Miss Pen Pal


 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Gemok Publication
Bilangan Mukasurat : 6.00 MB (epub)
Tarikh Terbitan : Jan 2019
ISBN : 978-967-18781-7-0
Rating : 

 
       
 

 

Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis hebat ni selepas
Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express     

Aku tak nak comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan kisah Teja Amani aka Juliet dan Edison Ng aka Romeo aka Sky of Pheonix ini memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar.  Benarlah kata orang, cinta pertama pasti meninggalkan suatu kenangan hingga ke akhir nafas. 

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita sebagai hambaNYA. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.  

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
Sinopsis 

 

Aku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? – Teja Amani

Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Amani memulakan misi mencari pen pal. Tiga surat dikirimkan, hanya satu yang berbalas.

Sorry Juliet. Harapan kau untuk jadikan Edward Cullen sebagai Romeo kau takkan kesampaian. Sebab surat kau yang bodoh tu tak sampai pada Edward Cullen.  – Romeo

Saya rasa, jiwa awak tak tenang, Romeo. Awak ada masalah yang awak pendamkan? Awak marahkan seseorang? Awak rasa tertekan? – Juliet

Edward Cullen yang diharapkan, Romeo-jiwa-kacau yang dia dapat. Namun, kata-kata kesat daripada si dia menimbulkan rasa simpati di hati sang Juliet. Lalu surat itu dibalas dengan penuh hikmah melembutkan hati si Romeo. 

Bermulalah kisah cinta si Juliet dan Romeonya.

Saya mintak maaf! Saya dan awak, takkan boleh bersama. Jalan kita terpisah di sini. Saya memilih jalan ini. – Sky of Phoenix

Semuanya berubah apabila janji dimungkiri. Teja Amani patah hati.

Lain kali, sebelum nak jatuh hati dekat mana-mana lelaki, beritahu aku dulu. Biar aku scan dia dulu. Lulus ke tak lulus. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Pedih hati aku ni, tahu tak? – Thor

Si dia yang sentiasa ikhlas berada di sisinya mengubati hati yang remuk. Teja Amani memilih untuk melupakan si dia dan berbahagia dengan lelaki yang setia menanti cintanya.

Apa caturannya wahai Tuhan? Beritahu aku, kerana aku tak sanggup luka buat kali kedua… – Edison Ng 

Namun, takdir telah menemukan semula si Juliet dengan Romeonya setelah kedua-duanya memilih untuk melupakan.

Kalau nak dirembat orang, lama dah kena rembat, mak. Bukan semalam Ngah luahkan perasaan dekat dia. Bertahun-tahun dah. Teja dah fikir masak-masak la tu – Ahmad Tariq 

Apa keputusan Teja Amani? Memilih cinta pada si teman pena yang tak kesampaian, atau setia dengan si dia yang sentiasa berada di sisi?

 

 

... lagu Insha Allah - Maher Zain ...  

 




 

 

No comments:

Post a Comment