Utusan Cinta DIA


 

 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Gemok Publication
Bilangan Mukasurat : 4.99 MB (epub)
Tarikh Terbitan : Jun 2021
ISBN : 978-967-18781-8-7
Rating : 

 
       
Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA
, aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 6 penulis hebat ni selepas Miss Pen Pal, Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express     

Ini adalah sambungan kisah Teja Amani aka Juliet dan Edison Ng aka Romeo aka Sky of Pheonix dalam karya Miss Pen Pal. 

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, sambungan kisah mereka kali ni lebih meruntun jiwa dan raga. Berjaya buat air mataku ini melimpah keluar lagi dan lagi tak henti-henti, aku jadi sesak nafas, bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada. Walaupun akhiran kisah ini cukup membahagiakan Romeo dan Juliet bersatu semula dengan cinta pertama mereka. Namun kematian Ahmad Tariq meninggalkan kesan yang begitu mendalam di hati mereka. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.

Aku mengakui ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita. Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala kejadian yang hanya dapat kita sedari di kemudian harinya. Pengorbanan dan kehilangan Ahmad Tariq sebenarnya adalah suatu nikmat yang tidak ternilai buat mereka berdua bila Ed memilih untuk kembali kepada fitrah dan mengucap kalimah syahadah. Malah kehilangan dan kesedihan itu yang telah mendekatkan lagi Romeo dan Juliet kepada ALLAH swt.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis


Permainan takdir itu rumit dan pelik, dan manusia biasa takkan pernah tahu corak dan hala tujunya. Begitulah takdir hidup seorang Edison Ng yang menyangka dirinya sudah temui bahagia apabila dianugerahkan seorang gadis yang boleh menerima baik buruknya. Bahagia yang diharapkan, rupanya bertahan sejenak cuma.

Satu insiden berdarah memusnahkan harapannya untuk hidup gembira seperti orang lain, sekali gus membuatkan hati Edison Ng terus gelap dan kosong. Timbul kemarahan pada Tuhan kerana memberikan dia hidup yang malang.


“Screw Him! Screw the damn God!
Apa yang Kau tak puas hati dengan aku?!! Hah?? Sini! Turun sini!! Jawab dengan aku! Kenapa kau benci aku sangat sampai buat hidup aku jadi macam ni?!!!”

Tetapi benarkah ujian demi ujian yang ditakdirkan tanda Tuhan benci? Benarkah Tuhan hanya mahu dia menderita hingga dia mati?

Dalam dia panasaran meneruskan hidup tanpa arah tuju, takdir menemukan Edison Ng dengan Ahmad Tariq yang mengubah persepsinya tentang kehidupan. Persahabatan terjalin, tanpa mereka sedari yang di dalam hati mereka, ada wanita yang sama, Dr Teja Amani.

Sekali lagi, Ed dan Miss Pen Pal bertemu dan terperangkap dalam cinta tiga segi.

Apakah Tuhan bakal memberikan takdir indah buat Ed kali ini dengan mengizinkan dia Bersatu dengan cinta pertama? Atau sekali lagi, takdir bakal membuatkan dirinya kecewa?

Utusan Cinta Dia… Bukan kisah cinta biasa…

 

 

  ... lagu Thank You Allah - Maher Zain ... 

 



 

No comments:

Post a Comment