Dean


 

 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Ceritera Cinta Enterprise

Bilangan Mukasurat : 456
Tarikh Terbitan : Nov 2023
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat buku ke 4 selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan dan  My Badass Husband.

Islam membenarkan lelaki dan perempuan bersahabat tapi ada adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga. Bersahabat juga mesti ada tujuan dan atas dasar taqwa dan kebaikan. Jadi, kita yang menentukan persahabatan yang mana ingin dibentuk. Bersahabatlah kerana Allah dan dengan redha Allah. 

Ini kisah tentang mommy dan daddy Faris Ad Deen ya. Tak sangka daddy si Faris ni rupanya memang Romeo cukup pakej dianugerahkan dengan rupa paras yang sempurna dan pandai menggoda dengan kata-kata yang boleh mencairkan si gadis. Oleh kerana tidak mendapat perhatian kasih sayang daripada mama dan papa sendiri, mommy si Faris ni menumpang kasih dengan emak dan umi Dean. Hubungan mereka berdua memang rapat dan diketahui oleh keluarga.

Namun, kerana godaan nafsu dua orang sahabat baik Fauzan Ad Deen dan Nur Medina terjerumus ke lembah maksiat yang penuh dosa. Mereka ni bukan hanya duduk berjiran je tapi asyik berkepit je berdua. Dengan perangai ulat bulu si Dean ni lah Dina pun terbuai dan hanyut terus. Kisah diorang ni memang patut dijadikan teladan. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah diorang yang manis bergula terlebih ni. 

Walaupun kita berdosa sebanyak bintang di langit, sebanyak debu di gurun atau sebanyak buih di lautan, yakinlah pintu taubat dan kasih sayang Allah SWT terbentang luas.

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

p/s Syukur anak diorang si Faris ni hanya mewarisi sifat-sifat baik Dean je he he

 

Sinopsis

Dalam hidup Dina hanya ada Dean, mak dan umi. Dia telah dididik berdikari sedari kecil apatah lagi tak pernah dianggap oleh keluarga sendiri. Mujur ada Dean yang sentiasa menjadi peneman dirinya.


Dean yang hot.
Dina yang seksi.

Satu insiden tak diduga membuatkan mereka terjerumus dalam satu lembah dosa besar. Hanyut dengan nafsu lantas hubungan mereka berubah melebihi batas persahabatan. Terlalu ghairah sehingga tegar melukakan hati sang ibu.

Kehadiran Qaseh sebagai kekasih Dean menyedarkan Dina atas khilafnya. Rupanya dia tidak lebih sekadar teman tapi ‘mesra’. Dina memilih untuk berundur.


Dean nanar kehilangan Dina. Dina adalah pelengkap hidupnya. Saat hati mula berbisik cinta, hubungan ‘mesra’ mereka terbongkar. Perkahwinan adalah jalannya!

Baru mahu mengecap bahagia dengan hubungan yang halal, Qaseh kembali muncul dalam hidup mereka. Dean perlu bertanggungjawab terhadap Qaseh! Hati Dina kembali terluka.

Adakah ini kifarah dosa mereka, atau ini takdir cinta mereka? Akankah mereka mengecapi bahagia atau akan sentiasa ada Qaseh di antara mereka?

  



 ... lagu Kekal Bahagia - Ippo ...

 

 

 

 
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


Setiap orang belum tentu baik. Tetapi pasti ada kebaikan pada diri seseorang. 
 
A guy and a girl can never be just friends, because at one point or another,  they will fall for each other
 
 You don't love someone because they're perfect, you love them in spite of the fact that they're not 

Jodoh yang tertulis itu adalah rahsia Tuhan

When someone you love becomes a memory
The memory becomes a treasure.
 
When two people are meant to be together,
eventually they'll find their way back.
 
True love doesn't need proof
The eyes told what the heart felt
 
Love is not just about finding a good partner
It's also about being a good partner.


 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
Cik Bawang
 
 
 

No comments:

Post a Comment