Andainya Kukembali



Penulis  :  Mia Khaidina
Negara  :  Malaysia  
Bahasa  :  Melayu  
Genre    :  Cinta
Penerbit : Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 432
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN : 978-967-5234-94-1
Rating : ★★★

 






 

Ulasan :


Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya pertama penulis hebat ini yang baru sahaja aku kenali dan baca. Buku ini telah kubeli ketika jualan murah secara online di laman karangkraf kerana aku agak tertarik dengan gambar muka depan karya ini. Setelah aku 'belek' karya ini baru aku tahu sebenarnya karya ini memang punyai auranya yang tersendiri. Dan memang tepat sekali pilihan aku untuk beli karya ini. Ternyata setelah habis baca, baru aku tahu karya ini memang menyentuh hati kepada sesiapa sahaja yang dapat menghayati watak dan jalan cerita karya yang sungguh melankolik ini. Ha ha apa pulak makna melankolik ni ye.. dari apa yang aku jumpa maksud melankolik ialah bahasa/ayat yang membawa maksud sedih/pilu/terharu/hampa/kecewa/sayu. Secara peribadi karya ini aku rasa memang sedih dan boleh dijadikan sebagai motivasi dan pembakar semangat kepada pembaca wanita khususnya yang masih belum atau sedang mencari seorang ADAM yang dapat membimbing dan memimpin tangan HAWA hingga ke syurgaNYA dalam melayari kehidupan yang penuh ujian mencabar ini.

Moga-moga kisah ini mampu menyentuh dan melentur setiap hati dan jiwa beku malah dapat membuka minda supaya menghadam kisah ini untuk dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran. Bacalah dengan mata hati dan mata akalmu, insya Allah pasti akan beroleh jawapan disebalik apa yang berlaku kepada kita. Semua yang berlaku kepada kita adalah hanya dengan izin Allah. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi dan berjaya mengupas suatu persoalan yang sering berlegar-legar di mindaku. Selain itu, kisah ini juga telah berjaya buat aku lebih memahami dan menjiwai perasaaan dan setiap tindakan watak Azlin hingga berjaya membuatkan aku menitis air mata. Yakini setiap yang berlaku kepada kita itu pasti ada hikmah yang tersembunyi dan terima dengan redha dan berlapang dada.


Sinopsis


Cinta itu manis untuk dikenang tapi cinta itu lebih manis bila kita dapat menikmatinya dan menghabiskan usia dengan dia yang kita benar-benar cinta. " Percayalah kataku, Marc adalah sebahagian daripada perjalanan engkau mencari cinta yang luhur. Antara cinta pada Marc dan cinta pada Allah, aku sangat berbangga mengenali kau Lin, yang mampu meninggalkan cinta pada Marc untukNya," Azlin mengangguk lewat kata-kata itu, ya masa kan dia perlu menjadi murtad semata-mata bersama Marc? Nauzubillah min zalik...aku impikan syurga! 
Azlin meninggalkan Marc Darcy selepas lapan tahun bercinta kerana lelaki itu tidak mahu memeluk Islam. Walaupun sudah berusaha mendekatkan lelaki itu dengan Islam, Azlin gagal mengIslamkan dia. Azlin pulang ke Malaysia, memulakan hidup baru dengan memilih kerjaya baru iaitu wartawan. Dia jatuh hati pada rakan siber tetapi tidak percaya pada pertemuan di alam tidak nyata. Azlin akhirnya memilih Amri untuk mengakhiri sindiran orang keliling terhadap dirinya yang masih bujang pada usia lewat. Bagaimanapun, hidup bersama Amri tidak seindah dijangka. Amri sering cemburu buta, mengawal setiap pergerakan, sering 'naik angin' dan sikap panas barannya seringkali mengasari Azlin sehingga mengalami kecederaan di mata dan keguguran setelah baru sahaja dua bulan melalui kehidupan rumahtangga. Azlin akhirnya diceraikan ketika tidak sedar dan mengalami kecederaan yang teruk bawah tulang belakang setelah terlibat dalam kemalangan kereta. Azab penderitaan yang ditanggung Azlin akhirnya bertemu titik noktah. Takdir Tuhan, tiada siapa menduga ada hikmah disebalik yang berlaku. Kemunculan Marc Darcy atau Umar setelah memeluk Islam datang menemui Azlin adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk menyambung semula kasih suci yang telah terputus di antara mereka. Ternyata semua yang berlaku itu adalah dengan izinNYA.

 

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


"...Cinta berupaya membuat manusia buta. Cinta juga boleh membuat manusia lupa agama. Berhati-hati dengan cinta..."

"... Ya Allah, aku serahkan seluruh jiwa dan ragaku padaMU..."

"...Benarlah, Allah boleh meragut segala kekayaan dalam sekelip mata jika itu mahuNYA dan Allah juga boleh menghakis segala kemiskinan jika itu kehendakNYA..."

"...Kadangkala Allah menguji kita dengan menemukan kita dengan orang lain sebelum kita bertemu dengan jodoh yang sebenar. Supaya kita lebih menghargai kebesaranNYA..." 

 "...Benar, jodoh itu ketentuan Allah jua. Manusia hanya mampu merancang dan memilih namun pilihan Allah itu jua yang lebih tepat, kerana Allah memberi apa yang kita perlu dan bukan yang kita mahu..."

"...Andainya perlu kembali,  aku ingin menjadi milikMU yang abadi..."


"...Tuhan tidak akan memberi ujian hebat kepada hambaNYA yang tidak kuat..."

"...Tanya pada diri sendiri apa yang kau mahu. Dan apabila kau temui jawapan, itulah yang kau perjuangkan. Jangan lakukan perkara yang membahagiakan orang lain tetapi membuat diri sendiri sengsara. Pengorbanan harus bertempat..."
 

"...Kalau itu takdirnya, itulah milikku . Kerana Allah pernah memberi Azlin yang sempurna padaku dulu. Tapi aku membuangnya jauh. Justeru andainya perlu kembali ketika ini dalam keadaan kau yang sebegini, aku sangat redha ~ Umar ..."



...lagu Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah adalah luahan hati Azlin...





...lagu Semua Isi Hatimu - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah adalah luahan hati Marc...







 

No comments:

Post a Comment