Hunky AVIAN Funky ARISA





Penulis   :  Rose Harissa & Lily Haslina Nasir
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Teenagers Conduct of life
Penerbit  :  PTS Millennia
Bilangan Mukasurat :196
Tarikh Terbitan : 20 Jun 2011
ISBN :   978-967-0142-57-9
Rating : ★★






Ulasan :


Aku memang telah lama mencari, akhirnya dapat juga kubeli dari bookcafe. Buku ini pada aku memang sesuai untuk mereka yang ada anak lelaki dan perempuan remaja. Segala maklumat dalam buku ini boleh dijadikan sebagai pengetahuan dan rujukan untuk anak-anak remaja ini. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa agak malu dan sukar untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan keadaan biologi anak lelaki dan anak perempuan kita secara terus. Jadi, buku yang berbentuk separa ilmiah ini memang tepat untuk membimbing mereka dalam memahami bentuk tubuh badan dan apa yang bakal mereka hadapi semasa proses pembesaran dunia remaja ini. Diharap buku ini dapat memberi panduan berguna kepada anak-anak remaja di luar sana dan dapat menambah pengetahuan dalam membina peribadi murni.
 
 

Sinopsis

Buku ini adalah buku yang digabungkan mengikut konsep 1 + 1 yang merangkumi topik remaja lelaki dan perempuan. Sebahagian daripada buku ini menceritakan kisah Avian, seorang remaja lelaki yang keliru dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh badannya semasa melalui proses meningkat remaja. Pelbagai kisah lucu dan sedih dilalui Avian sepanjang melalui proses menjadi remaja lelaki dalam aspek fizikal dan mental. Avian berkongsi masalahnya dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Kak Rose. Kak Rose banyak membantu Avian dengan memberikan tip-tip dan fakta-fakta yang tepat berkenaan perkembangan yang dialami oleh setiap remaja lelaki berdasarkan pengalaman Kak Rose yang sentiasa berkongsi pendapat dengan remaja lelaki melalui laman sosial selain mempunyai seorang anak lelaki yang sedang meningkat remaja. 

Sebahagian daripada buku ini pula menceritakan pengalaman yang dilalui Arisa dalam menghadapi perkembangan dan perubahan yang dialami oleh remaja perempuan. Sebagai remaja perempuan, Arisa tidak dapat lari daripada soalan-soalan yang dia sendiri tidak mampu menjawabnya, namun segan pula mahu diajukan kepada ibunya. Tambahan pula adik-beradik Arisa semuanya lelaki. Namun Arisa beruntung kerana mempunyai seorang jiran bernama Kak Lily yang sudi berkongsi pengalaman dan memberikan dia banyak info berkaitan perkembangan remaja perempuan.

Buku ini menggabungkan antara cerita dan fakta sains yang menceritakan perubahan-perubahan yang dialami oleh remaja lelaki dan perempuan. Setiap fakta diterangkan melalui gambar, gambar rajah, jadual dan sebagainya. Buku berwarna yang penuh dengan gambar ini memberikan inspirasi baru untuk para pembaca remaja.



No comments:

Post a Comment