Penulis : akuorgbiasa
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : EffJay Resources
Bilangan Mukasurat : 592 (ebook)
Tarikh Terbitan : Feb 2026
Rating :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 12 penulis hebat ini selepas Kisah Kita, Mi Segera & Balkoni, Along : The Nonchalant Hero, Kerana Kau Hawaku, The Bad Boy's Girlfriend, Aku Ada, Utusan Cinta DIA, Miss Pen Pal, Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express.
Ini kisah si Ipin (Muhammad Ariffin) pelajar di UIAM, yang telah diminta berlakon jadi boyfriend olok-olok kepada Fifi (Intan Afina) seorang instafamous yang sangat cantik dan terkenal dalam negara. Diorang ni sama satu fakulti Kejuruteraan Mekatronik.
Setelah si Fifi ni putus cinta dengan boyfriendnya si Ryan mamat skincare instafamous jugak, misi si Fifi ni kononnya untuk dapatkan semula Ryan yang telah bercinta pulak dengan Wani teman satu fakulti Law dan juga disangkakan ex-girlfriend si Ipin ni.
Pada awalnya Ipin ni tak layan misi mengarut si Fifi ni. Misi mereka bermula bila Wani menghina rupa paras dan maruah Ipin yang kurang kacak@'hodoh' dan membandingkannya dengan si Ryan tu.
Ipin ni memang selamba dan gila-gila walaupun mulut dia tu cakap lepas buat orang sakit hati je tapi memang mencuit hati dan menghiburkan dan berjaya buat aku ketawa dan tersengih jer hilang stress dalam kepala aku ni ha. Siapa sangka misi olok-olok diorang ni akhirnya bertukar menjadi betul-betul😍.
Wani yang tertekan setelah ditinggalkan Ryan dan terdesak kerana terpedaya dengan janji manis pujuk rayu "habis madu sepah dibuang" setelah menyerahkan mahkota wanitanya kepada Ryan, telah menyebarkan rahsia aib Fifi anak tidak sah taraf di media sosial. Perasan simpati Ipin bertukar menjadi ambil berat dan mula rasa sayang dan ingin melindungi Fifi. Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah ini. Ada sedih, gembira, kasihan, geram dan macam-macam lagi. Wahai adik-adik di luar sana hati-hati memilih kawan ya. Fikir sedalam-dalamnya setiap tindakan yang kita ambil. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

