Penulis : Ameera Ameer
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : AA Idea Publication
Bilangan Mukasurat : 571 (ebook)
Tarikh Terbitan : 2016
ISBN : 978-629-97159-4-8
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 7 penulis hebat ini selepas Tanya Dia Tentang Cinta, Kerana Satu Janji, Ku Pilih Untuk Setia, Aku Tetap Setia, Pengantin Ramadan dan Terlerainya Satu Janji.
Ini kisah tentang Atira yang bekerja dengan abang kawannya yang bernama Emeer ni yang garang macam singa. Atira ni pulak banyak cakap dan kuat menjawab dan melawan je ha ha ha.
Pendapat peribadi, kisah diorang ni santai je, tiada konflik yang peningkan kepala aku dan kurang beri tekanan kepada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Terhibur juga dengan perangai dua orang yang berbeza kutub ni. Orang kata benci-benci sayang gitu... Kisah diorang ni berjaya menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat.
Ada banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.Sinopsis
Pertemuan pertama mereka di Darkside menimbulkan
rasa curiga di hati Emeer tetapi sebaliknya pula buat Atira. Dia teruja
sehingga sanggup menerima apa sahaja syarat gila Emeer supaya diterima
bekerja di situ.
"Working with me is not easy." - Emeer
"I'll take it as a challenge." - Atira
"We are not working eight to five." - Emeer
"I don't mind." - Atira
Ya,
bekerja dengan Emeer memang bukan mudah. Kudratnya dikerah
habis-habisan dari pagi sehingga dibawa ke malam. Tidak cukup dengan
itu, cerewetnya Emeer mengalahkan perempuan. Tetapi entah kenapa,walau
sedingin dan sebeku mana sikap Emeer, hatinya tetap tertawan.
"You pernah jatuh cinta, Tira?" - Emeer
"Kalau saya kata lelaki yang saya suka itu adalah Encik Emeer, macam mana?" - Atira
Kajian
mengatakan, pasangan yang berunsurkan air dan angin, kalau bersama
pasti bahagia tetapi akan bersatukah mereka andai Emeer masih trauma
dengan kisah silam?
... lagu Sesungguhnya Aku - Alif Satar ...

No comments:
Post a Comment