Butterfly


 

Penulis   :  Anna Lee      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 527
Tarikh Terbitan : 2019  
ISBN :  978-967-15370-9-1 
Rating :   
       
 
 

 

 

Ulasan :
 
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ya! 
 
 
Sinopsis   
  
~Our Dirty Little Secret~

Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan ?

Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun semua itu hilang sekelip mata hanya kerana sebuah kejadian dan sebaris kata.

Tragedi kebakaran rumah keluarganaya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'? Dan yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas?

Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu buat Laikha mula keliru dengan realiti sebenar.

Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam.

Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta?





No comments:

Post a Comment