Penulis : Hezzy Azra
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 550
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-983-124-742-6
Rating : ★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku habiskan baca buku penulis ini setelah agak lama menyepi dek kerana sibuk dengan tuntutan tugasan harianku. Buku ini sebenarnya karya kedua penulis ini yang telah aku berjaya 'bedah siasat' selepas karya "Semerah Red Velvet". Karya yang pada aku agak "cliche" tema cinta 3 penjuru yang lebih kurang sama seperti lambakan cerita novel di pasaran yang ada sekarang. Namun aku memang teruja sangat nak baca karya-karya lain penulis ini...
Sinopsis
Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra.
Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.
Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.
Secara peribadi, aku memang suka dan teruja baca buku tulisan penulis ni sebab seperti karya yang pertama yang telah aku baca, karya ini juga jalan ceritanya simple tapi manis dan "happy ending". Penulis berjaya buat aku rasa 'tak senang duduk' tertanya-tanya sampaikan aku rasa nak selak baca muka surat terakhir je sebab nak tahu siapa pilihan Johana. Tapi aku sabarkan diri juga...dan banyak nilai-nilai murni yang ditonjolkan pada watak Johana yang boleh aku jadikan teladan dan pengajaran. TAPI...aku sebenarnya agak sedih dan terkilan kerana aku mengharapkan Johana dan Raif yang akan bersama akhirnya. Namun aku pasrah kerana harapan dan andaian aku tidak kesampaian dan Ian Redza lebih layak untuk Johana. Rasanya pertama kali aku baca karya yang buat aku rasa tak puas hati dengan akhiran watak-watak utamanya. Apa-apa pun kali ini aku tidak mahu beri "comment" aku lebih-lebih sebab aku rasa cukuplah setakat itu sahaja apa yang aku rasa pada watak-watak utama Johana, Raif Imran dan Ian Redza ni dan aku tidak mahu terlalu ikutkan perasaan sangat he he he.... Kalau nak tahu lebih lanjut cuba baca karya ini dan buat penilaian sendiri kerana setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Sejujurnya, aku rasa karya penulis ni tidak kurang juga hebatnya dengan penulis yang lain, cuma yang ini aku kurang merasa 'denyutan sengatnya' dan 'rama-rama'dalam perutku mengepak dengan agak lemah sedikit...
kalau ingin tahu lebih lanjut karya Hezzy Azra boleh klik link ni... Hezzy Azra
... Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz ...
No comments:
Post a Comment