Ali Alauddin


 

Penulis   :  Rose Harissa      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Idea Kreatif Publication
Bilangan Mukasurat : 339
Tarikh Terbitan : Mei 2023/Jul 2019  
ISBN :  978-967-2803-29-4 
Rating :
★★


  
       
   

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketiga penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera dan Hunky Avian Funky Arisa.  Akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari dan ditemukan pada PBAKL 2023 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Walaupun kisah Ali Alauddin dan Alilatul Barizah nampak macam cliche, kisah orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin paksa tapi kisah diorang ni berjaya meninggalkan kesan mendalam dan mainkan emosi aku jugak. Orang kata bercinta lepas nikah ini lebih manis dan indah. Tetapi, ada rahsia yang mereka berdua pendamkan.  Namun, bila Ari mula menerima Ali dan berkongsi rahsia, tiba-tiba rahsia Ali pula yang terbongkar. Perghh memang terkejut akak dek ha ha ha... 

Baru aku tahu tentang nikah khitbah atau dalam masyarakat melayu kita panggil nikah gantung ni sebenarnya adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum  dan lima rukun. Sebenarnya tiada istilah nikah gantung atau nikah khitbah dalam Islam. Jika perkahwinan dilakukan dengan memenuhi syarat dan rukunnya, maka ia adalah pernikahan secara Islam yang sah. Nikah gantung bermaksud pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh masa tertentu hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak. Maksudnya, buat majlis akad nikah dahulu, majlis kenduri kahwin atau Walimatul Urus buat kemudian. Jadi, selagi tidak tinggal sebumbung, tidak berlaku hubungan intim, suami tidak perlu beri nafkah kepada isteri.

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita sebagai hambaNYA. Siapa kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya. Walaupun amat berat dan payah untuk kita terima, ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita. 

Mana nak cari spesis suami seperti Ali ni ya he he he... Sorry ya sis RH, rasanya Abam Ali belum dapat menandingi aura Abam Weera he he he😉.

Banyak mutiara ilmu rumahtangga dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah santai romantik diorang ni. Penulis hebat ini berjaya menyampaikan mesej yang patut kita renung dan teladani.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 


T.E.R.B.A.I.K.

  
Sinopsis   
    

Haji Azhar kata, Ali Alauddin satu-satunya anak dia yang terlebih guna otak berbanding hati. Sebab itu, 10 tahun di England, Ali macam tak ingat nak pulang ke Malaysia dan tak ingat nak kahwin. Lantas, dia aturkan jodoh untuk si anak. Pilihannya Alilatul Barizah, anak tunggal Dato’ Borhan. 

Ali dan Barizah, bukan versi kahwin paksa yang biasa-biasa. Mungkin bagi Barizah, ini memang terpaksa. Tapi bagi Ali, akad nikah bukan sekadar lafaz semata-mata.

“Pernikahan ni takkan berhasil sebab saya tak ikhlas terima awak.” – Barizah

“Saya akan hadirkan cinta dan ikhlas untuk jayakan pernikahan ni.” - Ali

Payah buat Ali sebab Barizah membantah dalam akur. Hari pertama, sudah meminta diceraikan. Tinggal serumah pun mahu berasingan bilik. 


“Love is a commitment. Awak kena bagi komitmen untuk hadirkan cinta.” - Ali

“Maksud awak, komitmen dalam bilik tidur?” – Barizah.

“Komitmen yang saya maksudkan, bukan komitmen yang awak maksudkan tu.”- Ali

“Tapi lambat laun saya kena serah diri juga, kan?” - Barizah

Sikap ala English gentleman yang tersemai dalam diri Ali akhirnya buat Barizah berjaya ditundukkan. Perlahan-lahan, mereka mula bahagia.


Tapi, satu emel dari Fateh yang diterima Barizah buat segalanya berubah. Trauma Barizah muncul kembali. Dan kemunculan Jana Humaira menuntut janji dari Ali buat Barizah bagai tersedar dari mimpi. Dia lebih rela kehilangan Fateh dari kehilangan Ali. 

Siapa sebenarnya Fateh yang menyebabkan Barizah Trauma? Dan siapa sebenarnya Jana Humaira di hati Ali Alauddin?

 

  ... lagu Can't Help Falling in Love With You - Elvis Presley ... 

 

 

 ... lagu Takdir Tercipta - Hafiz Suip & Adira ...

 





No comments:

Post a Comment