Penulis : Rinsya Chasiani
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 1.95 MB EPUB(e-book)
Tarikh Terbitan : Jun 2019
ISBN : 978-967-16549-5-8
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kedua penulis ini selepas Khair, Sweetness In You.
Ini kisah sepupu yang tiada pertalian darah. Chan adalah anak angkat bangsa Cina kepada mak ngah Min. Kisah diorang ni memang lucu, mencuit hati dan berjaya buat aku ketawa dan tersengih-sengih je terutama sekali dengan perangai berlagak mulut laser si Min dan sikap beku si Chan aka Rayfan ni tau. Walaupun Min ni muda enam tahun dari Chan tapi perangai diorang ni dah macam kanak-kanak tadika je asyik bergaduh dan kutuk mengutuk je kerjanya.
Si Min ni memang benci tahap melampau tengok muka si Chan yang sombong ni , si Chan ni pun tunjuk muka ketat tahap tak suka dengan Min ni, tup-tup opah diorang nak kahwinkan diorang berdua ni. Biasa tak dengar pesanan orang tua-tua dahulu, 'jangan benci sangat nanti jadi sayang'. Haa kan dah kata... Tapi, biasalah orang muda ni mana nak dengar kan, kalau dah menyampah dan benci tu semakin tinggilah ego masing-masing.
Dalam kelakar kisah diorang ni ada juga sedih dan sinisnya. Min sungguh bertuah kerana Chan tetap ikhlas dengan kasih dan sayangnya walaupun dengan ketidak sempurnaan Min selepas terbabit dalam kemalangan. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah lucu diorang ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Tandakan hati awak dengan cinta kita,
Agar sentiasa ada saya...
Sinopsis
Selepas ibu bapa Chan Wei Ting meninggal dalam kemalangan, dia diangkat oleh pasangan Melayu yang belum mempunyai anak. Di dalam keluarga itu, Chan sering menyendiri kerana perbezaan adat dan budaya. Kemunculan Chan pada sambutan Hari Raya di dalam keluarga besar ibu dan bapa angkatnya di rumah opah menyebabkan Chan berada dalam keadaan yang sangat kekok. Dia gagal berkomunikasi dengan sepupu-sepupu angkatnya yang lain.
Chan memilih untuk memasuki bilik tidurnya dan mendapati seseorang
sedang menggunakan bilik air. Kerana perasaan ingin tahu yang tinggi,
pintu bilik air itu di buka dan dia menyaksikan seorang gadis bermata
bulat merenung ke arahnya tajam.
Gadis itu bernama Nur Azmin, anak bongsu adik kepada ibu bapa
angkatnya...
William Chan Wei Ting, nama dia di dalam IC.
Anak angkat Mak Ngah Tia. Keluarga kami menggelarnya dengan nama Rayfan
untuk ‘meMelayukan’ lelaki itu. Orangnya perasan bagus, dan serba-serbi
sempurna. Oleh kerana dia terlampau ‘majestic’, dia jadi lupa daratan.
Ke aku aje yang rasa dia lupa daratan?
“Opah nak Min yang jadi isteri kepada Rayfan. Min yang paling layak untuk Rayfan.” - Opah
Opah
dan satu keluarga besar kami bersetuju, aku, Azmin anak Pak Usu Fadhil
kena kahwin dengan William gara-gara nak ‘meMelayukan’ Chan Wei Ting!
“Awak
faham tak kesan tu? Awak dah buat jodoh saya block, tahu? Saya suka
orang lain, bukannya awak. Sepatutnya awak tak ada dalam perancangan
hidup saya, sekarang ni awak dah ganggu plan hidup saya.” - Aku
Tapi kerana satu insiden berdarah dalam hidupku, aku kena reda tak ada orang lain yang nak kan aku kecuali dia.
“Wo...
pu... shi... huan... ni.” Aku cakap sebiji-sebiji. Pakej tekan suara
kat ‘pu’ tu, menggambarkan aku betul-betul tak suka dia.
“Apa-apa yang jadi, bukan sebab saya kesiankan awak atau bukan sebab opah yang paksa saya untuk memperisteri awak.” – Chan
Jadi
kenapa dia terima aku sebagai isterinya? “Min ingat, Min tak jadilah
kahwin dengan abang, opah. Abang tak ikhlas terima Min.” – Aku
“Alah, setakat tak ada kaki je pun, bukan tak ada kepala. Okey lagi.” – Chan
Dan bagaimana untuk aku meneruskan hidup dengan lelaki, yang aku tak boleh nak baca isi hatinya?
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
' Ada banyak perkara yang sukar kita nak atasi dalam hidup. Namun Allah Maha Penyayang. Seperti saat kesunyian, Dia hadirkan seseorang dengan senyuman...' ~ Chan Wei Ting
' Apabila kita melakukan kesilapan dalam kehidupan, meminta maaf seperti sukar... Kerana yang namanya manusia, sentiasa ada yang kedua. Ego.'~ Nur Azmin
' Hidup ni tentu ada kekurangan. Dan didatangkan seseorang untuk membantu kita melengkapkan yang kurang... Kerana Allah nak kita ingat, tiada daya dan upaya, melainkan dengan izinNya' ~ Yana
' Sesuatu yang berlaku tanpa kawalan... tanpa rancangan... itu namanya sebuah ketentuan '~ Chan Wei Ting
' Berterus teranglah tentang hati dan perasaan. Orang akan lebih memahami, Jangan simpan sendiri ...'~ Nur Azmin
' Pernah tak datang rasa bersalah walaupun kita tak salah? '~ Chan Wei Ting
' Apabila kita mencintai seseorang dengan ikhlas, tapi tak nak orang tu tahu yang kita dah sayangkan dia, itu bukan ego, tapi sebenarnya perasaan insecure '~ Can Wei Ting
' Tandakan hati awak dengan cinta kita, agar sentiasa ada saya...' ~ Chan Wei Ting
' Lelaki yang luarannya nampak kuat, sebenarnya tidak setabah hati yang dimiliki oleh wanita ...' ~ Chan Wei Ting
... lagu Hal Hebat - Govinda & Ernie Zakri ...
... lagu I Knew I Loved You - Savage Garden ...
No comments:
Post a Comment