Aku Ada


 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EFFJAY Resources
Bilangan Mukasurat : 37.73 MB (epub)
Tarikh Terbitan : Jan 2019
ISBN : 978-967-17364-0-1
Rating : 
★★
 
       
 

 

 

Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA
, aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 penulis hebat ni selepas Utusan Cinta DIA, Miss Pen Pal, Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express     

Kisah Tal dan Jep ini adalah ebook pertama yang telah diterbitkan oleh penulis hebat ini. Dan cerita mereka sebenarnya ada kaitan dengan kisah Teja dan Thor dalam Miss Pen Pal. Islam membenarkan lelaki dan perempuan bersahabat tapi ada adab dan batas pergaulannya. Bersahabat juga mesti ada tujuan dan atas dasar taqwa dan kebaikan. Jadi, kita yang menentukan persahabatan yang mana ingin dibentuk. Bersahabatlah kerana Allah dan dengan redha Allah.

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah persahabatan di antara Jebat Fahmi dan Siti Talhah ni memang syahdu dan mencuit hati. Semua watak utama dalam cerita ni berjaya buat aku ketawa, menangis dan tersengih-sengih je terutama sekali dengan perangai sengal si Jebat aka Jep ni tau. Macam-macam yang aku rasa masa baca kisah diorang ni. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa he he.

Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah sengal diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  

 

 


 

 

Sinopsis

Boleh ke lelaki dan perempuan menjadi BFF? Kawan baik tanpa sebarang perasaan?

 

Jep (Jebat Fahmi) dan Tal (Siti Talhah), boleh dikatakan bersahabat sejak mereka lahir! Walau berbeza jantina, tak menggugat persahabatan mereka. Tal yang lasak. Jep yang manja. Mereka sempurna bersama. Namun apabila meningkat dewasa, dan terpisah beberapa tahun tak berjumpa, perasaan Tal mula berubah. Jep bukan lagi seorang BFF. Tanpa dia pinta, Jep dah menjadi lebih penting daripada seorang sahabat semata dalam hatinya.


Mencintai itu, tak semestinya memiliki. Cukup melihat si dia gembira. Walau hati sendiri terluka. Tal terus ada, wujud untuk menjadi sahabat Jep. Menjadi saksi hubungan Jep dengan perempuan lain. Pedih. Sakit. Sehingga akhirnya muncul mamat samurai perfect 10, Syah, yang membuatkan Jep sedar sesuatu. Syah mahukan Tal. Dan Jep benci keadaan itu.

Adakah akhirnya Jep akan sedar, siapa sebenarnya yang ada di hatinya sejak dulu?

Siapakah yang menjadi pilihan Tal? Mamat samurai perfect 10, atau Jep, BFF yang sengal itu?

 

 

... Lagu Sahabat - Najwa Latif ... 

 

 

... Lagu Dealova - Once ...

 



 

No comments:

Post a Comment