Dalam Rintis Hujan


 

Penulis   :  Liza Nur      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 506
Tarikh Terbitan : Jun 2021  
ISBN :  978-967-469-183-7 
Rating :
★★   
       
 
 

 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketujuh penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid dan Anggun Mikayla.   

Ini kisah Mirza anak tidak sah taraf yang kematian ibu kandung dan menjadi anak susuan kepada Mak Raudhah yang mempunyai tiga orang anak dan kemudian menjadi anak angkat kepada Mama Sufiah. Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Mirza ni memang sedih  dan menyentap tangkai hati. Aku terpaksa berhenti beberapa kali dan sambung baca kerana berjaya buat air mataku ini melimpah keluar lagi dan lagi tak henti-henti, aku jadi sesak nafas, bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada sewaktu membaca di awal penceritaan ni.

Aku tak nak comment berjela, cukup aku tuliskan kisah ini buat aku insaf diri dan belajar mensyukuri dan mengakui nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini. Walaupun terdapat beberapa kesilapan perkataan dalam karya ini yang mengganggu pembacaan, aku tutup sebelah mata jelah. Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah Mirza ini. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih ini. Setiap watak yang terdapat dalam kisah ini banyak memberi kesedaran kepadaku. Kisah Mirza ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam di hatiku. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.

Aku mengakui ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNya. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita hambaNya.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 T.E.R.B.A.I.K.

 
Sinopsis   
  
Dalam rintis hujan, Mirza setia menanti wanita yang berjanji untuk memayungi dirinya dengan kasih sayang. Namun, hampa belaka.


“…Mak dah janji nak ambik Mir! Mana mak Mir?”

Saat dia dipertemukan semula dengan wanita kesayangannya, dia digesa memilih antara ‘emak’ dan ‘mama’. Namun, Mirza nekad tidak mahu melepaskan kedua-duanya.

Dalam ribut permasalahan keluarga yang belum tenang, cinta si hawa yang seorang ini pula datang bertandang. Terketar hatinya.

“Jiwa klasik? Apa maksudnya tu?”

“Kalau saya suka seorang perempuan tu, saya tak ajak keluar. Saya beli pisang suruh dia buat cekodok.”

Mirza terus dibuai rasa tanpa menyedari ada jiwa lain yang sebenarnya terluka.


“Lepas Mel belajar lepaskan abang, baru Mel tahu hargai diri Mel sendiri, bang.”

Ah, kacau! Dia dipaksa memilih lagi dan kali ini di antara dua wanita dalam persalinan pengantin di depannya.

“Sekarang saya dah sedia jadi isteri awak. Saya sanggup korbankan semuanya demi awak.”-Ana Sofiya.

“Abang tahu hadith ‘payung emas’ untuk wanita bermadu tu hadith palsu, kan?” – Melissa.

Dan tika hatinya memilih, dia nekad untuk menyintai dan setia sehingga ke titik noktah hidupnya.

 

 

 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Tiap manusia mempunyai dugaan sendiri. Hikmah Allah itu rahsia yang hanya mampu diselongkar apabila manusia sudi menterjemah maksud yang tersurat dan yang tersirat di sebalik ujian-Nya.

Ada banyak benda yang manusia akan kesalkan dalam hidup apabila kita imbas balik, fikir semula apa yang kita buat pada masa lalu. Tapi hidup ini boleh beranjak ke depan saja. Tak ada U-turn.

Apa kita dah buat, dah jadi pun. Ia tak boleh diubah. Tapi kalau dah tau salah, kita patut ubah diri kita yang sekarang. Jangan selamanya begitu. Tuhan Maha Pengampun.

Permulaan tiap manusia sama tetapi pengakhiran kita nanti berbeza-beza. Tiap anak dilahirkan ibunya suci dari dosa, umpama kain putih. Tetapi di hujung nafas kita nanti, kita akan kembali bersama buku catatan Rakib dan Atid masing-masing yang berlainan kadarnya.

 

... lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu - Aishah ... 

 


 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... 



No comments:

Post a Comment