Melodi Kasih




Penulis  :  Hezzy Azra
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 472
Tarikh Terbitan : 2007
ISBN : 978-983-124-327-5
Rating : 







Ulasan :

Alhamdulillah lega rasanya macam baru lepas habis marathon pulak baca buku tak henti-henti, aku 'pulun'  baca berturut-turut buku Hezzy Azra ni.

'Melodi Kasih' sebenarnya karya pertama penulis ini TAPI aku ni terbalik pulak baca buku yang akhir baru cari buku yang awal...he he he. Selepas baca 'Sah, Aku Cinta Kamu' baru rasa terpanggil untuk baca buku yang ini pula. Karya ini aku rasa agak berlainan sama sekali kerana pertama kali aku baca karya yang menggabungkan 3 kisah dalam satu susunan cerita yang menarik sekali. Dan baru aku kenal bagaimana permulaan cerita beberapa watak yang pernah aku baca dalam karyanya yang lain. Gaya penulisannya dalam karya ini agak kurang sedikit 'sengatnya' berbanding dengan yang lain, namun aku kira ini bukan kekurangan yang ketara kerana aku suka dengan jalan ceritanya yang 'simple' tapi masih terasa getarnya di hati aku ini. Penulis juga berjaya mencipta watak dan mengaitkan setiap watak tersebut di setiap karya yang pernah aku baca sebelum ini dan ini membuatkan aku lebih tertarik untuk 'membedah siasat' karya-karya lain penulis ini.


Mengisahkan tentang suka duka perjalanan hidup Zahara Inas (Zaha), Edrina Julia (EJ) dan Iman Syukriah (Iman) tiga sahabat yang dilahirkan pada bulan yang sama tetapi berbeza warna cinta dan takdir kehidupan. Zaha digambarkan seorang yang amat berdikari, masih belum berkahwin (andalusia) dan berkerjaya, EJ dilahirkan dalam kehidupan serba mewah, telah berkahwin dengan pilihan keluarganya dan seorang isteri yang setia dan sepi. Manakala Iman pula seorang isteri dan ibu yang sempurna setelah berkahwin dengan lelaki yang dicintainya sejak di Universiti. Walaupun tiga sahabat baik ini mempunyai keperibadian yang agak berbeza namun mereka serasi berkongsi suka duka bersama.

Setelah habis baca karya ini, aku merasakan walaupun ada tiga kisah yang berbeza, tetapi ianya telah disusun dengan begitu baik dan teratur sekali meskipun aku rasa lebih dibuaikan dengan kisah pertemuan dan percintaan di antara Zaha dan Fariq yang begitu indah dan mengasyikkan. Namun, banyak teladan dan pengajaran yang dapat aku hayati dan selami dari tiga kisah dalam karya yang hebat ini. Penulis juga berjaya membuat aku tertanya-tanya di akhir cerita TAPI seperti biasa penulis ini memang suka buat aku tidak puas hati dengan 'ending' ceritanya yang agak tergantung dan tidak seperti yang aku inginkan. Kalau nak tahu lebih lanjut cuba baca karya ini dan buat penilaian sendiri kerana setiap orang mempunyai pendapat masing-masing.


kalau ingin tahu lebih lanjut karya Hezzy Azra boleh klik link ni... Hezzy Azra



Sah, Aku Cinta Kamu !




Penulis  :  Hezzy Azra
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat :599
Tarikh Terbitan : Jan 2014
ISBN :978-983-124-923-9
Rating : ★★





 

Ulasan :

Pergh ! Baru rasa lega dan puas hati aku setelah habis baca buku terbaru yang ke-6 penulis ni malam tadi. Berbaloi rasanya aku hadap baca buku ni sampai tengah malam tadi selepas tu sambung baca lagi selepas waktu subuh selepas aku dapat buku ni petang semalam dari Hezzy Azra sendiri tau...he he he via pos laju je sebenarnya...Thank you so much muahhh..Hezzy Azra kerana berjaya membuat aku 'bersengkang mata' mencuri masa untuk 'membedah siasat' isi perut buku ini dan merealisasikan harapan "sweet & lovely ending" watak hero utama ni.

"Sah, Aku Cinta Kamu" sebenarnya adalah sambungan dari "Aku Pilih Dia" karya yang ke-4 dan selepas baca buku tu memang aku rasa ketidakpuasan hati yang melampau bila akhiran watak hero utamanya tidak menepati kehendak aku...atas sebab itulah aku berkobar-kobar pula beli buku ni untuk tahu kesudahan pada watak hero pujaan hatiku ni. Dan memang tidak aku sangka dalam karya ini juga penulis ada menyelitkan sedikit gambaran bahagianya dua watak utama dalam buku "Semerah Red Velvet" bersama cahaya mata cinta mereka yang pernah aku baca dulu tapi endingnya tidak diceritakan tentang kelahiran anak watak utama ni...memang buat aku melompat gembira je tau...Apa yang pasti setelah baca 3 karya yang ditulis oleh Hezzy, aku merasakan karyanya seperti mempunyai kaitan dan sambungan cerita di antara satu sama lain dan ini membuatkan aku semakin terpaut dan serasi dengan gaya penulisan penulis 'sweet' ini. 
  

Sinopsis
 


Pertemuan pertama Raif Imran dengan Irdina Jasmin di dalam lif hospital semasa membawa abangnya Ian Redza di unit fisioterapi telah berputiknya bunga-bunga cinta di dalam hati Raif tanpa disedarinya sehingga membawa kepada pertemuan seterusnya. Namun, ketika keluar bersama Raif, Irdina telah terlibat dalam satu insiden terkena minyak panas semasa hendak membeli pisang goreng. Selepas kemalangan itu, ibu Raif, Datin Raudhah telah merisik Irdina tanpa pengetahuan Raif yang ketika itu berada di Bangkok atas urusan kerja. Sekembalinya Raif, Irdina telah menemui Raif untuk mendapatkan penjelasan sama ada pinangan itu dari Raif atau dari ibunya. Raif akhirnya mengakui dan melamar Irdina untuk menjadi isterinya semasa berada di dalam kereta setelah di asak dengan deretan pertanyaan dari Irdina.

Dengan sekali lafaz, Raif dan Irdina sah diijabkabul menjadi pasangan yang halal. Cinta murni mereka melayari bahtera ikatan perkahwinan semakin bahagia dengan kelahiran puteri cinta kasih mereka Raeesah Ilana. Namun, kebahagiaan yang baru dirasai dikejutkan dengan kematian mama Irdina sehingga membuatkan Irdina berubah menjadi murung dan memencil diri. Dalam waktu yang sama, Irdina mendapat berita tentang kecurangan Raif dan apa yang sedang Raif hadapi tanpa pengetahuan Irdina. Pepatah melayu 'sudah jatuh ditimpa tangga' seakan memberi tamparan yang cukup hebat buat Irdina sehinggakan hubungan antara mereka menjadi semakin hambar, renggang dan menjauh. Kesetiaan dan keikhlasan cinta Raif mula dipertikaikan oleh Irdina. Mampukah Raif mendapatkan kepercayaan dan memujuk Irdina semula ? Kalau nak tahu bagaimanakah kesudahan cerita ini cuba dapatkan buku ini ye...


Buktinya setelah baca buku ini memang tidak dapat disangkal lagi...

Sah, Aku Cinta Kamu adalah karya yang mengundang pelbagai rasa dan membuatku gundah gulana.
Sah, Aku jatuh hati melekat terus dengan watak Raif Imran walaupun sebelum ini buat aku sakit hati dan geram dengan perangai romeo nya. TAPI setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami sepertinya he he he.
Sah, Aku 'cair' dengan ayat-ayat cinta bergula tahap maksima Raif Imran.
Sah, terngiang-ngiang di telinga aku setiap ayat yang keluar dari mulut Raif Imran perkataan 'Dear', 'Love'. 
Sah, Aku menangis tak tertahan, meruntun jiwaku dan sebak pilu rasa hatiku tatkala Irdina Jasmin kehilangan mamanya dan diuji dugaan demi dugaan yang tak dapat digambarkan berat ditanggung oleh Irdina sehingga membuatku terfikir jika aku berada di tempatnya mampukah aku menempuh ujian yang sehebat dan seberat ini ?
Sah, Aku jadi sakit hati 'kaw-kaw' dengan Delisha (Secretary Raif) yang cuba mengganggu gugat kebahagiaan Raif & Irdina. Buat aku tidak puas hati selagi tidak habis baca hingga ke muka surat terakhir apa kesudahan ceritanya.  
Sah, Aku rasa tersangat bahagia apabila akhirnya Raif Imran berjaya mencair dan menakluk semula hati Irdina Jasmin dan meraih semula kepercayaan isteri yang amat dicintainya.
dan Sah, setelah baca buku ni aku tersenyum puas dan merasakan Raif Imran telah berjaya menceriakan hariku dengan begitu indah sekali. Dan aku akhirnya mengakui dan dapat menerima Irdina Jasmin adalah wanita yang selayaknya menjadi 'Partner In Crime' bagi Raif Imran. 'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'.

Pendapat peribadi aku kalau baca karya yang boleh buat aku nangis dan 'naik bulu roma', aku 'guarantee' buku tu memang 'AWESOME'. Aku rasa karya terbaru penulis ini mempunyai sentuhan gaya penulisan yang agak luar biasa dan lebih 'menyengat' dari karyanya terdahulu. Kali ini aku rasakan pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih kepada pergolakan perasaan dalam melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri. Apa yang pasti setiap rasa kasih dan cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Dan sebagai hamba-Nya kita harus berusaha mempertahankan mahligai yang dibina. Mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala sudut dugaan yang datang.  Mudah-mudahan dipermudahkan dan Allah akan pandu kita melayarkan bahtera rumah tangga ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah.  Tahniah Hezzy kerana berjaya menghasilkan karya yang sungguh terkesan dan berbekas di hatiku ini.


...inilah lagu Do It To Me - Lionel Richie yang dinyanyikan oleh Raif untuk Irdina ...





...ini pula lagu Sweet Love - Anita Baker yang dinyanyikan oleh Irdina untuk Raif ...





ini pula komen dari Hezzy Azra dalam FB setelah aku beritahu pendapat aku pasal novel dia tuh...



Hezzy Azra shared a link.
Reading 2 long reviews of Sah, Aku Cinta Kamu...really make my day!! To ' ME '... tq love!!
http://hezzy-azra.blogspot.com/search/label/Sah...Aku%20Cinta%20Kamu%21




Aku Pilih Dia




Penulis  :  Hezzy Azra
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 550
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-983-124-742-6
Rating :







Ulasan :

Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku habiskan baca buku penulis ini setelah agak lama menyepi dek kerana sibuk dengan tuntutan tugasan harianku. Buku ini sebenarnya karya kedua penulis ini yang telah aku berjaya 'bedah siasat' selepas karya "Semerah Red Velvet".  Karya yang pada aku agak "cliche" tema cinta 3 penjuru yang lebih kurang sama seperti lambakan cerita novel di pasaran yang ada sekarang. Namun aku memang teruja sangat nak baca karya-karya lain penulis ini...


Sinopsis

Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra.

Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.
 



Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku!

Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa.

Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.
Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.



Secara peribadi, aku memang suka dan teruja baca buku tulisan penulis ni sebab seperti karya yang pertama yang telah aku baca, karya ini juga jalan ceritanya simple tapi manis dan "happy ending".  Penulis berjaya buat aku rasa 'tak senang duduk' tertanya-tanya  sampaikan aku rasa nak selak baca muka surat terakhir je sebab nak tahu siapa pilihan Johana. Tapi aku sabarkan diri juga...dan banyak nilai-nilai murni yang ditonjolkan pada watak Johana yang boleh aku jadikan teladan dan pengajaran. TAPI...aku sebenarnya agak sedih dan terkilan kerana aku mengharapkan Johana dan Raif yang akan bersama akhirnya. Namun aku pasrah kerana harapan dan andaian aku tidak kesampaian dan Ian Redza lebih layak untuk Johana. Rasanya pertama kali aku baca karya yang buat aku rasa tak puas hati dengan akhiran watak-watak utamanya. Apa-apa pun kali ini aku tidak mahu beri "comment" aku lebih-lebih sebab aku rasa cukuplah setakat itu sahaja apa yang aku rasa pada watak-watak utama Johana, Raif Imran dan Ian Redza ni dan aku tidak mahu terlalu ikutkan perasaan sangat he he he.... Kalau nak tahu lebih lanjut cuba baca karya ini dan buat penilaian sendiri kerana setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Sejujurnya, aku rasa karya penulis ni tidak kurang juga hebatnya dengan penulis yang lain, cuma yang ini aku kurang merasa 'denyutan sengatnya' dan 'rama-rama'dalam perutku mengepak dengan agak lemah sedikit...


kalau ingin tahu lebih lanjut karya Hezzy Azra boleh klik link ni... Hezzy Azra




... Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz ...