Takdir Untuk Aku


 

Penulis   :  Rehan Makhtar       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 655
Tarikh Terbitan : July 2017 / Feb 2023  
ISBN :  978-967-469-054-0 
Rating :  ★★ 
       
 


 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya keempat penulis ini selepas Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.

Lebih dua tahun aku tak baca karya RM ni tau. Bila terpandang ada karya terbaru RM barulah aku teringat semula nak cari he he he.

Pendapat peribadi, walaupun kisah Ziyad dan Nur dalam karya kali ni memang agak sedih dengan ujian bertalu-talu dari awal hingga akhir cerita. Namun, kisah diaorang ni kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku ni jika nak dibandingkan dengan kisah Qadr dan Lai.

Ziyad dan Nur masing-masing punya kisah lalu yang pahit dan hitam. Pertemuan mereka telah berjaya mengubah mata hati Ziyad berubah ke arah yang lebih baik. Mereka diuji kerana Allah masih sayang kepada mereka dan diberi peluang kedua supaya mereka kembali kepadaNYA bertaubat dan menyesali setiap perbuatan yang telah mereka lakukan. Setiap manusia itu pasti akan diuji dengan pelbagai. Ringan atau berat, itu terserah pada cara manusia itu menilai ujian itu sendiri. Diuji pun kita perlu bersyukur, tak diuji lagilah kita perlu banyak bersyukur moga diri ini tidak terus leka dengan nikmat dunia.  

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis
 

Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.


“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad

“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad

“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.


“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur

“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad

Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.

“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq

“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur

 

Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.

Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.

 

 

 ... lagu Sepanjang Hidup / For The Rest Of My Life  -  Maher Zain ...



 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 

 

 

 

No comments:

Post a Comment