Penulis : Jaja Ahmad
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : 1.33 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-08702-5-0
Rating : ★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kedua penulis ini selepas Umar Hatta.
Kisah Farhan dan Nadia ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Kisah diorang ni agak meleret-leret sikit dan kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku ni jika nak dibandingkan dengan karya pertama yang pernah kubaca dulu.
Walau bagaimanapun, ada juga mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Sinopsis
Cinta pandang pertama. Ramai yang percayakan cinta pandang pertama tetapi tidak ramai yang mampu memilikinya. Nadia Aliff, seorang gadis yang kuat dan cekal tetapi hidup di dalam bayangan cinta pandang pertama yang tidak pernah kunjung tiba. Farhan Shah Umar. Saat terpandangkan wajah gadis yang kalut itu, jantungnya mula berdetak laju. Pertemuan demi pertemuan tetapi tidak juga mencambahkan sebarang ikatan. Dua tahun berlalu, masing-masing masih mencari dalam bisu.
Pertemuan yang tidak disengajakan berlaku lagi dan kali ini Farhan melangkah laju, mencari titik mula perhubungannya dengan Nadia.
“Balik lambat ni suami tak marah ke?” – Farhan “Belum kahwin.” – Nadia “Tunang tak jemput?” – Farhan “Tak ada tunang.” – Nadia “Boyfriend tak temankan ke?” – Farhan “Doktor nak tahu saya dah berpunya atau belum sebenarnya kan?” – Nadia
Penantian yang lama walau dengan perkenalan yang singkat menyatukan mereka untuk menghalalkan segalanya.
“Jadi, jawapan untuk lamaran saya tu?” – Farhan “The answer is yes.” – Nadia
Semuanya nampak indah di mata tetapi tiada yang tahu Nadia sedang berperang dengan perasaan duka.
“He's the one whom I don't want to talk about.. But now he just kept coming into my life just like a nightmare.” - Nadia “He is a beast I bet.”- Farhan “He is more than that.”- Nadia
Kemunculan Harlina yang tiba-tiba pula telah merubah Farhan daripada seorang lelaki yang budiman menjadi singa. “Enough Harlina! Stop calling her sundal!”- Farhan “No, I tak akan berhenti panggil dia sundal sebab dia memang perempuan sundal. Perempuan tak tahu malu. No! Dia bukan perempuan, dia betina. Betina tak sedar diri. Betina tak sedar diuntung. Betina tak ada maruah...”- Harlina
Dalam cintanya ada badai yang melanda. Ada ribut yang datang menerpa. Namun, teguhkah Farhan di kala Nadia dicemuh dan dihina? Dan kuatkah Nadia bila cinta dan kepercayaannya diuji? Farhan berdiri sebagai suami...dan Nadia juga terus berdampingan sebagai isteri. Cinta Han dan Nad merungkai segalanya.
No comments:
Post a Comment