Penulis : akuorgbiasa
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : EFFJAY Resources
Bilangan Mukasurat : 13.85 MB (epub)
Tarikh Terbitan : April 2020
ISBN : 978-967-17537-1-2
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 8 penulis hebat ni selepas Aku Ada, Utusan Cinta DIA, Miss Pen Pal, Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express.
Kisah Cik Pau dan Mamat jahat kepala dongga (jendul-dahi yang luas dan sedikit menonjol keluar) ni bermula sejak sekolah rendah darjah 6 lagi kemudian berpisah dan akhirnya bertemu semula. Hailah, siapa sangka orang yang paling menyakitkan hati rupanya orang yang paling kita rindu dan sayangi. Cinta pertama pasti meninggalkan suatu kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan seumur hidup.
Selepas diselamatkan oleh Adha dalam peristiwa hitam hampir meragut kesuciannya, Syirah telah putus tunang dengan Shauqi. Kisah diorang ni memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini dan mencuit hati dengan perangai sengal dan suka usik menyakat si Adha ni tau. Teringat zaman sekolah rendah dulu. Banyak kenangan suka duka yang masih terpahat di sanubariku. Moga mereka semuanya sentiasa dalam rahmatNYA aamiin.
Pergh Kisah Hafiz Shauqi dalam Syarat yang ke 3 bermula dari sini ya. Aku tak sangka begini permulaan ceritanya (sigh) ...
Banyak yang aku pelajari daripada kisah cinta syahdu di antara Adha dan Syirah ni. Cinta itu bukan hanya apabila dua insan berlainan jantina saling suka di antara satu sama lain. Tetapi C.I.N.T.A itu sebenarnya adalah suatu anugerah dan nikmat perasaan yang ALLAH kurniakan dari hati yang tulus ikhlas. Cinta yang sejati hanya akan wujud selepas kita berjaya menghadapi setiap ujianNYA. Namun, cinta sesama manusia ini hanyalah sementara dan tidak kekal. Hanya cinta kepada sang Pencipta iaitu ALLAH yang kekal selamanya.
Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Kisah Nurul Basyirah si minah Pau, dan Muhammad Khairul Adha, mamat jahat kepala dongga!
Pertemuan pertama ketika belum akil baligh, di usia 12 tahun. Si mamat jahat kepala dongga yang bertanggungjawab memberi nama gelaran baru kepada Syirah, Pau kerana tubuhnya yang gempal, dan berkulit putih susu.
Semenjak itu, budak nakal itu tak sudah-sudah menyakatnya. Namun perkenalan yang sebentar itu berakhir setelah tamat sesi sekolah rendah.
Masa berlalu pantas, Syirah sudah meningkat dewasa. Membesar cantik seperti angsa putih yang dulunya disangka anak itik yang hodoh. Kini dia seorang gadis jelita yang dapat perhatian ramai jejaka. Salah seorangnya, seorang jejaka kacak bergaya, kaya-raya, bermulut manis, dan begitu budiman. Lelaki kacak merecik hawau!
“Memang you temuramah dan tanya nama semua guests yang datang malam ni ke?” -Syirah
“Not really. Only those who caught my attention. And apparently, tonight, you are the only one!” -Lelaki Kacak Merecik Hawau.
Dalam masa yang masa, takdir menentukan Cik Pau dan Mamat Jahat Kepala Dongga itu bertemu dan bersahabat semula. Ternyata masa tak mampu menghakis kenakalan si dia. Masih nakal dan kuat menyakat Syirah seperti dulu.
Syirah yang mencari cinta, keliru antara yang kanan dan kiri.
Apa itu cinta?
Memuja atau memulia?
Memanjakan atau memberi perhatian?
Berusaha merubah pasangan seperti yang diinginkan, atau menerima seadanya?
Apa itu cinta?
Mamat Jahat Kepala Dongga, atau Lelaki Kacak Merecik Hawau?
... lagu Terukir di Bintang - Yuna ...
... lagu Sayang Kau Tercipta - Aziz Harun ...
No comments:
Post a Comment