedarkan dan mengajak pembaca untuk sama-sama menginsafi diri, menerima dan yakin jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita adalah yang terbaik dan terindah. Setiap manusia itu tidak pernah lari dari dosa dan kisah silam. Oleh itu, berkasihlah dengan pasangan kerana Allah, menerima kekurangan dan kekhilafan pasangan sebagai satu kesempurnaan dalam melayari alam rumahtangga dan saling memaafkan adalah kebahagiaan yang terindah pada setiap pasangan dan yakinlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Ahmad Ziyad atau nama panggilannya Jebat seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.  Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Hannah Mastura, adik kepada Hannah Maryam dan juga adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh Mastura untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.  



 


Namun mampukah rumah tangga yang dibina atas nama cinta pandang pertama ini bertahan? 
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster yang mempunyai tatu naga di badan !  Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.



" Maka barangsiapa bertaubat (dalam kalangan pencuri-pencuri itu) setelah melakukan kejahatan dan memperbaiki dirinya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang ." ~ (Surah Al-Maidah : 39)



lagu Salahkah - Hafiz ft Rossa







Saya Tunggu Awak




Penulis  :  Bonda Nor
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Novel Tarbiah
Penerbit :  Galeri Ilmu Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 633
Tarikh Terbitan : October 2013
ISBN : 978-983-097-445-3
Rating : ★★★★★





Ulasan :

Syukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan sekali lagi untuk menghayati mutiara indah dari karya yang sungguh hebat ini. Karya ini merupakan karya pertama penulis hebat ini yang baru aku baca dan terus terang aku katakan " this is the best Islamic novel that I've ever read and its really worth to buy it ". Novel ini aku kira paling unik berbanding dengan novel-novel lain yang pernah aku baca setakat ini, kerana penulis ini bukan sahaja berjaya menyingkap kisah seorang ustazah malah berjaya mengangkat cerita ini untuk dijadikan sebagai iktibar dan panduan hidup pembacanya. Juga secara tidak langsung, penulis juga berjaya mentarbiah pembaca bagaimana cara untuk meningkatkan kualiti iman dalam mengharungi hidup berumah tangga yang penuh dengan dugaan dan cabaran.  Selain itu, penulis juga banyak menyelitkan ayat al-Quran, sabda Nabi dan kata-kata mutiara para ulama muktabar yang sekaligus menjadikan novel ini amat berbeza sekali dengan novel yang lain di pasaran.  Pendapat peribadi aku, karya ini merupakan antara karya yang paling terbaikkkkk pengisiannya yang pernah aku baca setakat ini. Membaca setiap baris ayat dari buku ini memang sungguh memilukan dan menyayat hati aku, menginsafkan dan berjaya membuatkan aku menitiskan airmata tanpa henti dan sungguh terkesan hingga ke lubuk hatiku yang paling dalam. Sejujurnya aku mengakui dan menginsafi kekhilafan diri ini, tanggungjawab yang diamanahkan kepada seorang wanita yang bergelar isteri tidak semudah yang disangkakan. Terlalu banyak ujian dan dugaan duniawi yang perlu aku tempuhi dan pelajari dalam melayari bahtera rumah tangga yang penuh pancaroba ini sehingga terkadang aku juga merasakan tempias yang tidak kurang hebatnya.

Mengisahkan tentang Ustazah Hanna Mardhiah mempertahankan rumah tangga yang dibinanya bersama suami tercinta Farhan  dengan dua orang cahaya mata.  Hanna yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti al-Quran Malaysia (UAM) terpaksa berhadapan dengan anak muridnya yang bernama Rafiq Aqlan yang telah menunjukkan minat padanya dan telah mencurahkan rasa cintanya pada Hanna. Walaupun Hanna tidak membalas cinta tersebut, namun Hanna cuba melawan pergolakan dalam jiwanya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh serta memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah swt agar tidak terus hanyut dengan godaan itu. Pelbagai ujian dan dugaan yang terpaksa Hanna harungi walaupun setelah kematian suaminya yang tercinta, Hanna terus melawan pergolakan jiwa dan ujian tersebut sehinggalah ke nafasnya yang terakhir.

Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, aku cuba menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa ketentuan Allah tidak berlaku selari dengan impian manusia. Setiap ujian ada tempoh tamatnya.  Kekecewaan yang dirasai pada ketika ini akan pudar ditelan masa.  Sebagai seorang Muslim, kita perlu berpegang teguh pada Rukun Iman. Qada' dan Qadar Allah adalah satu perkara yang perlu diyakini. Di sebalik semua ketentuan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sememangnya Allah sentiasa mendahului segala perancangan dan sebagai manusia kita harus pasrah menerima aturan takdir-Nya.  Kekecewaan yang pernah kita lalui mungkin akan menjadi satu nikmat yang akan kita syukuri satu masa nanti.

Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Bonda Nor kerana telah berkongsi karya hebat ini dan berjaya menghasilkan karya yang sungguh unik dan mantap sehingga menggetarkan seluruh jiwa dan ragaku. Apa yang pasti " Saya Tunggu Awak - dalam hidup ini tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula ".  Ya Allah kuatkan imanku dan bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang solehah.  Mudah-mudahan Allah akan pandu kita semua melayarkan bahtera rumah tangga kita ini hingga ke syurga, insya-Allah.




Allah swt berfirman :

" Sesungguhnya , tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput daripadamu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan  kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. " ~ (Al-Hadid 57: 22-23)




Anthem



Penulis  :  Hlovate
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 593
Tarikh Terbitan : May 2013
ISBN : 978-967-0508--26-9
Rating : ★★★★★
 

Ulasan :

Lega rasanya terasa macam aku ni baru lepas habis marathon pulak baca buku tak henti-henti...dan lepas sudah 'geram' aku 'pulun'  baca berturut-turut buku Hlovate ni.

Tajuk 'Anthem' membuatkan aku tertanya-tanya apa kaitan dengan isi perut buku ni dan apa pulak yang nak disampaikan oleh penulis kali ni. Apa yang aku faham 'National Anthem' lagu 'Negaraku' ??? Selepas aku 'khatam' buku ini, aku rasa buku ni lebih kurang sama seperti 'Contengan Jalanan' agak berat sedikit berbanding dengan buku-bukunya yang telah aku baca sebelum ni. Dalam karya kali ini, penulis cuba mengupas apakah makna syahadah dalam diri setiap umat islam itu sendiri. Sebagai yang lahir sebagai seorang Muslim, adakah kita benar-benar faham maksud syahadah ? Adakah kita mengamalkannya di dalam kehidupan kita seharian dengan berpandukan hadis dan Al-Quran ? Sejujurnya setelah membaca karya hebat ini, ia berjaya membuatkan aku termenung sendiri, banyak memikir dan bertanya apakah anthem aku sebenarnya ?
 " My anthem, is my syahadah. Jadilah adamantium ".

Kisah perjalanan hidup seorang remaja Nur Dania Dashrin (Dash) yang dibesarkan di perantauan bersama adiknya Haikal, mama dan ayahnya yang bekerja sebagai diplomat di luar negara secara tidak langsung telah memberi acuan pada dirinya dan membentuknya dengan kehidupan yang bebas. Untuk menyelamatkan Dash dari terus terjerumus dan hanyut dengan budaya barat, mama dan ayah Dash telah menghantarnya pulang dan meneruskan persekolahan  di Malaysia setelah terjadi satu insiden.  Dash yang pada mulanya tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Malaysia akhirnya menyambung pelajaran di Malaysia setelah tamat SPM. Kehidupan Dash mula berubah setelah pelbagai peristiwa terpaksa dilaluinya semasa bersekolah di Malaysia, perkenalannya dengan ' Lee Hitler ' senior di sekolah menengah, rakan-rakan band sekolah menengah, di rumah mama dan ayahnya di Chanakyapuri, India dan kehidupannya di University of Aberdeen.  Dash mula berubah dari seorang gadis yang 'third-culture kid' yang 'rebel' berhantu menjadi seorang gadis yang jati diri seorang Muslim yang berpegang kepada Islam. Dash juga telah berjaya menyedarkan ' Lee Hitler ' berubah menjadi seorang Muslim yang sebenar. Mereka kemudiannya sama-sama berusaha membetulkan diri masing-masing menjadi pasangan yang beriman, saling melengkapi dan membahagiakan dan kembali mendekatkan diri dengan penciptaNya iaitu Allah swt.


Secara peribadi, aku rasa karya ini memang hebat dan terbaik yang pernah aku baca. I'm speechless you know, no words to describe that... Terima kasih ya Allah kerana memberi ku kesempatan ini..Alhamdulillah kerana dengan izinMu ya Allah, sekali lagi aku dapat menghayati mutiara indah dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis hebat ini. Pengisian yang cukup padat dan mantap ini memang membuatkan aku tersedar dan menyedarkan aku, mengajar aku erti pengajaran yang sebenar dan membuatkan aku menginsafi diriku sendiri.  Syabas dan tahniah Hlovate kerana berjaya menghasilkan karya yang membuatkan aku terkesan hingga ke mata hati dan mata akalku yang paling dalam. Teruskan usaha-usaha dakwahmu ini dengan karya yang bukan sahaja dapat mendidik malah dapat menyedarkan dan seterusnya mengajak pembaca untuk sama-sama mencari jati diri sebagai seorang Muslim dan mendekatkan diri kepada penciptaNya. Sebagai seorang Muslim, marilah kita sama-sama membimbing saudara-saudara kita menjadi seorang Muslim dalam redha-Nya insya-Allah.


Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

" Everybody has a past
 Everybody lives a present
And everybody deserves a future
No judging on one's past
because it might be your future "




Versus





Penulis  :  Hlovate
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 432
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-967-5118-33-3
Rating : ★★★★★





Ulasan :

Nampaknya bulan ini aku semacam melekat terus dengan karya Hlovate... I'll be the greatest fan of your books Hlovate.

Versus bermaksud berlawanan, bertentangan dan dalam karya ini penulis mengupas dan memperlihatkan kepada kita apakah yang akan kita lakukan apabila kita harus menentang diri kita sendiri dan cuba melawan kebiasaan kita. Seperti dua karya terdahulu yang telah ku baca sebelum ini, karya ini juga tidak lari dari persoalan yang sama iaitu mengajak kita merenung dan muhasabah diri untuk berubah menjadi individu yang lebih baik. Tetapi dalam karya ini, penulis lebih menekankan apakah definisi baik itu pada diri kita sebenarnya. Adakah dengan hanya cukup solat lima waktu itu kita sudah dikira baik ? Adakah dengan hanya melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah swt kita sudah dikira baik ? Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza dari pelbagai sudut. Menjadi baik sahaja tidak cukup, malah berusaha berubah untuk menjadi lebih baik juga tidak semudah a,b,c...apatah lagi untuk meninggalkan perkara-perkara yang sudah terbiasa kita buat.

Kisah tentang dua individu Minn Edina (Minn) dan Ashraff Omar (AO) yang berperang melawan diri sendiri untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Penulis berjaya memperlihatkan bagaimana kepayahan Minn 'berperang' melawan perasaan, jiwa dan keinginannya apabila terpaksa meninggalkan dunia skaters dan mengubah diri daripada pemain skate yang cukup terkenal dengan nama Ed'Sassin kepada Minn Edina. Berbeza dengan AO juga pemain skate, setelah mengenali mentornya Minn Edina yang selama ini diminatinya dari jauh telah berjaya mengubah AO untuk berubah memperbaiki diri menjadi baik. Namun AO kemudiannya mula menyedari perubahan yang dilakukannya itu  bukanlah perubahan yang hakiki.  Semasa menyambung pengajiannya di Australia, AO telah menemui definisi erti hidup dan erti diri yang sebenar iaitu kebenaran yang dicari-carinya selama ini, perubahan sebenar yang diingininya itu untuk menjadi seorang hamba Allah yang beriman di dunia dan akhirat. 

Pendapat peribadi aku, setelah membaca tiga karya penulis ini, aku rasa karya ini antara yang terbaik yang pernah aku baca selepas ' Contengan Jalanan ' & ' aA + bB '. Alhamdulillah kerana dengan izinNya sekali lagi aku dapat menghayati mutiara indah dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis ini dan banyak pengisian yang memberi kesedaran, pengajaran dan keinsafan kepada aku sesudah membaca karya ini. Gaya penulisan dan pengolahan cerita memang harus aku puji  ' SUPERB '.  Aku suka dengan cara penulis berdakwah dan mendidik pembaca dengan cara yang amat halus dan cara yang tersendiri dengan mengolah dan mengupas perjalanan watak dan plot cerita dengan begitu baik sekali sehinggakan aku terasa dan merasakan tempias dua watak utama dalam karya ini seperti mengena pada ' batang hidungku '  sendiri.  Perasaan cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan dalam karya ini amat syahdu sekali walaupun tanpa ayat dan perbuatan  yang berbunga-bunga namun aku seperti terasa ' kepedasan ' dan kehadirannya. Malah tidak salah untuk kita merasai cinta yang dianugerahkan oleh Allah swt asalkan kita perlu tahu di mana batas-batasnya sebagai seorang muslim dan sama-sama mencari kebahagiaan di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang-Nya.


Sejujurnya aku mengakui bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik. Susah sebenarnya untuk melawan fitrah sedia ada tetapi itulah dugaan yang perlu kita tempuh apabila kita cuba berusaha ke arah yang lebih baik. Namun jangan pernah putus asa dan teruskan berjuang melawan sisi buruk yang ada dalam diri kita. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu.. Tahniah dan terima kasih Hlovate kerana karya yang sungguh terkesan di mata hati dan mata akal ku dan membuatkan aku terus berfikir dan memikirkan tentang definisi ' baik ' bagi diriku sendiri. Semoga kita sama-sama dapat berubah menjadi seorang muslim dengan redha-Nya insya-Allah.

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

" ...berubahlah walaupun payah, 
berubahlah ke arah hidup yang lebih indah, 
hidup dan masa muda sekali cuma, 
sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya ? ..."

"...bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..."



aA + bB




Penulis  :  Hlovate
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 495
Tarikh Terbitan : 2008
ISBN : 978-983-43217-9-6
Rating : ★★★★★







Ulasan :

' Contengan Jalanan ' merupakan karya pertama penulis misteri ini yang telah aku baca dan menjadi koleksi pertamaku walau pun aku kira aku sudah ' agak ketinggalan keretapi ' sebenarnya untuk mengikuti karya-karyanya yang lain sebelum ini yang memang sering diperkatakan di dalam dunia penulisan. Namun ' better late than never ', karya penulis ini serasa serasi dengan jiwaku dan entah kenapa jiwaku ini terus mengelocak seperti terpanggil untuk terus ' membedah siasat ' karyanya yang terdahulu pula.

Pertama kali aku tengok tajuk aA + bB  aku rasa macam pelik je, comel pun ada jugak, macam cerita budak sekolah je sebab yelah cetakan pertama novel ni pada tahun 2008 dan sudah berbelas-belas kali dicetak. Walhal aku ni baru je baca pada tahun ini dan aku ni pulak dah masuk ' geng 30-an ' dahhh. ...he he he..macam kartun...kan. Dalam karya ni gaya penggunaan bahasa yang digunakan sempoi jer, agak santai, tak terlalu berbunga, tak peningkan kepala aku nak fikir lebih-lebih dan memang bersesuaian sebagai pembacaan remaja. Plot cerita yang menarik. Kupasan jalan ceritanya tidak terlalu berat tapi perlu memahami jalan cerita dengan bersungguh-sungguh sebab kalau tak dapat memahami dan menjiwai watak dalam buku ni memang agak susah sikit nak faham jalan cerita dan maksud tersirat yang cuba disampaikan penulis tapi banyak elemen yang mampu menyentuh dan memberi tindak balas kepada aku. Banyak mencampur adukkan penggunaan bahasa inggeris. Banyak bahasa slanga yang agak selamba digunakan seperti  "Tarappappa" (Tak ada apa-apa) atau "Hailaaaa" (Alahai). Teringat ayat-ayat ini masa bergelar pelajar dan remaja zaman persekolahan suatu ketika dulu tu, terasa pulak semakin tua aku ni...


" Karya ini menceritakan tentang Nur Addin Shah belajar mengenal diri dengan perjalanan bersama masa. Cerita Benz Alif Sulaiman mengenal apa yang dicari dalam hidup dengan perjalanan bersama usia. Sama-sama mereka pernah menjadi 'a' dan 'b' yang masih 'kecil' di usia muda remaja di zaman sekolah yang penuh gelak ketawa riang ria. Sama-sama juga mereka menjadi 'A' dan 'B' yang telah 'membesar' dengan usia menjadi dewasa. Dan sama-sama menerima kenyataan yang pembelajaran bukan hanya terhenti di pagar sekolah semata. Hidup mengajarkan pengalaman di luar syllabus yang kurikulumnya tak tertulis nyata di mana-mana "

Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:

1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...

Apa yang terjadi apabila doktor 'Dr' dipaksa berkahwin dengan jurutera 'Ir' , yang bukan pilihan hatinya?Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah... Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz


Pendapat peribadi aku, walau pun karya ini kisah cinta yang 'cliche' kahwin terpaksa tapi seronok, menghiburkan dan penuh dengan pengajaran. Aku kira penulis ini masih muda dan 'hijau' lagi ketika karya ini diterbitkan, tapi aku merasakan penulis ini memang berbakat besar dalam bidang penulisan dan layak diletakkan sebaris dengan penulis novel hebat yang lain.  Sejujurnya penulis ini sudah jadi penulis 'favourite' aku dan aku pula sudah jadi 'fan' no 1 penulis ini. Dan sudah semestinya selepas ini aku akan terus menyelongkar dan meneroka karyanya yang lain pula. Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya aku dapat menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis dan banyak pengisian yang menginsafkan aku sesudah membaca karya ini yang cukup terkesan di lubuk hati yang dalam. Permulaan watak Addin dan Benz yang agak kasar, keras kepala dan ego yang ditonjolkan oleh penulis dalam karya ini memang memberi tempias hebat kepada aku dan penulis berjaya mengolah perjalanan cerita watak yang amat menarik sehingga mereka sama-sama sedar dan berusaha berubah membetulkan diri masing-masing menjadi pasangan yang beriman, saling melengkapi dan membahagiakan dan kembali berserah dan mendekatkan diri dengan penciptaNya iaitu Allah swt. Sesungguhnya sebagai manusia kita sentiasa perlu memantapkan ilmu di dada dan proses pembelajaran itu tidak akan pernah berhenti walau pun setelah bergelar suami atau isteri.

' Who says there's nothing more complicated than E=mc2 ? There's something much more complicated; it's called emotion '

' Identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc2 equation
Emotion falls under that something '


...inilah lagu I'll Be nyanyian Edwin McCain yang diperdengarkan oleh Benji kepada Didi...






13 Jam A380




Penulis  :  Evelyn Rose
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat :752
Tarikh Terbitan :  August 2013
ISBN : 978-967-0246-53-6
Rating : ★★★★★






Ulasan :

'The Wedding Breaker' karya pertama penulis ini telah membuatkan aku jadi 'angau' dan terus jatuh cinta dengan karyanya dan atas sebab itu juga aku terus ingin membaca karya keduanya. Kini aku mengaku sejujurnya beliau telah menjadi penulis 'favourite' yang paling aku kagumi.  Walaupun penulis ini aku kategorikan sebagai masih muda dan 'hijau' lagi, tapi aku merasakan penulis ini memang berbakat besar dalam bidang penulisan dan layak diletakkan sebaris dengan penulis novel hebat yang lain. Kekangan masa dengan pelbagai tuntutan hidup menyebabkan buku yang sudah lama aku beli ini hanya dapat aku bacanya baru-baru ini. Seperti karya pertamanya, karya kedua ini juga masih mengekalkan konsep dakwah dan memang tidak mengecewakan. Di awal cerita aku memang terbuai-buai dengan watak Hana Sofea. Pepatah "Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"  Subhanallah...jalan ceritanya memang seperti kena batang hidungku sendiri dan seolah-olah memberi kesan yang nyata sekali. Allahu Akhbar perasaan hatiku sebak, pilu seperti dapat merasakan jeritan batin yang terpaksa ditanggung oleh Hana Sofea sehinggakan dari bab 51 hingga seterusnya aku mula merasakan debaran dan rasa hati Hana Sofea, tak tertanggung dan tak tertahan air mataku menitis di setiap baris ayat yang ku baca terutama sekali surat dari Fawwaz ..memang sungguh sebak dan meruntun jiwa ragaku.

Cerita tentang Hana Sofea, yang memuja Haydar seorang jutawan muda yang menjadi gilaan wanita bertahun lamanya secara diam dengan memendam rasa. Takdir telah menemukan mereka semasa penerbangan ke London di dalam pesawat A380 bagai satu mimpi jadi kenyataan buat Hana.  Selama 13 jam di awan biru, Hana tidak melepaskan peluang untuk bermesra bersama- sama dengan lelaki yang dipujanya itu. Selama 4 jam mereka tersilap langkah sebagai pasangan yang memadu kasih di awan biru tanpa mempedulikan hukum dan dosa dek kerana mengikutkan godaan nafsu semata-mata. Namun, kemesraan mereka terus hilang begitu sahaja setibanya mereka di destinasi London.  Selama 3 tahun pengajian PhD di bumi England, Hana menemui kebahagiaan bersama kenalan baru Fido, Nenek, Emmel dan Fawwaz. Impian Hana untuk membina ikatan bahagia bersama Emmel dan Fawwaz tidak mendapat persetujuan ayahnya selagi pengajiannya belum habis. Pulangnya Hana ke Malaysia dengan harapan untuk mendapat restu mengahwini Fawwaz. Tapi dalam masa yang sama, pelbagai halangan dan misi Haydar untuk memperisterikannya perlu ditempuhi oleh Hana dan tindakan Haydar itu seperti 'snake in the grass'.  Manusia hanya mampu merancang TAPI hanya Allah yang menentukan segalanya. 


Pendapat peribadi aku,  karya kedua ini lebih matang, lebih mantap, lebih jelas dan paling terbaik kupasan jalan ceritanya, pengisian yang penuh dengan nilai-nilai islam dan tak ternilai pengajarannya. Plot yang disusun sangat baik dan sangat mendebarkan dari awal hingga akhir cerita. Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya aku telah diberi kesempatan dan peluang untuk menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa setiap yang berlaku ke atas hambaNya itu terselit hikmah yang indah disebaliknya tanpa kita sedari . Ajal, maut, pertemuan, jodoh dan cerita hidup setiap manusia di atas muka bumi ini adalah rahsia dan Allah swt yang lakarkan. Oleh itu, terima dan redha dengan setiap ketentuanNya kerana sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambaNya malah setiap yang berlaku itu adalah hikmah yang terbaik untuk hambaNya.  Alhamdulillah banyak ilmu, pengajaran dan manfaat yang aku perolehi setelah membaca karya hebat ini dan sekaligus telah membuka mata hati dan mata akalku untuk insafi diri ini hambaMu yang lemah Ya Allah.

Syabas Evelyn Rose dan terima kasih yang tak terhingga kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh hebat dan membuatkan aku membaca buku ini bukan hanya dengan mata hatiku dan mata akalku sahaja malah seluruh pancainderaku, membaca buku ini dengan penuh deraian air mata yang bukan sahaja membuatku lebih menginsafi kekhilafan diri ini, malah membuatkan aku lebih ingin mendekatkan diri dengan penciptaku Ya Allah. Harapanku semoga penulis ini akan terus berdakwah melalui karya-karyanya yang dapat mengajak hamba-hambaNya ini menginsafi diri dan berjihad ke jalan Allah swt insya-Allah.

" Verily, in the remembrance of Allah do heart find peace " ~ (Ar-Ra'ad : 28)


....inilah lagu Bawa Aku Pergi yang dinyanyikan oleh Haydar dalam Airbus 380 bersama Hana


 



kalau nak tau lebih lanjut pasal penulis ni boleh klik link ni yer...  Evelyn Rose





Kau Untukku





Penulis  :  Aisya Sofea
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Alaf21
Bilangan Mukasurat : 516
Tarikh Terbitan :  2001
ISBN : 983-124-061-8
Rating : ★★★






Sinopsis :

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.


Ulasan :

Buku ini aku telah beli pada Jualan Buku Karangkraf pada ahad yang lepas di Seksyen 15, Shah Alam. Sebenarnya ini buku lama yang telah aku cari tapi baru terjumpa masa di Karangkraf hari tu. Oleh kerana ada diskaun hingga 30% aku pun tidak lepaskan peluang beli aje buku ni.

Nama penulis Aisya Sofea ini memang sudah lama dikenali kalangan pembaca novel cinta dan romantis, tapi aku baru aje pertama kali membaca karya penulis hebat ini. Harap maklum lah ye masa zaman belajar dulu tak sempat nak baca novel cintan cintun ni, baca buku teks pun tak larat nak habiskan kalau bukan sebab nak ambil exams he he he. Pendapat aku kalau aku baca boleh buat aku nangis dan keluar air mata memang penulis ni hebat dan memang betul aku sebak dan nangis bila baca buku ni. Bertemakan cinta antara dua darjat yang lebih kurang sama seperti lambakan cerita novel di pasaran yang ada sekarang.

Gaya penulisan bahasanya 'santai' dan tak peningkan kepala aku nak fikir banyak-banyak. Dan aku dah boleh agak 'happy ending'. Secara keseluruhan jalan ceritanya menarik ada yang indah, ada yang romantis dan ada juga yang agak sedih dan teruja untuk baca hingga akhir muka surat. Qoute yang paling aku suka dan beri kesan di hati aku  "Rahsia di hati, tak siapa yang tahu" ye memang betul apa yang ada dalam hati ini tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Jadi kalau ada yang nak tahu bagaimana cerita dalam buku ni dan adakah karya penulis ini menepati citarasa anda, cuba dapatkan buku karya penulis ni ye dan cuba buat penilaian sendiri. Pada aku karya penulis ni tidak kurang hebatnya juga dengan penulis yang lain, cuma yang ini aku kurang rasa 'sengatnya' dan agak kurang menepati citarasa aku...


kalau nak baca karya penulis ini boleh klik link... Aisya Sofea




Bicara Hati





Penulis  :  Damya Hanna
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Alaf21
Bilangan Mukasurat : 559
Tarikh Terbitan : 6 March 2003
ISBN : 983-124-111-8
Rating : ★★★






Sinopsis : 

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.

Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
 



Ulasan :

Aku sempat beli buku ini pada Jualan Buku Karangkraf pada ahad yang lepas di Seksyen 15, Shah Alam. Sebenarnya ini buku lama yang telah aku cari tapi baru terjumpa masa di Karangkraf hari tu. Oleh kerana ada diskaun hingga 30% aku pun tidak lepaskan peluang beli aje buku ni.

Pertama kali baca karya penulis ini. Pendapat peribadi aku tema dan plot ceritanya hampir sama dengan kebanyakan novel terbaru di pasaran sekarang iaitu kahwin kontrak, cinta selepas nikah tapi sebab buku ni aku baru dapat baca tahun ni kan....gaya penulisannya 'santai' dan tak beratkan kepala nak fikir banyak-banyak dan 'happy ending'..secara keseluruhannya ceritanya agak menarik untuk dibaca walaupun aku dah boleh agak bagaimana kesudahan cerita ni. Tapi apa yang buat aku tertarik ialah bila pertemuan yang tidak disangka telah memberi satu impak yang paling besar pada Zahlia dan Tengku Syahran ini ... Cumanya buat aku terfikir sendiri pernah ke berlaku dalam hidup realiti ini ??? Kisah perkahwinan yang pada mulanya dibuat atas perjanjian dan syarat dua pihak, bermulalah episod rumah tangga yang hanya sandiwara pada mereka.

Masing-masing bermati-matian cuba untuk tidak jatuh cinta, kasih dan sayang. Namun, manusia hanya mampu merancang walau sehebat mana sekalipun rancangan manusia itu...tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Tanpa disedari cinta, kasih dan sayang mula hadir dalam diri masing-masing. Aku paling suka bila Zahlia lumurkan susu pekat di tangan Tengku Syahran sebab nak hilangkan rasa panas dan lecur pada tangan Tengku Syahran. Gara-gara dia yang leka layan perasaan angau dan merenung Zahlia, kantoi kena tegur dengan adiknya yang kat situ. Perhubungan mereka diuji bila kontrak perjanjian perkahwinan mereka dicuri oleh Linda, anak kawan Mama Tengku Syahran yang pernah ingin dijodohkan dengannya. Setelah terbongkar rahsia perjanjian perkahwinan mereka, Zahlia telah dihalau keluar dari rumah oleh ibu mentuanya sendiri. Untuk menggelak Zahlia tinggalkannya, Tengku Syahran rela undur diri dan telah membawa diri ke suatu tempat yang tidak diketahui. Zahlia ditempatkan di rumah temannya Adli sehingga Zahlia hamil. Sedih jugaklah bahagian akhir-akhir cerita ni tapi kena baca dulu buku ni kalau nak tahu kesudahan cerita yang sebenar ya.






My Precious Iris




Penulis  :  Melur Jelita
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 1001
Tarikh Terbitan : April 2013
ISBN : 978-967-0246-48-2
Rating :
Ulasan :

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya habiskan baca buku ini . Pendapat peribadi aku karya sentuhan Melur Jelita yang terbaru kali ini memang yang paling terbaikkkk dan 'meletopsss' yang pernah aku baca. Membaca setiap baris ayat dari buku ini memang sungguh memilukan dan menyayat hati aku dan berjaya membuatkan aku menitiskan airmata tanpa henti. Penceritaan kali ini aku rasakan lebih padat, lebih berbisa dan terkesan hingga ke lubuk hatiku yang dalam. My Precious Iris (Mypi) adalah sambungan kisah dari "I Love U Stupid" (ILUS), kali ini aku rasakan pengisian yang cuba diketengahkan lebih kepada melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri.  Memang mudah membina ikatan dua jiwa, tetapi melaksanakan amanah Allah itu tidak semudah yang disangkakan. Yang pastinya setiap rasa kasih dan cinta itu pasti akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Cinta suci yang hadir antara Firman dan Iris sebenarnya adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk mereka dan apa yang buatkan aku rasa sangat bahagia apabila akhirnya Firman dan Iris diijabkabulkan menjadi pasangan yang halal.

Dalam 40 episod pertama aku telah dibuaikan dengan saat-saat indah dan bahagia pasangan ini TAPI selepas itu bermulalah episod sedih yang tidak ku sangka dugaan demi dugaan yang tak dapat digambarkan berat ditanggung oleh pasangan ini membuatkan aku terkena tempias yang paling hebat sekali. Perasaan hatiku turut sebak dan pilu seperti di hiris merasakan keperitan dan kesengsaraan Iris sehinggakan dari episod 40 hingga seterusnya air mataku menitis laju di setiap baris ayat yang ku baca...menangis teresak-esak tak tertahan dan sebak rasa hatiku ini sehingga membuatku terfikir panjang jika aku berada di tempat Iris mampukah aku menempuh ujian yang sehebat dan seberat ini ??? Aku sungguh tersentuh dengan cinta murni dan ketulusan kasih Firman kepada Iris dalam mempertahankan mahligai yang dibina. Setiap insan bergelar isteri pastinya mendambakan suami seperti Firman ini. Padaku watak Firman ini cukup sempurna dari pelbagai sudut. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala sudut dugaan yang datang.

Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, aku cuba menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa ajal, maut dan jodoh setiap makhluk yang ada di muka bumi ini semuanya telah ditentukan oleh Allah. Oleh itu kita seharusnya sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNya. Berkasihlah dengan pasangan yang halal, menerima kekhilafan pasangan, bersabar, redha dan jangan pernah mengeluh dengan setiap ujian dan dugaan yang datang dan yakinlah pada Allah. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pada kita itu pasti ada hikmah yang terindah di sebaliknya. Dalam karya ini juga penulis berjaya meletakkan unsur suspen yang menyebabkan aku terasa sungguh kehilangan Firman watak hero pujaan hatiku ini. Adalah tidak adil bagi penulis hebat pujaan hati ku ini, jika aku terus memberikan ulasan yang terlalu lengkap...cukuplah sekadar berkongsi sedikit rasa hatiku ini...untuk mengetahui bagaimana kesudahan cerita selanjutnya, adalah lebih baik jika membaca karya agung ini sendiri dan cuba hayati dan selami mesej dan mutiara indah yang tersirat di sebalik kisah kasih sayang yang syahdu ini.

Setinggi-tinggi perhargaanku dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kak Melur Jelita kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh hebat sehingga menggetarkan seluruh jiwa ragaku. Apa yang pasti kak Melur Jelita telah berhasil membuatkan aku membaca buku ini bukan hanya dengan mata hatiku dan mata akalku sahaja malah seluruh pancainderaku, membaca buku ini dengan penuh deraian air mata yang bukan sahaja buatku lebih bersyukur dan mensyukuri di atas nikmat dan apa yang aku ada disekelilingku, juga membuatkan aku lebih menginsafi kekhilafan diri ini. Namun setelah membaca karya ini aku tersenyum puas kerana rama-ramaku telah menggepak dengan kegembiraan dan menyelitkan sesuatu yang cukup indah dan mendamaikan.


 " Demi waktu, di bawah langit-Mu, aku akui nikmat-Mu "




I Love You, Stupid !





Penulis  :  Melur Jelita
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 1389
Tarikh Terbitan : September 2012
ISBN : 978-967-0246-32-1
Rating : 

Ulasan :

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya aku telah diberi kesempatan menghayati sesuatu yang indah dari buku karya penulis ini.  Selepas aku baca buku pertama tulisan Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak aku rasa ia karya terbaik yang pernah aku baca... tak sangka pulak aku terus jatuh cinta dan hati terus melekat macam kena gam gajah pada penulis pujaan hatiku ini... tapi selepas baca I Love U Stupid, aku lagi tak sangka karya ini jauh lebih pedas dan hebat tak dapat ku luahkan dengan kata-kata dan terus terang aku katakan 'this is the best karya by Melur that I've ever read in my life and it definitely won't be the last '... Subhanallah...Jalan ceritanya yang macam kena batang hidungku sendiri macam tergigit cili padi yang pedas berapi... Pendek kata semua rasa dan perencah ada dalam buku ini. Perasaan ku bercampur-baur bila baca buku ini hingga menitis laju air mata ku.. Padat dengan rasa nakal, sinis, gembira, sedih, hiba, tragis, sebak, pilu, sengsara, penuh berilmu, cinta dan kasih sayang, kemanusiaan, kekeluargaan, korupsi, menginsafkan dan menyedarkan diri ini kerana aku adalah antara anak melayu Malaysia yang semakin hilang jati diri kerana terlalu leka dan hanyut dengan arus pembangunan dan kehidupan yang serba moden dan serba serbi senang. Setiap ayat dalam buku ini memang betul-betul seperti di panah terus ke jantung ku dan aku rasa mengenali Iris seperti mengenali diriku sendiri dan seolah-olah aku yang berada di Kemboja dan melihat sendiri pengembaraan yang sungguh mendebarkan, kepayahan, keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh penduduk di sana. Kisah ini betul-betul membuatkan aku tersedar dari lena yang panjang, aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, bersyukur dengan apa yang aku ada, lebih menghargai dan menyayangi negara tumpah darah kelahiran ku ini...sesungguhnya buku ini telah beri ku banyak pengajaran terbaik melalui watak-watak utamanya.

Kisah mengenai misi kemanusiaan Iris ke Kemboja selama lima bulan. Di sana Iris ditemani oleh bodyguard, Firman yang bukan sahaja menjaga Iris, malah menjadi pelindung, mengajar Iris bagaimana menjadi seorang  Muslim yang sebenar. Semasa di sana, pelbagai peristiwa berlaku di antara mereka berdua diselangi dengan kisah kehidupan masyarakat melayu Cham di Kemboja. Kedatangan Iris sebenarnya bukan sahaja untuk misi kemanusiaan semata-mata tetapi misi untuk menemukan semula anak kawan baiknya, Farina yang sedang sakit tenat. Selepas itu, mereka difitnah berselingkuh oleh orang  kampung, Firman bersetuju menikahi Iris namun ditolak oleh Iris kerana dia tidak bersalah dan tidak mahu orang kampung berfikir mereka bersalah. 

Iris kemudiannya diarahkan Firman balik ke Malaysia dan dibawa pulang oleh Aidan dan bapa Iris. Setelah pulang ke Malaysia, Iris dikejutkan pula dengan berita pertunangan dia dengan Aidan. Iris tidak bersetuju tapi akhirnya bersetuju berkahwin dengan Aidan bila dia memikirkan tentang mamanya dan kebaikan Aidan. Walaupun hati Iris sentiasa teringat dan mengharap pada Firman namun Iris tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan dan tidak tahu sama ada Firman menyimpan perasaan yang sama padanya atau tidak...bab-bab terakhir memang hiba dan memang menyayat hati...tapi  memang happy ending ye...kisah yang penuh tragis tapi 'SUPERB'.




Tahniah dan Terima kasih Melur Jelita kerana karya yang sungguh terkesan di mata hati dan mata akal ku...apa yang pasti seperti terngiang-ngiang di telinga aku setiap bait-bait ayat yang keluar dari mulut FIRMAN aka Abang Pedas dan aku tersenyum simpul mengingati setiap petah bicara IRIS the diva.


....dan inilah muzik syahdu dari Firman untuk Iris

  
The Elegance of Pachelbel - Serenade 



....dan ini pula ringtone dari Iris untuk Firman 





A Thousand Years - Christina Perri