Mr Troublemaker


 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Cik Bawang

Bilangan Mukasurat : 401 (ebook)
Tarikh Terbitan : Ogos 2024
Rating :

 



Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 8 penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana, Jangan Letih Mencintaiku dan Nakhaie.

Kisah Fahim dan Suha rakan sekelas zaman sekolah menengah tingkatan 5 ni memang kelakar dan berjaya buat aku ketawa je hilang stress dalam kepala aku ni ha ha ha. Memang seronok layan nakal si Fahim ni memang tahap ya ampun...Tapi aku jatuh kasihan pada Suha ni selalu kena buli dan dipulaukan rakan sekelas sebab saiz badannya yang debab tu. Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah zaman sekolah diorang ni. Tetiba aku teringat masa zaman sekolah dolu-dolu ha ha memang menggamit kenangan lama.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  

 

Sinopsis 

Tengku Fahim Hariz dan Nada Nasuha bagai langit dan bumi. Fahim anak orang berada, pemain bola tampar, kacak dan kegilaan gadis-gadis. Berbeza dengan Suha yang berasal daripada keluarga biasa-biasa, gemuk dan selalu jadi mangsa buli.

Suha yang sedar diri hanya mampu mengintai Fahim dari jauh. Menyimpan rasa kagum dalam hati sendirian.

Tetapi entah apa yang jadi, tiba-tiba Suha jadi tumpuan Fahim. Bukannya suka, malah Suha rasa itu bala!

Ada saja benda yang Fahim buat untuk menarik perhatian dia. Semakin Suha menjauh, semakin rapat pula Fahim cuba mendekati.

Usaha Fahim untuk mendekati dia membuatkan jiwa wanitanya sedikit demi sedikit melentur. Baru saja mereka berkawan rapat, tiba-tiba satu peristiwa yang menimpa Fahim memusnahkan segalanya.

Perubahan Fahim menghenyak diri Suha. Apatah lagi, pandangan mata Fahim berubah menjadi benci.
Dan kebencian Fahim semakin menebal bila satu lagi perkara berlaku antara mereka.

Kali ini Suha menyerah! Dia tak kuat untuk terus mempertahankan rasa cintanya pada Fahim.
Apakah sebenarnya yang terjadi pada Fahim dan Suha? Adakah takdir milik mereka bersama?

 

 

... lagu Mulanya Di Sini - Freedom ...

 


 

 

jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment