Penulis : Rehan Makhtar
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 620
Tarikh Terbitan : Jun 2015
ISBN : 978-967-0246-98-7
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.
Jujur
aku katakan kisah ini memang menyentuh perasaan dan memang
meruntun jiwaku ketika membacanya. Bukan hanya buat aku rasa
sebak tetapi boleh menitiskan air mata dan seperti aku dapat menjiwai
watak dan perasaan Lai ni.
Kisah Qadr dan Lai ini menyedarkan aku tentang qada' dan qadar Tuhan. Mereka bertemu dalam keadaan yang sungguh mengaibkan. Dianugerahkan oleh Allah rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Setiap rasa kasih dan
cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu pasti akan diuji sama ada kita
bersedia atau tidak. Hanya kasih sayang
yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala dugaan yang datang.
Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Namun,
siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah
di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita
terima. Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak Lai dan Qadr ni. Mana nak cari suami seperti Qadr ni ye he he he... Setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami seperti Qadr ni tau. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Sinopsis
Sebaik mana manusia
merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana
sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari
ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk
melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada.
Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang
lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.
“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul
“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr
Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.
“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr
Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.
“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr
“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul
“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr
Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?
... Lagu Pasrah Segalanya - De HEarty ...
No comments:
Post a Comment