Kerana Kau Hawa Ku


 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EFFJAY Resources
Bilangan Mukasurat : 8.31MB (epub)
Tarikh Terbitan : April 2020
ISBN : 978-967-17537-0-5
Rating : 
★★
 
       
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 9 penulis hebat ni selepas 
The Bad Boy's Girlfriend, Aku Ada, Utusan Cinta DIA, Miss Pen Pal, Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express     

Ini adalah sambungan kisah Zahra dan Naqib dalam Syarat yang ke 3.

Pergh tak sangka si Naqib aka Ustaz ni jiwang jugak rupanya ha ha ha... Apa yang aku boleh tulis di sini, kisah diorang ni memang mencuit hati dan berjaya buat aku ketawa dan tersengih-sengih je terutama sekali dengan perangai jiwang si Naqib ni haa. Macam-macam yang aku rasa masa baca kisah diorang ni. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa he he.

Ada mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah jiwang diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 

Sinopsis

Jodoh itu rahsia Allah. Dan Ahmad Naqib amat yakin akan ketetapan Allah itu. Naqib punya pilihan hati sendiri untuk diangkat menjadi seorang ratu dalam hidupnya.

Namun terpaksa akur apabila lamarannya ditolak sang hawa. Dan akhirnya mengalah dengan menerima cadangan bonda tersayang untuk mengenalkan dirinya dengan gadis pilihan Umi.

Pertemuan pertama kali dengan seorang Fatimah Zahra mengubah segalanya. Dan tanpa rasa ragu, Naqib menerima.

"Zahra, err, Fatimah Zahra, awak sudi jadi bidadari saya?"

Buat Fatimah Zahra, lelaki bernama Ustaz Naqib memang seorang lelaki sempurna yang sering didamba. Crush. Pujaan hati. Dan apabila tiba-tiba Ustaz Naqib melamarnya untuk menjadi bidadari hatinya, Fatimah Zahra rasakan bagai bulan tiba-tiba jatuh gedebuk ke atas riba.

Namun hati tertanya-tanya. Kenapa? Bukankah di dalam hati ustaz sudah ada ratunya? Mengapa tiba-tiba Ustaz Naqib setuju melamarnya?

“Jadi, awak pilih saya, sebab dia tolak lamaran awak?”

Mengapa begitu cepat dan yakin Ahmad Naqib berubah hati? Bolehkah Fatimah Zahra menerima apabila dia tahu puncanya?



 ... lagu Takdir Tercipta - Hafiz feat Adira ...

 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment