My Sweet Saviour

 

 

Penulis   :  Cik Bawang
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Cik Bawang

Bilangan Mukasurat : 268
Tarikh Terbitan : Ogos 2022
Rating :

 



Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 10 penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana, Jangan Letih Mencintaiku, Nakhaie, Mr Troublemaker dan Mr Troublemaker2.

Ini kisah Farel dan Dahlia si papa Fahim Mr Troublemaker tu. Sepatutnya aku baca kisah ni dulu tapi baru sekarang dapat baca ha ha ha.

Kisah diorang ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Tapi berjaya jugak menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Si Farel ni punya perangai adoiii memang nakal jiwang tahap ya ampun, baru aku tahu rupanya perangai si Fahim ni menurun sebiji macam papa dia ni juga he he he. Kemana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi betul tak ? 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  

 

Sinopsis 

Bercinta dengan Zack bertahun-tahun, akhirnya lelaki itu curang di belakangnya. Bercinta pula dengan Izzat si jejaka matang, rupanya suami orang!

Paling sadis kisahnya kali ini Izzat yang matang berubah menjadi mamat psiko gara-gara mahukan dirinya. Tambah sadis dia dikejar pula dengan isteri Izzat yang cemburu buta.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sentiasa ada ketika dia ditimpa masalah. Mr Saviour!

“Abang you dah upah I jadi boyfriend you. So, I kenalah buat kerja.” – Farel Irsyad

"Boleh tak awak jangan nak sweet sangat?" - Dahlia

"Lakonan kita kena mantap, baru nampak macam pasangan bercinta." - Farel

Oh my sweet saviour!Hidup Dahlia kembali tenang dengan adanya lelaki kacak persis model antarabangsa itu.

Bermulalah lakonan mereka sebagai pasangan kekasih di depan Izzat dan Jasmeen.

Tetapi lain pula yang jadi bila Farel mula jatuh cinta padanya. Dahlia yang dah serik bercinta terus saja menepis lelaki itu, malangnya Farel tak pernah kenal erti putus asa.

“I am crazy. Crazy in love with you.” – Farel

“Cheezy!” – Dahlia

Berjayakah Farel mendapatkan Dahlia? Dan bagaimana pula reaksi Dahlia setelah terbongkarnya rahsia yang disimpan Farel selama ini.

There is always some madness in love!

 

 

... lagu Sesungguhnya Aku - Alif Satar ...

 




jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 

 

 

No comments:

Post a Comment