My Badass Husband


 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Ceritera Cinta Publication
Bilangan Mukasurat : 518
Tarikh Terbitan : Jun 2023
ISBN : 978-629-98387-3-9
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat buku ke 3 selepas Faris, My Best Friend's Brother dan Faris, Lelaki Kiriman Tuhan

Entah kenapa aku ni dah macam ketagih pulak tak boleh berhenti nak baca karya Cik Bawang ni je ha ha. Tertarik nak baca sebab terpengaruh baca teaser Cik Bawang dan jugak tajuk buku ni he he. Badass bermaksud seseorang yang kuat, ganas dan menggerunkan. Betul ke?

Kisah Ily dan Danz ni pada aku macam kisah dongeng je. Mereka ni dua orang asing yang bertemu dan bersatu selepas rancangan adiknya Irfan berjaya buat mereka kena tangkap basah dalam bilik hotel dan Danz pulak terus setuju untuk bernikah dengan Ily sebab ingin tahu apa tujuan sebenar dia diperangkap. Mereka berdua punya karakter, jarak umur dan motif yang berbeza. Namun, bila dua orang ni hidup serumah dalam tak sedar terbit rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Itulah jangan benci sangat kan dah jatuh sayang berguling-guling he he.

Watak Danz pada aku memang lain dari watak hero yang pernah aku baca sebelum ni. Kiranya semua dalam cerita ni adalah tentang Danz yang EXTRAORDINARY  iaitu seorang peguam yang sukar untuk didekati, teliti, tegas, hygenic, hacker, serba sempurna fizikal dan mental, hati kering, ganas dan menggerunkan. Nak tahu kenapa ??? Danz ni kan ada kacukan Jepun dan orang Jepun memang terkenal dengan karakter sebegini, berdisiplin dan amat menjaga kebersihan. Sebab itulah Danz ni ada 'DNA' pembersih ni. Memang payahlah nak dapat kat Malaysia ni he he he. He is really one of a kind !

Watak Ily pulak suka bertindak melulu ikut hati tanpa fikir panjang dan selalu timbulkan masalah. Pelik jugak aku macamana boleh jadi peguam nih... Banyak maklumat menarik tentang peguam yang dapat aku pelajari dalam kisah ni. Baru aku tahu susah jugak nak jadi peguam ni kena buat chambering dengan Master -  adalah peguam senior yang akan menyelia sepanjang pupillage dan selepas tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan akan pergi ke mahkamah untuk called to the bar atau nama lainnya long call untuk didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya. 

Kisah diorang ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Tapi kisah diorang ni berjaya menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Peminat animasi komik Death Note atau Bleach mesti tahu tentang Shinigami God of Death atau Dewa Maut ni tugasnya untuk mencabut nyawa manusia yang namanya tertulis dalam buku 'Buku Kematian'. Baru aku tahu Hacker ni pula ada 3 jenis, ada white hat - hacker yang beretika, selalunya bekerjasama dengan organisasi atau kerajaan, black hat - hacker yang tak beretika dan biasanya mengodam untuk keuntungan sendiri dan grey hat pula ada gabungan dari white dan black hat. Shin a.k.a Danz ni adalah grey hat hacker yang boleh jadi white atau black. Jadi orang yang cari pasal dengan dia memang tak akan selamat.

Ada mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


Sinopsis

What is mine, is mine. End of the story.

Dazrin Danial atau dikenali dengan Danz merupakan seorang peguam. Dia menegakkan keadilan tetapi keadilan seperti semut hitam yang sedang berada di dalam gelap. Dunia semakin kejam dengan pelbagai rupa dan sifat manusia. Duit dan kuasa adalah keutamaan sehingga keadilan sukar untuk ditentukan.

Disebabkan itu, Danz punya cara sendiri mencari keadilan. Bukan hanya sekadar berpandukan fakta yang bersusun di dalam sehelai kertas nipis.

Namun, jiwa dingin seorang Danz mula melentur bila Ilyana muncul di dalam hidupnya. Gadis itu berani tetapi tidak berhati-hati. Terlalu ikutkan hati sehingga Danz terpaksa tampil melindungi.

Kebersamaan mereka berdua menerbitkan rasa cinta. Tetapi dengan kejam takdir menoreh luka di hati pasangan itu. Tak sangka cinta yang seharusnya luhur dicemari dengan titik noda membuatkan mereka hanya punya dua pilihan.

Take it or leave it?

Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah Danz dan Ily ditakdirkan bersama?

 

 

 

   ... lagu Hal Hebat - Ernie & Govinda ...

 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment