Penulis : Hezzy Azra
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Alaf 21
Bilangan Mukasurat :599
Tarikh Terbitan : Jan 2014
ISBN :978-983-124-923-9
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Pergh ! Baru rasa lega dan puas hati aku setelah habis baca buku terbaru yang ke-6 penulis ni malam tadi. Berbaloi rasanya aku hadap baca buku ni sampai tengah malam tadi selepas tu sambung baca lagi selepas waktu subuh selepas aku dapat buku ni petang semalam dari Hezzy Azra sendiri tau...he he he via pos laju je sebenarnya...Thank you so much muahhh..Hezzy Azra kerana berjaya membuat aku 'bersengkang mata' mencuri masa untuk 'membedah siasat' isi perut buku ini dan merealisasikan harapan "sweet & lovely ending" watak hero utama ni.
"Sah, Aku Cinta Kamu" sebenarnya adalah sambungan dari "Aku Pilih Dia" karya yang ke-4 dan selepas baca buku tu memang aku rasa ketidakpuasan hati yang melampau bila akhiran watak hero utamanya tidak menepati kehendak aku...atas sebab itulah aku berkobar-kobar pula beli buku ni untuk tahu kesudahan pada watak hero pujaan hatiku ni. Dan memang tidak aku sangka dalam karya ini juga penulis ada menyelitkan sedikit gambaran bahagianya dua watak utama dalam buku "Semerah Red Velvet" bersama cahaya mata cinta mereka yang pernah aku baca dulu tapi endingnya tidak diceritakan tentang kelahiran anak watak utama ni...memang buat aku melompat gembira je tau...Apa yang pasti setelah baca 3 karya yang ditulis oleh Hezzy, aku merasakan karyanya seperti mempunyai kaitan dan sambungan cerita di antara satu sama lain dan ini membuatkan aku semakin terpaut dan serasi dengan gaya penulisan penulis 'sweet' ini.
Sinopsis
Dengan sekali lafaz, Raif dan Irdina sah diijabkabul menjadi pasangan yang halal. Cinta murni mereka melayari bahtera ikatan perkahwinan semakin bahagia dengan kelahiran puteri cinta kasih mereka Raeesah Ilana. Namun, kebahagiaan yang baru dirasai dikejutkan dengan kematian mama Irdina sehingga membuatkan Irdina berubah menjadi murung dan memencil diri. Dalam waktu yang sama, Irdina mendapat berita tentang kecurangan Raif dan apa yang sedang Raif hadapi tanpa pengetahuan Irdina. Pepatah melayu 'sudah jatuh ditimpa tangga' seakan memberi tamparan yang cukup hebat buat Irdina sehinggakan hubungan antara mereka menjadi semakin hambar, renggang dan menjauh. Kesetiaan dan keikhlasan cinta Raif mula dipertikaikan oleh Irdina. Mampukah Raif mendapatkan kepercayaan dan memujuk Irdina semula ? Kalau nak tahu bagaimanakah kesudahan cerita ini cuba dapatkan buku ini ye...
Buktinya setelah baca buku ini memang tidak dapat disangkal lagi...
Sah, Aku Cinta Kamu adalah karya yang mengundang pelbagai rasa dan membuatku gundah gulana.
Sah, Aku jatuh hati melekat terus dengan watak Raif Imran walaupun sebelum ini buat aku sakit hati dan geram dengan perangai romeo nya. TAPI setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami sepertinya he he he.
Sah, Aku 'cair' dengan ayat-ayat cinta bergula tahap maksima Raif Imran.
Sah, terngiang-ngiang di telinga aku setiap ayat yang keluar dari mulut Raif Imran perkataan 'Dear', 'Love'.
Sah, Aku menangis tak tertahan, meruntun jiwaku dan sebak pilu rasa hatiku tatkala Irdina Jasmin kehilangan mamanya dan diuji dugaan demi dugaan yang tak dapat digambarkan berat ditanggung oleh Irdina sehingga membuatku terfikir jika aku berada di tempatnya mampukah aku menempuh ujian yang sehebat dan seberat ini ?
Sah, Aku jadi sakit hati 'kaw-kaw' dengan Delisha (Secretary Raif) yang cuba mengganggu gugat kebahagiaan Raif & Irdina. Buat aku tidak puas hati selagi tidak habis baca hingga ke muka surat terakhir apa kesudahan ceritanya.
Sah, Aku rasa tersangat bahagia apabila akhirnya Raif Imran berjaya mencair dan menakluk semula hati Irdina Jasmin dan meraih semula kepercayaan isteri yang amat dicintainya.
dan Sah, setelah baca buku ni aku tersenyum puas dan merasakan Raif Imran telah berjaya menceriakan hariku dengan begitu indah sekali. Dan aku akhirnya mengakui dan dapat menerima Irdina Jasmin adalah wanita yang selayaknya menjadi 'Partner In Crime' bagi Raif Imran. 'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'.
Pendapat peribadi aku kalau baca karya yang boleh buat aku nangis dan 'naik bulu roma', aku 'guarantee' buku tu memang 'AWESOME'. Aku rasa karya terbaru penulis ini mempunyai sentuhan gaya penulisan yang agak luar biasa dan lebih 'menyengat' dari karyanya terdahulu. Kali ini aku rasakan pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih kepada pergolakan perasaan dalam melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri. Apa yang pasti setiap rasa kasih dan cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Dan sebagai hamba-Nya kita harus berusaha mempertahankan mahligai yang dibina. Mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala sudut dugaan yang datang. Mudah-mudahan dipermudahkan dan Allah akan pandu kita melayarkan bahtera rumah tangga ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah. Tahniah Hezzy kerana berjaya menghasilkan karya yang sungguh terkesan dan berbekas di hatiku ini.
ini pula komen dari Hezzy Azra dalam FB setelah aku beritahu pendapat aku pasal novel dia tuh...
Hezzy Azra shared a link.
Reading 2 long reviews of Sah, Aku Cinta Kamu...really make my day!! To ' ME '... tq love!!http://hezzy-azra.blogspot.com/search/label/Sah...Aku%20Cinta%20Kamu%21
perghh.review siap ada gambar lagi. Nice :)
ReplyDeletetq singgah ye...
ReplyDelete