Teja Di Hati




 

Penulis   :  Liza Nur  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  GrupBuku Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 405
Tarikh Terbitan : 2023  
ISBN :  978-967-86-0974-6 
Rating : 



Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ya! 

 

 


Sinopsis


Kahwin. Ia topik yang ralat bagi Teja. Apatah lagi menikahi bekas kawan karib yang pernah menyakiti hatinya suatu ketika dulu. Aneh, majlis pernikahanny berlangsung lancar meskipun perjalanan hidup mereka selepas itu berbonggol-bonggol bagaikan jalan yang tidak diturap.


"Aku akan melekat dengan kau macam pacat kalau kau tak nak lepaskan aku sekarang. Aku akan pastikan hidup kau susah. Akan pastikan kau takkan bahagia dengan Aqila." ~ Teja

"Please do that." ~ Luq

 

Ikatan perkahwinan yang dimulakan dengan nawaitu serong untuk melarikan diri daripada bekas teman wanitanya, Aqila akhirnya menjerat diri Luq. Saat keikhlasannya masih diragui, Luq terus-menerus cuba mempertahankan rumah tangganya. Namun, tiba-tiba Tuah hadir menuntut Tejanya.


 "Awak tau, Teja? Awak perempuan pertama yang saya suka sejak kali pertama saya pandang." ~ Tuah


 Mampukah lelaki  pramatang seperti Luq menjadi pelindung yang diperlukan Teja apabila musibah datang melanda? Atau mungkinkah dia akan berlalu pergi dan mengulangi kesilapan silamnya.?

"Mungkin aku bukan laksamana terbilang, bukan sultan atas takhta. Tapi, Teja yang satu ini, aku yang punya. Jangan sesiapa pandai-pandai nak claim ownership." - Luq.