Rooftop Rant




Penulis  :  Hlovate
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 538
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN : 978-967-5118-07-4
Rating : ★★






Ulasan :

Nampak gayanya aku wajib "membedah siasat" satu lagi karya berat penulis hebat ini sebelum menutup tirai tahun 2013. Itu adalah janjiku and I'll be the greatest fan of your books Hlovate...

I really love this book...Rooftop Rant aku kira satu kelainan, agak berat, paling menyentuh rasa dan menyiksa jiwa aku dengan caranya yang tersendiri berbanding karya-karyanya yang lain yang pernah aku baca setakat ini walaupun nada bahasa yang digunakan hampir sama je. Tapi kali ini, mesej yang ingin diterjemahkan lebih sinis tentang pergolakan jiwa remaja yang ketandusan kasih sayang dan perhatian dalam keluarga. Bagaimana tekanan yang dihadapi dan bagaimanakah cara anak remaja ini menangani tekanan tersebut dalam kehidupan seharian.


Sinopsis

Menceritakan tentang Khairul Batrisya Mazni (Trisy) pelajar Sekolah Menengah tingkatan 4 yang jiwanya kosong, sering keseorangan, bosan dan sedih tanpa perhatian keluarga dan sering ponteng kelas tuisyen bertemu dengan Mohd Zaid Mohd Tajuddin (Jade) pelajar Diploma Mass Comm yang lebih suka mendiamkan diri, merasa bosan dan tertekan dengan harapan maknya dan bercita-cita menjadi pelukis komik. Mereka bertemu secara kebetulan sama-sama lepak mencari ketenangan di bumbung Menara Topaz dan mula serasi kerana berkongsi meluah cerita dan rasa kemudian mula mengenali hati budi masing-masing dan saling menyokong antara satu sama lain.  Namun, tekanan yang sering dihadapi oleh Trisy dari ibu ayahnya yang sering bertengkar dan sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing membuatkan Trisy semakin kecewa dan putus asa sehingga makan ubat 'depressed' berlebihan sebagai cubaan bunuh diri dan telah diselamatkan oleh Jade. Akibatnya Trisy telah dihantar ke kampungnya di Johor Bahru untuk tinggal bersama datuk dan neneknya dan meneruskan persekolahan di sana. 

Walaupun Trisy dan Jade terpisah dan tidak pernah bertemu lagi namun Trisy sering memaklumkan perkembangannya kepada Jade melalui surat dan juga membeli majalah Hah Ha untuk mengetahui perkembangan karier Jade sebagai kartunis. Ternyata kehidupannya di kampung telah berjaya mengubah dirinya ke arah yang lebih baik, mula belajar mengenal tuhan dan agama dan telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University of Aberdeen. Pada cuti semester tahun pertama, Trisy pulang bercuti ke tanahair selepas 5 tahun tidak bertemu Jade. Setelah dipujuk Pak Su untuk balik ke rumahnya di KL untuk bertemu ibu dan ayah, Trisy menyangka kepulangannya akan disambut oleh ibu dan ayahnya, tetapi hampa lalu dia merajuk hati dan melarikan diri. 

Jade pula telah berjaya membina kerjaya sebagai kartunis setelah menimba pengalaman beberapa tahun sebagai kartunis di Bandung. Jade yang secara kebetulan datang ke rumah Trisy untuk bertanya kabar pada Buk Jah pada hari itu telah diberitahu oleh Pak Su tentang kehilangan Trisy dan betul-betul merisaukan Jade.  Setelah dipujuk oleh Pak Su dan Jade melalui telefon, Trisy akhirnya pulang semula ke rumah ibu ayahnya walaupun berasa amat malu dengan tindakannya kerana telah melanggar janjinya pada Jade dahulu.  Pak Su yakin hanya Jade yang mengambil berat dan mampu untuk menjaga Trisy dan menanyakan kesanggupannya untuk menjaga Trisy.  Selepas kejadian itu, Jade akhirnya mengambil keputusan untuk melamar Trisy kerana mula menyedari bahawa mereka sebenarnya saling mengambil berat dan menyayangi antara satu sama lain selama ini cuma kewujudan perasaan itu tidak disedari oleh mereka. Mereka akhirnya diijabkabulkan semasa cuti semester tahun kedua Trisy. Harapan mereka besar dalam mencari 'Eternal Happiness' agar dapat melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina itu bahagia hingga ke syurgaNya dan menjadi ibubapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak mereka nanti insya-Allah.

Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, Alhamdulillah aku dapat menghayati mutiara indah dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai dan tiada galang ganti. Oleh itu, ibu bapa bertanggung jawab dalam mendidik anak-anak. Sabda Rasulullah SAW anak-anak itu diibarat seperti kain yang putih, bergantung kepada ibu dan bapa untuk mencorakkan dia menjadi Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam. Sayangi mereka, bimbing mereka, beri galakan dan sokongan pada mereka dan jangan biarkan mereka terkapai-kapai sendirian dalam mencari hala tuju di dunia yang sementara ini. Jangan membanding antara anak-anak kerana setiap anak-anak itu ada kelebihan dan keistimewaan mereka yang tersendiri. Jangan biarkan mereka menjadi anak yatim sewaktu masih ada ibu dan bapa. Jadilah ibu bapa 'qudwah hasanah' yang memberi contoh teladan terbaik untuk anak-anak.  

Kegembiraan, kasih sayang, lena tidur malam dan talent tidak boleh dibeli dengan duit. Pendek kata, bukan semua benda boleh dibeli dengan duit. Duit hanya sebagai alat untuk mengejar impian sahaja. Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tidak mampu. Jangan pernah putus asa dan harus berusaha untuk memperbaiki diri dan mengecap kebahagiaan. Sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Mohonlah pada Allah untuk dilapangkan dan dipermudahkan segala urusan. Setiap takdir yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik untuk setiap insan. Segala benda yang jadi itu tarbiah dan didikan daripada Allah itu untuk kita jadi lebih baik. Untuk dijadikan pengajaran dan sempadan. Yakinlah pada Dia. Eternal Happiness.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui " ~ (Surah Al-Baqarah : 216)

Diriwayatkan daripada Anas...
" ...none of you should long for death because of a calamity that had befalled him... and if he cannot, but long for death, then pray 'Ya Allah, let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me' ..." ~ (Sahih Bukhari : 8/6351 - O.P.362)

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 ...There're times when strangers are like family, and family are like strangers...

...Live well or live hell, you choose, your choice... 
 
...And its you who decide whether the glass is half-full or half-empty..

...Dare yourself to dream and dare yourself to fulfill it ...



No comments:

Post a Comment