Penulis : Ieya Sya
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 0.73 MB (epub)
Tarikh Terbitan : Ogos 2018
ISBN : 978-967-2035-32-9
Rating : ★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya kedua penulis ini selepas Epilog Kita. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
Kisah Ara dan Iyan ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Namun, kisah diorang ni kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku ni.
Walau bagaimanapun, ada juga mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Sinopsis
Andainya detik dan waktu bagi Ara adalah magis, bagi Iyan, itu tidak lebih daripada satu hukuman.
Mulanya
Ara menyokong Dollah yang membenci Iyan, seorang chef terkenal
disebabkan cemburu. Namun apabila bertatapan sendiri dengan Iyan,
angan-angan cinta monyet mula muncul walaupun dia tahu, Ara dan Iyan,
terlalu mustahil boleh bersama. Iyan tu kekasih selebriti!
Iyan + Aifa Hani = Bagai permata berkilau.
Iyan + Ara = Berangan saja mampu.
Itu kata Ara Elisya. Kata Iyan Naufal…
Dia
dan Ara tidak sepatutnya bertemu. Dia cuba melarikan diri tapi setiap
kali itu dia gagal. Akhirnya dia membiarkan saja pertemuan demi
pertemuan berlaku walaupun itu bermaksud rahsia yang disimpan selama ini
akan menghancurkan dirinya sedikit demi sedikit.
Kematian tragis Rogayah yang menjadikan Ara sebagai saksi dan Iyan sebagai suspek membuatkan keadaan berubah.
Pembunuh macam kau patut mati di tali gantung - ARA
Semuanya
berubah sekali lagi apabila Iyan menghilangkan diri selepas
menyelamatkan Ara daripada pembunuh ibunya sendiri. Namun demi rahsia
yang disimpan, Iyan kembali dan Ara diburu seseorang. Bagi Iyan, dia
perlu berada di sisi gadis itu kerana bertahun-tahun lalu dia berjanji…
Lama dulu, aku berjanji pada diri aku yang aku akan jaga dia. Tapi waktu tu aku terlalu takut. - IYAN
Ada sesuatu yang Ara terlupa. Ada sesuatu yang Iyan sembunyikan kerana waktu tidak mengizinkannya untuk membongkar segalanya.
Kata REY - Ara Elisya tak patut muncul lagi dalam hidup kau.
Kata AIFA - Beauty and the beast. You tahu cerita tu? You and Ara. Beast and the beauty.
Kata EIDAN - Hantar dia jauh dari hidup kau.
Akankah
Iyan melarikan diri sekali lagi atau memilih untuk berterus-terang.
Adakah Ara akan terlupa sesuatu itu untuk selama-lamanya?
Sumpah, saya akan beritahu semuanya. Tapi saya tak tahu. Saya minta maaf. - ARA
It’s like a song that no one hears
I’m screaming out but you’re not here
No comments:
Post a Comment