Cinta Edisi Terhad




Penulis  :  Lynn Dayana
Negara  :  Malaysia  
Bahasa  :  Melayu  
Genre   :  Cinta  
Penerbit : Alaf 21  
Bilangan Mukasurat : 489  
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-983-124-526-2  
Rating :  ★★




 

Ulasan :

Kisah tentang perjuangan tiga orang wanita dan misi seorang lelaki yang lupa ingatan dalam karya ni pada mulanya aku rasa amat misteri dan buat aku tertanya-tanya dari permulaan aku baca karya ini hingga ke akhir muka surat. Aku memang suka dengan teknik penceritaan yang ada unsur misteri dan suspen. Walaupun aku memang suka dengan cara penulis mengolah jalan cerita bagaimana watak tiga orang wanita dalam karya ini berjuang bangkit semula untuk teruskan hidup setelah melalui saat kegagalan dan kesedihan dalam hidup mereka, tetapi intipati karya ini agak kurang berjaya menambat hati aku untuk menghadam keseluruhan kisah dalam karya ini. Agak kurang dapat terima oleh akal aku tentang watak Taufik yang tiba-tiba muncul jadi HERO pembebas kesengsaraan dan bertindak balas dendam bagi pihak tiga orang wanita dalam karya ini. Aku tidak dapat mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam karya ini. Entah mungkin hanya aku je kot yang tidak faham dengan jalan cerita karya ni. 




Sinopsis
 
DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?



No comments:

Post a Comment