Penulis : E-Man Sufi
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 627
Tarikh Terbitan : April 2013
ISBN : 978-967-0246-45-1
Rating : ★★★★
Ulasan :
' Suami Yang Ku Benci ' adalah karya pertama penulis ini yang telah ku baca dan telah buat aku jatuh hati terus dengan karya penulis ini. Karya genre romantik komedi penulis ini serasa serasi dengan jiwaku , justeru entah kenapa jiwaku ini terus mengelocak seperti terpanggil untuk terus ' membedah siasat ' karya ketiga penulis hebat ini pula.
Seperti karya pertamanya, karya ketiga ini juga masih mengekalkan genre romantik komedi dan memang tidak mengecewakan. Tetapi, secara peribadinya aku merasakan karya pertama penulis ini lebih 'menyengat' dan terasa sengatannya berbanding dengan karya ketiga ini. Tema dan plot ceritanya masih berkaitan cinta antara dua darjat cinta suci yang hadir selepas nikah. Gaya penulisan bahasanya masih bersahaja dan menghiburkan hati. Watak-watak utama dalam karya ini agak kurang berjaya menghasilkan sentuhan humor yang boleh 'menggeletek hati' dan 'sakit perut' aku tahap melampau berbanding dengan karya yang pertamanya dahulu walaupun karya ketiga ini adalah kesinambungan cerita dan watak dari karya yang pertama. Walau bagaimanapun, aku memang jatuh hati dengan watak 'Abang Jebat' yang mempunyai auranya yang tersendiri dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menghidupkan watak-watak penting dalam cerita ini secara keseluruhannya dan memeriahkan suasana cerita ini melalui aksi lucu, nakal, dialog 'sempoi' dan dialog/monolog bersahaja. Terima kasih kerana berkongsi dan berjaya menghasilkan karya yang bukan sahaja mencuit hati malah menyedarkan dan mengajak pembaca untuk sama-sama menginsafi diri, menerima dan yakin jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita adalah yang terbaik dan terindah. Setiap manusia itu tidak pernah lari dari dosa dan kisah silam. Oleh itu, berkasihlah dengan pasangan kerana Allah, menerima kekurangan dan kekhilafan pasangan sebagai satu kesempurnaan dalam melayari alam rumahtangga dan saling memaafkan adalah kebahagiaan yang terindah pada setiap pasangan dan yakinlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sinopsis
Ahmad Ziyad atau nama panggilannya Jebat seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Hannah Mastura, adik kepada Hannah Maryam dan juga adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh Mastura untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
Namun mampukah rumah tangga yang dibina atas nama cinta pandang pertama ini bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster yang mempunyai tatu naga di badan ! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
" Maka barangsiapa bertaubat (dalam kalangan pencuri-pencuri itu) setelah melakukan kejahatan dan memperbaiki dirinya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang ." ~ (Surah Al-Maidah : 39)
lagu Salahkah - Hafiz ft Rossa
No comments:
Post a Comment