Date To Marry

 

 

Penulis   :  Rose Harissa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 623
Tarikh Terbitan : Jul 2026  
ISBN :  978-967-469-257-5 
Rating : 


 


الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 11 penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin, Aeldra, Raid Arjuna, Hatiku Untuk Dia, Black Ghost, Kumbang Di Hatiku, Arjuna Dari Langit : Kapten Nazran Shah dan ... Dan Cinta Pun Tersenyum.

Alhamdulillah, dapat lagi aku bertemu empat mata dengan penulis hebat ini yang terkenal dengan karya-karya yang romantik kontemporari di PBAKL baru-baru ini pada 6 Jun yang lalu. Dua tahun tiada rezeki aku ketemu sebab terlalu ramai sangat dan tak larat nak tunggu he he he. Tahun ini aku paksa diri untuk datang walaupun dah jadi "fan veteran" dan dapat ketemu RH. Nanti aku share gambar kenangan ya.

tbc



Sinopsis

 

 

Lapan tahun bercinta.

Hasilnya?

Bukan terima cincin merisik, tapi hinaan daripada bakal mak mentua.

“You salah sebab tak berani,” kata Nuri pada sang kekasih.

Dan sejak hari itu, Nuri Asyikin, 28 tahun berhenti jadi perempuan yang menunggu.

“Kalau lelaki tu serius, dia tak akan buat kau tunggu.”

 
***

Jazmi Elhasiq, 37 tahun.

Low profile. Dia bina empayar automotif dari bengkel kecil.

Bakal mentua pernah gelar dia mat rempit tak ada masa depan.

Sekarang orang panggil dia jutawan.

Dia cuma nak satu benda: projek rumah dan one stop center dia siap tepat masa.

Apa yang dia tak jangka?

Arkitek yang ambil alih projek rumahnya, baru putus cinta tapi datang site macam tak ada apa-apa yang runtuh dalam hidup dia.

“I tak nak lelaki yang sanggup lawan mak dia demi I.”

Ayat itu dia dengar, dan tak boleh lupa.

***

Nuri tak mahu lelaki pengecut.

Jazmi pula bukan lelaki yang suka kejar perempuan.

Tapi bila seorang perempuan berani lepaskan cinta lapan tahun kerana maruah,

bertembung seorang lelaki pernah dihina kerana impian, batas profesional mula jadi kabur.

rasa hormat bertukar jadi perhatian,

dan perhatian jadi keinginan.

Ini bukan kisah cinta budak-budak.

Ini kisah dua orang dewasa yang sama-sama tahu harga diri.

Kadang-kadang, kita tak perlu date lama-lama untuk cari keserasian.

Bila kita sudah cukup dewasa, kita tak cari pasangan untuk seronok.

Kita cari pasangan untuk tua bersama selamanya.

DATE TO MARRY.

Bermula dengan janji temu.

Berakhir dengan janji seumur hidup.

 

 

No comments:

Post a Comment